semalam..dapat mesej dari LeeLee cakap dia nak datang sini. time tuu guwa tengah shooting Mandarin. seriously menggelepo tahap tenuk. tenuk ponn tak menggelepo macam guwa. opkos laa menggelepo. guwa time tuu da laa tengah busuk busuk, huduh baru balik kelas. before that, pagi semalam LeeLee mesej guwa, cakap yang dia nak datang jumaat petang. guwa ape lagi, seronot ronot laa.
dia call malam tuu, tanya acane nak pergi Shah Alam naik KTM. and i was like '
pfffftttttttt! budak ni. bukan dulu dia ke yang menghasut dan mengajar aku naik KTM sampai khatam? takkan taktau kott.' berikut adalah conversation kami.
LeeLee: eh, kalau nak gi Shah Alam, naik Sentul line ke Rawang line?
Guwa: *dalam hati: da kenapa nak gi Sentul and Rawang pulak ni? bukan lalu Klang ke? mamai ke hape dia ni?* err.. Rawang? rasanya kena naik KTM aliran ke Klang.. err..
LeeLee: siyes laaaaaaaaaaaa... *aku dapat bayangkan muka LeeLee mesti camni =..= mesti ingat aku tipu lettew*
Guwa: eh serious laa ni. naik tren yang ke Klang. *tak pepaham lak mamat ni =(oo)='*
LeeLee: kompom eh Pelabuhan Klang? sure ni?
Guwa: yelaa sayang oi. kompom. aishh.
LeeLee: ah. oke oke. bye.
memula dia call tu sumpah guwa menggelepo gilaa. pepaham laa, almost 2 years kott tak dengar suara dia. dulu time kapel selalu laa dengar suara dia. tuu ponn jarang sebab kitorang memang bukan jenis yang rajin menge-call. kitorang both kaki mesej. mesej sehari beribu riban. jutaan lemon. kalau guwa bebetul rindu or sedih baru laa LeeLee akan call guwa. time tuu memang laa bukan setakat air mata je yang menitis, air hidung, cendol semua keluaq. and LeeLee mesti cakap "
daaa... jangan nangis. jangan nangis. stop dulu nangis. kalau tak, b letak fon ni? nak?" uwuwuwuwu.. rinduuuu.. dulu panggil b-baby je kott. sekarang.. TT__TT huwaaa.
oo ah, berbalik kepada cerita asal. memula dia call tuu, guwa terjerit jerit jugak laa. bergegar jugak laa bumi Teratai di tasik IndahWater ni. dengan muka blushing blushing bagaikan berlaku kemalangan sos tomato Kimball, guwa ponn meg-helo laa orang di seberang sana. "
Eloooo..." alamak! terkeluar pulak suara mumaiyiz guwa. aiseh. orang di seberang sana macam terkedu ponn ada. ada laa dalam 44 das saat memasing terdiam. alaa.. mesti terkedu macam guwa gak kan. lama kott tak dengar suara masing masing. selepas iklan Colgate 2, 3 saat, baru laa orang kat line belah sana meng-helo guwa. guwa sumpah terkedu 88 juta lemon saat kuasa sepuluh. seriously i was like '
is it Lee? garangnya suara. besarnya suara. anak tekak pecah ke hape?' serious takut. so wasn't like the LEE that i know. seriau jugak laa guwa dengar suara dia acamtu. sebab setahu guwa, LeeLee guwa suaranya takdelah pecah mana. lembut lembut lemak berkrim ala ala nescafe taruk coffeemate terlebih gitu. *gila hiperbola*
then lepas bagi direction semua, guwa ponn mesej aa LeeLee tanya, "
awat suara err macam err makin pecah?". dia reply "
sakit tekak lah". so guwa ponn membulatkan mulut and terus memandikan diri dengan lajunya. da siap semua, guwa berjanggut jugak laa tunggu bus Gatal *bus Rengit. Rengit in Sarawak means gatal. so guwa panggil bus hijau UiTM tuu bus gatal.*. tunggu punya laa berjambang. satu ketul bus gi Ss 7 ponn takde yang lalu. time menunggu tuu tetiba ternampak Zati Rodi bersama encik ehemnya. haha kantoi. :P
dekat 7, 8 minit guwa duduk kat dalam KFC tuu, tetiba LeeLee call. cakap da sampai. dia cakap dia ada kat luar. suruh guwa keluar sebab nak makan kat tempat lain. demand nak makan kat tempat lain. yelaa, retis kann. Noh Hujan mana laa nak makan kat tempat cikai cikai. :P guwa da dup dap dup dap. perut guwa yang tadi dok bok bang bok bang kebulur terus terdiam. time guwa tengah angkat call tuu laa, guwa terpandang LeeLee kat luar cermin KFC. '
Ya Allah, betul ke ni? betul ke si hensem tinggi kat luar tuu LeeLee guwa? betul ke mamat jambu yang kat luar tuu orang yang sama yang pernah guwa jerit, pernah guwa pimpin tangan share makan semua? betul ke dia LeeLee yang sama, sekarang sanggup datang malam malam sebab nak jumpa guwa buat kali terakhir? betul ke?' time ni guwa lebih banyak terasa sayu berbanding rasa gembira or nervous. entah laa. guwa rasa sedih tengok dia. after 2 tahun, malam ni akan jadi malam last guwa tengok dia. huhu. :') guwa ponn keluar laa dari KFC tuu pergi kat dia. serious LeeLee dia...
