Mr. L DAH ADA PILIHAN HATINYA SENDIRI. yess. ofkos laa pilihan dia sangat lawa, tersangat laa cantik sampai aku malu pulak rasanya nak pandang diri aku ni. apa lagi nak compare dengan pilihan dia tuu. :) Mr. L, yang aku sayang bagai nak gilaaa, yang aku ingat sampai nak melayang separuh nyawa, yang juga katanya sayang aku macam nak terhenti degupan jantung (*katanya) dah ada pilihan hati sendiri. Mr. L yang katanya sangat rindukan aku, tersangat sangat rindu memori dengan aku, tersangat sangat bangat rindu manja manja aku, dah ada pengganti aku.
FINALLY. :)
masa mula mula aku bukak fb td, seriously aku rasa lain macam je. aku check inbox, hampir melompat bahagia jugak aku bila tengok Mr. L dah reactivate balik account dia. ya, aku senyum sampai belakang kepala bila tengok dia da reactivate balik. harapan nak im dia, tapi hati cakap '
jap lagi laa. stalk wall dulu. tengok dia ada post pic baru ke tak. kalau ada, boleh download senyap senyap. kehkeh.' hati yang kata. mulut tak kata. just sengih macam kupang yang ditaruk dalam spegeti marinara je.
bila bukak je wall dia, hati aku tiba tiba berkecai. badan mengigil. rasa nak muntah. air mata lak murah je bercucuran macam musim tengkujuh. asek mengalir je macam shower besar yang kat sunway lagoon tuu. hati bagitahu aku, '
ohh, dia dah seronok bercinta. untung laa awak L. lawa gegirl awak. beza dari saya dulu.'. hati mengadu kat aku lagi, '
2 hari lepas dia tanya kau bila nak balik shah alam, tanda dia rindu. tapi 4 jam lepas, dia dah lupakan kau. ber-ayat ayat cinta ala ala lagu Rossa dengan orang lain.'
apa perasaan aku? entah. aku rasa kosong. speechless. kira macam awkward moment jugak laa tadi. rasanya adalah dalam 88 lemon saat aku buat poker face. hati aku pulak, macam kena siat siat je. mata lak dah macam nengok drama 49 days, dah mengalir ngalir air mata. kalah watak Ayachan dalam 1 litre of tears. serious aku speechless. terdiam. kosong. aku taktau macam mana nak react. suka? gembira? sedih? frust?
aku separa sedar, mesej Oska. "
Abanggg..:'(". mengadu nasib pada Oska. yelaa, aku rasa dia satu satunya yang paling rapat, paling dekat dengan hati aku. lagipun sebab dengan Oska jelaa aku jadi muka taktau malu. hehe. dia suruh aku baca tafsir surah Al Insyirah ayat 5. baik kan dia? tapi kalau dah datang
pervert dia tu, mak oi. extreme boleh tak. but still, dia baik. baik sangat. :)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar
then tiba tiba aku rasa tenang. tenang sangat. macam ada orang curah air dalam hati aku. terasa macam ada orang lap air mata aku. terasa macam ada orang genggam tangan aku, berikan aku kekuatan. aku rasa hilang semua serabut aku tadi. terima kasih Oska. :)
aku pujuk semula hati aku. cakap, 'bukan jodoh kau. kalau betul dia sayang kau, dia akan tunggu. sejauh mana pun kau dari dia, dia akan menanti. tapi dia tak buat kan? so berhentilah berharap. dah jelas dia tak setia pada kau. lepaskanlah dia. sebagaimana dia lepaskan kau dulu.'. Oska suruh aku mandi. masa bawah shower tu laa aku selidik semula perasaan aku. 'soalan: selama ni siapa dia pada aku? jawapan: orang yang aku sayang. soalan: SIAPA AKU PADA DIA? jawapan: takde. aku bukan gf dia, bukan special dia. bukan siapa siapa pada dia.'. tapi hati aku degil, taknak mengaku. then akal aku counter claim 'kalau betul kau special dia, kenapa dia sengaja lost contact dengan kau?! dia ada number kau, tapi kenapa dia tak pernah hubungi kau?! dia tahu kau ada dekat shah alam, tapi kenapa selalu tolak bila nak jumpa dengan kau?! kalau betul rindu sangat sangat dekat kau, kenapa susah sangat nak terima permintaan kau untuk lihat dia walaupun seminit?! kalau betul dia ingatkan kau, banyak lagi laa cara dia boleh buat untuk rapat semula dengan kau. Faiz tuu, kawan kau, kawan baik dia. kalau betul dia nak dekat kau, mesti dah lama dia tanya Faiz pasal kau. tapi ada dia tanya? TAKDE. kalau betul dia masih sayangkan kau, takkan dengan mudah dia lepaskan kau. takkan dengan mudah dia terima