COMELLLLLLLLLLLLLLLLLLLL gila. sumpah comel. seriously comel omel macam budak sekolah Jepun. serious tahan je hati dari peluk dia. da laa comel, then da kurus dari dulu. rasanya lagi kurus dari guwa. arghh rasa rugi semalam tak peluk. demmit. dalam hati '
eh, dia ni tak pernah membesar ke? muka macam makin childish kott. makin jambu. sejibik cam budak sekolah.' serious macam makin childish. tengok kat Fb muka macam orang tua, tapi da depan depan omeyyy gila. cair 88 minit. no wonder laa ramai perempuan terpikat. no wonder laa sampai ada yang ajak kahwin. oke guwa admit guwa
jealous. jealous sebab si hensem tinggi depan guwa yang pernah guwa pimpin tangan, naik menjerit jerit atas KTM ni bukan lagi milik guwa. bukan lagi pakwe guwa. so sesiapa saja boleh syok kat dia. guwa jealous sebab dia ada peluang untuk usha orang yang lagi cun dari guwa, lagi baik dari guwa. guwa jealous sebab dia bebas untuk pilih orang lain untuk gantikan tempat yang dulunya pernah jadi milik guwa. oke dah. panjang pulak guwa berpuisi. =.=
before kitorang gerak untuk pergi makan, dia pandang pandang guwa atas bawah. tapi bila bertentang mata dengan guwa, terus blushing and pandang tempat lain. elehhh.. macam laa guwa taktaw lu pandang guwa tadi. guwa ringan sebenarnya nak tanya "
rindu saya tak? saya rindu gila kat awak." kat Leelee tapi tak berani sebab takut nanti dia rasa guwa start nak emo and nanti terus balik KL. guwa senyum je tengok dia. serious lain. lain sangat sangat. kurus, makin tinggi, comel, hensem macam Cina, rambut ponn panjang tapi style macam Crows Zero. very the Chinese like. very the cair guwa tengok. da laa guwa cepat cair macam Mcflurry kalau tengok lelaki mix Cine ni. :) keluar je pintu KFC, dia da warning guwa awal awal. "
jangan jerit jerit macam kat KTM tuu lagi k. cakap pelan pelan je ehh." sambil sengih sengih. guwa ponn senyum jelaa. bukan senyum sebab masuk otak apa yang dia cakap tuu, senyum sebab guwa rasa tenang je dapat tengok dia, dengar suara dia. rasa bahagia sangat sangat dapat face to face dengan dia lagi. walaupun guwa dengar dia cakap "
ni da last taw jumpa. lepas ni lecturer kata ada banyak assgnment." which impliedly says '
ni last kita jumpa. lepas ni kita takkan jumpa lagi dah.' :')
entah laa. guwa tak nak pikir ponn pasal tuu semalam. guwa juz pikir '
tak kisah laa malam ni last or not. yang penting malam ni, aku nak ingat sampai bila bila. biarlah malam ni, andainya malam ni malam last kami bersama, biarlah aku ingat, aku abadikan sebagai kenangan.' memang guwa jumpa dia dengan redha hati, guwa pasrah! pasrah akan apa yang akan berlaku lepas tuu. guwa da tak kisah da kalau lepas jumpa tuu, dia terus ignore guwa. asalkan guwa dapat jumpa dia depan mata guwa. :'(
time sampai kat Barra, dia juz order air je. Teh O Ais. da tak macam dulu. dulu dia always Teh O Ais Limau. tapi habit order 2 gelas air untuk diri sendiri tuu tak pernah berubah laa kan. guwa tanya "
asal da tak minum ice lemon tea?". dia cakap "
saja tukar selera." pahtu pandang tempat lain. tapi guwa perasan, mata dia selalu je meraba muka guwa. bila guwa toleh kepala tempat lain, mesti guwa ternampak dari tepi dia tengah pandang guwa. :)
LeeLee: camne sekarang? oke? study oke?
Guwa: hmmm.. oke laa. oke kott. eh oke. kenapa da kurus? diet ea?
LeeLee: stress. kenapa sekarang da tak lawa? tak jaga diri eaa?
Guwa: *kurang asam jawa punya mamat* err.. busy. busy berkawad. betullah tu. err.. =..=
LeeLee: marah laa tuu. merajuk. :) pahtu pandang tempat lain sambil hembus hembus asap Winston regular kat muka guwa. elehh.. ingat guwa tergugat lettew. taknak ponn!
Guwa: takponn! =..='
time minum tuu banyak jugak laa sempat berbual dengan dia. pasal pointer dia, pasal plan dia nak sambung degree kat UTM Skudai, pasal guwa yang berkemungkinan besar kena repeat paper sebab wanted dengan lecturer, mostly pasal study laa. tak sentuh langsung pasal previous relationship kitorang. memasing tak berani weyy nak raise pasal isu sensitip tuu. bual pasal guwa yang takde lesen lagi. pasal guwa kelepet dia cakap ada lesen tapi bila dia tanya, guwa cakap lesen bus Rapid, KTM, monorel pahtu dia buat muka. COMEL! rasa nak cubit pipi. :D
LeeLee: badan macam da kurus tapi kenapa pipi tembam?
Guwa: nak wat acane. makan tak turun kat perut. makanan semua naik kat pipi. *sambil tepuk tepuk pipi*
LeeLee: *sengih and ketawa* tuu laa. orang makan kunyah, telan. awak tuu makan simpan dalam pipi watpe. :P
Guwa: ehh cantik sikit. ingat orang ni hamster ke simpan makanan dalam pipi? =..='
LeeLee: kenapa tak makan? tadi kata lapar? ke makan hati? :P
Guwa: jangan sibuk laa! =..='
pahtu dia dok belai belai rambut sendiri. eleh, saje lettew nak tayang kat guwa rambut da panjang macam Farid Tamil. tapi hensem. lagi hansem dari Farid Tamil. seriously macam retis Korea. so the gee gee gee. :) pahtu dia asyik tanya soalan and bagi jawapan yang menggelikan bulu kaki guwa. and guwa ponn akan buat tangan ke dada mata ke atas. and dia ponn tanya kenapa guwa buat camtu. and guwa speechless.
da lama lama sikit tuu, mulalah terkeluar loyar buruk guwa tuu. asyik me-loyar buruk-kan jawapan je. bukan semua jawapan laa yang guwa loyar buruk, tapi dia tuu haa yang sensitip sangat. ada jugak part yang guwa serius tapi dia cakap guwa loyar buruk. pahtu dia tacing sensorang. ceit! =..=
LeeLee: tadi ajak borak. kenapa tak borak?
Guwa: sebab orang tuu sakit tekak kott. orang sakit tekak memang takde suara eh?
LeeLee: bukak laa topik.
Guwa: camne nak bukak kalau tak on errrr on err.. *kehabisan ayat menganjing*
LeeLee: *gelak* haa.. on apa?
Guwa: yelaa ni nak on laa suis berborak. tengok ni. teetttttttt! haa kan da on da. :P
LeeLee: tengok! macam macam alasan ek. *muka grr grr sambil sengih sengih kat tempat lain*
Guwa: kenapa makin jambu sekarang?
LeeLee: *blushing toleh tempat lain* sebab cukur misai.
Guwa: eh, rasanya dulu ponn takde misai jugak kan?
LeeLee: takde sebab asal nak jumpa je mesti cukur dulu.
Guwa: kenapa cukur?
LeeLee: *krik krik krik*
Guwa: hehe. jambu. ni mesti effect sebab banyak tengok korea kan? gee gee gee..
LeeLee: *gelak* asal korea je gee. pemikiran terhad. *gelak*
Guwa: hmmm.. susahnya.. kalau orang bukak pemikiran luas sikit, dia kata loyar buruk. kalau orang narrow down thinking, dia cakap pemikiran terhad pulak. susah betul jadi orang ni laa. hmm. *muncung*
LeeLee: haa tengok tuu. loyar buruk je kerja. kalau tak loyar buruk tak boleh eh?