perempuan lain dalam hidup dia. come on laa faraa, jangan jadi bodoh. nampak sangat dia hanya cari kau bila dia rasa bosan. dia hanya ingat kau bila dia sunyi. come on laa. jadi nak dependent sangat pada lelaki. sepanjang kau contact semula dengan dia, berapa kali sebulan dia mesej kau? eh takde kan? kalau mesej pun, kau yang start dulu. nampak tak? dia tak ikhlas. mungkin dia rindu kau, but that's it. normal laa kalau rindu kat ex lama. semua orang pun pernah rasa. berhenti jadi perempuan perasan. please faraa. let him go. kau jadi macam ni sebab hati kau yang taknak lepaskan dia. zahirnya kau lepaskan dia pergi, tapi hati kau, batin kau, kau biarkan pada dia. kau tutup hati kau untuk insan lain semata mata untuk dia. sebab tuu kau suffer sampai macam ni. kau tak berhenti ingat dia sebab hati kau masih terikat pada Mr. L tuu. lepaskan dia faraa. lepaskan dia. lepaskan dia. ambil semula hati kau yang kau tinggal pada dia. everything happens for a reason. semua akan jadi baik. percayalah. akan datang seorang lelaki yang lebih hebat dari dia, yang mampu terima kau seadanya, yang mampu buat kau ketawa, yang mampu buat kau bahagia lebih dari dia bahagiakan kau dulu. seorang yang akan sayangkan kau, tak kira betapa hodohnya kau, betapa slow pickupnya kau, betapa childishnya perangai kau, betapa gediknya attitude kau, betapa teruknya past kau, dia akan terima. cuma taktau bila insan tuu akan muncul. sayangku faraa, berhentilah berharap. Al Khaliq sentiasa ada dengan kau. Dia takkan tinggalkan kau. biar pun orang lain semua pergi dari kau, tapi Al Khaliq ada. Oska pun ada. dia kan chingu kau tuu. dia cakap dia pun takkan tinggalkan kau kan? kau percaya kan dekat Oska tuu? so live with the thoughts. ramai lagi yang sayangkan kau dekat luar tuu. cuma masa belum tiba untuk diorang hadir dalam hidup kau. lepaskan Mr. L tuu sayang. kesian dekat Encik Future Husband kau taw. habis semua kasih sayang kau kau bagi dekat Mr. L tuu. then nanti Encik Future Husband kau nak dapat apa? sisa je ke? kesian kan? haa..so let it go. faraa chan dah cukup besar untuk stand alone. walaupun sakit sebab Mr. L tuu first love, tapi kau kena tabah. bersyukur atas tiap ujianNya. Al Khaliq dah tunjukkan Mr. L tuu macam mana orangnya kan. dia bukan untuk kau. dan kau juga, tak layak untuk dia. sebab tuu Al Khaliq separatekan kau dari dia. sebab tuu Al Khaliq berikan perempuan lain untuk dia. take it positif. kan Oska cakap, be happy. jangan sedih sedih lagi. faraa chan kena cuba sayangkan diri sendiri. dari dulu lagi faraa chan asek fikir, utamakan orang lain. kali ni, tolonglah ya, fikir untuk diri sendiri. kadang kadang kita terpaksa selfish untuk kebahagiaan sendiri. cukuplah berkorban untuk kebahagiaan orang lain. kau pernah bagi orang yang paling kau sayang untuk kebahagiaan perempuan lain, kau pernah paksa diri kau bertahan dengan orang yang tak pernah ikhlas sayangkan kau tapi sekali ni, tolonglah fikir kebahagiaan kau sendiri ya? sayanglah seseorang itu apa adanya. jangan terlampau sayang, nanti merana. selagi dia belum lafazkan "aku terima nikahnya Nurul Farahhin binti Mahat..", selagi itulah kau kena sayangkan dia berpada pada. boleh ea faraa chan? aku taw kau kuat dan sabar orangnya. jangan lupa, Al Khaliq selalu ada. Dia akan makbulkan doa hamba hambaNya. Tuhan lebih mengerti sayang. hiduplah dengan menyayangi seseorang sesederhanaya. jadikan kelukaan itu kekuatan. jadikan kenangan tu pengajaran. lepaskan Mr. L dari hati kau. disini bukan tempat dia. let him go. everything's gonna be okay. :)'
|
Mr. L, saya Nurul Farahhin, pada 28 januari 2012 ni, saya lepaskan awak. saya bebaskan awak dari hati saya. terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada. terima kasih sebab pernah sayang saya. saya ambik balik hati saya yang saya tinggalkan pada awak. terima kasih. untuk semuanya. :) |
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
Oska, terima kasih sebab ingatkan aku..aku sayang kau..:')
0 comments:
Post a Comment