Guwa: eh, orang cakap yang realiti laa. betul kan. anyway, kita kan bakal lawyer. normal laa kalau banyak loyar buruk. haa. *muka like a boss*
LeeLee: hishh.. =.=' *garu garu rambut Noh Hujan sambil smoke*
pahtu gi jalan jalan jalan kaki. dia asyik buat muka tak puas hati je bila guwa betah jawapan dia. semalam serius asyik argue je. dia tak puas hati guwa berloyar buruk, guwa pulak dok taknak kalah berlawan cakap dengan dia. "
ishhhhhh orang serious laa! mana ada loyar buruk!" even nak berjalan gi ict ponn ber-argue. pasal lampu jalan ponn argue. "
tempat tuu yang lampu kelip kelip tuu kan?", "
ehh bukan laa. mana ada kelip kelip. dia menyala jelaa. tak caya tengok tuu haa. mana ada kelip kelip. buekk!" sampai dia naik speechless dok melayan guwa. sampai berapa kali jugak laa dok teraup raup muka sebab tak puas hati dengan jawapan guwa. and guwa terperasan, dia macam benci je bila guwa bagi jawapan loyar buruk tuu. padahal kalau dulu, pantang guwa bagi jawapan loyar buruk, mesti dia gelak pahtu tarik tarik pipi guwa. pernah jugak sekali geram sangat sampai dia blushing and cubit pipi guwa sampai merah. tapi semalam, guwa tak nampak LeeLee yang dulu. dia juz buat muka selamber je. muka tak suka. and time guwa merajuk, dia diam je. tak pujuk ponn. even time lintas jalan, dia tinggalkan guwa. padahal rasanya dia taw kott yang guwa memang takut and tak reti lintas jalan. guwa agak sentap laa jugak tapi bila pikir balik guwa da takde pape dengan dia, guwa pujuk jelaa hati sendiri. :')
jalan jalan kat ICT. dia suruh guwa balik kolej. dia cakap da jumpa, da takde apa nak buat so dia nak balik KL malam tuu jugak. dia suruh guwa balik Teratai sebelum pagar tutup. guwa cakap "
menyesal ke datang sini?". dia cakap "
nak wat acane. da orang tuu rinduuuu."time ni guwa memang da sedih gilaa dalam hati. '
kenapa nak balik? kenapa taknak spend 1 malam dengan guwa? da laa malam ni malam last dia bersama guwa. kenapa tak boleh nak bagi beberapa jam yang tinggal ni untuk spend time dengan guwa?' :'( serious time ni nak nangis. tapi guwa tahan je. paling guwa terasa hati bila dia cakap "
da laa jom. serabut laa duduk kat sini" time tengah borak borak kat ICT. and paling terasa, on the way balik ke KFC tuu, guwa tanya "
jum laa overnite kat KFC. saya teman. nak tak? nak tak?" banyak kali guwa tanya. around 5 kali guwa tanya tapi dia taknak. sampai dia cakap "
da laa. pergi balik. saya kata taknak, taknak kann. da jangan tanya lagi" drummmmmm. langit macam jatuh atas kepala guwa. like seriously? is this Lee? Lee tak pernah kott tolak request guwa. lebih lebih lagi bila taw yang guwa rindu gila kat dia and takkan jumpa lagi untuk satu tempoh yang lama. serious malam tuuu, bila dia jalan depan guwa, guwa menangis kott time jalan kat belakang dia. guwa tunduk je sampai laa dia hantar guwa depan KFC untuk guwa panjat jejantas.
time balik dia juz distance himself from me, seolah olah takut yang guwa akan sentuh dia, salam tangan dia macam guwa selalu buat. dia menjauhkan diri and cakap "
oke laa. belajar rajin rajin. jaga diri. bye." then tak pandang guwa lagi. dia tak toleh ponn guwa. guwa sumpah rasa terkilan gila. terkilan sebab tak dapat sentuh dia. at least bagi guwa salam cium tangan lu LeeLee.. tapi kenapa lu tak bagi? tapi kenapa lu jauhkan diri? tapi kenapa lu pergi tanpa menoleh kat guwa lagi? kenapa Lee...
and sambil jalan balik tuu, guwa menangis. sampai bilik, guwa menangis puas puas. even guwa taip ni ponn, guwa still menangis lagi. maybe this is the end of us.. maybe this is the end of Lala and LeeLee..:'(
PS: LeeLee.. sebenarnya, guwa sangat berharap lu jadi part of my life and my future. betapa guwa berharap yang lu laa yang akan lafazkan ijab atas nama guwa. nama lu yang akan tertulis atas sijil nikah guwa. guwa sangat berharap anak anak guwa akan ber-bin dan ber-bintikan nama lu. betapa guwa berharap yang lu laa yang akan bersama susah senang dengan guwa. tapi nampaknya semua tuu takkan terjadi kan.. if yess, alhamdullillah. i'll be so much grateful to Allah for the rest of my life. if not, Allah, please don't let me remember him anymore. because missing him is only my new form of suffering..Muhd. Fadhli Bin Azizan..