Monday, February 13, 2012

notes of nonsense #33: bebelan sampah

*tenyeh tenyeh mata
*gosok gosok hidung
*garu garu kelemumur

macam da lama pulak tak hapdet blog sampah ni. kenapa aku panggil blog sampah? hee. sebab aku kan poyo. blog ni mana laa ada orang nak baca. yelah, aku buat blog ni pun as medium untuk lepaskan apa yang terbuku kat jiwa raga bakul besen aku ni. sebab tuu tak letak pun butang follow. and tak hias pun blog ni dengan iklan innity, nuffnang sampah bagai. tak harap pun orang nak view blog aku ni. kehkeh. oke, takde kena mengena dengan post. harap maklum. :P

aku suka layan hardcore and punk music. serius suka gila. cuba laa pakai Encik Silver Shuffle a.k.a iPod kesayangan aku tuu. tengok bergegar tak bergegar gegendang telinga dengan cochlea korang. muahaha. setakat ni ramai jugak laa yang tanya asal aku suka sangat layan music music gitu. nak kata aku ni tomboy, tak pulak. elok je rambut panjang guna garpu pun boleh. bangga sat, rambut aku da lepas paras bra. first time aku rambut panjang. kahwin nanti boleh suruh suami aku main tarik tarik rambut. kata hardcore kan? KAHKAH oke stop. aku da terpikir blue. -,- sambung balik. asal aku suke music yang mostly perempuan lain tak suka? nak kata influence dari pakwe, aku ni single laa pulak. nak kata pembawaan brother brother aku, adik adik lelaki aku semua macam kecik lagi. and dorang tak main laa lagu lagu hardcore ni. dengar lagu yang meleleh air mata dengan air liur je. bengkak jugak otak aku 551 saat  bila adik aku dok karok lagu Mahligai Syahdu tak pun lagu Aishiteru. woo sumpah kopak telinga aku sekejap. paling tak tahan kalau berjalan naik kereta. perghh. mama aku pasang Klasik Nasional beb. mendodoi wooo. nak nak time malam. lagu keroncong. pergghhhh! berdengkur aku kat belakang. -,-

nostalgia bhaii. teringat pulak aku kat Oska. Oska layan Klasik beb. ol' skool gilaa. da bukan kategori vintage da. Oska tuu da considered as ANTIQUE pieces da. hehe. xD
cakap pasal klasik klasik ni, teringat pulak dekat Oska. aku da jarang kan nak post nama dia kat entries aku. yelah kang awek dia baca kang tak ke naya aku ni. rapat sangat dengan bf dia. kang bercorak body glove lak muka aku ni. da laa satu kampus. fac je lain lain. Oska seriously contra habis laa dengan aku. baik dari mind state, physical qualities sampai laa attitude and taste. aku pelik gak, camne laa aku boleh blend dengan mamat muka kerek macam dia tuu. dia layan music antik cukup. Bee Gees, Jefferson Starship tuu memang taste dia laa. aku lak metal hardcore. punk tuu da selalu. indie ada jugak laa kat celah celah bedah. aku ngantuk dengar mp3 dia, dia pulak terbeliak butir mata dengar mp3 aku. tapi takpe, aku sayang gak kat dia. as my best friend laa kan. lebih tuu takde laa. aku selalu cakap dengan Oska, tak kira laa aku banyak bestfren lelaki ke, kawan lelaki ke, tapi dalam hati aku, aku tunggu seorang je. sayang seorang je. Mr. L. walaupun aku taktau apa perasaan dia pada aku. walaupun dia bukan hak aku. cehhh! da macam drama Ombak Rindu. jilake laa salah channel lak. termasuk channel jiwang berkedut lak. teeeeeeet! siaran tamat. -,-

sejak balik JB, rasanya tiap tiap hari laa jugak aku bukak mp3crank.com tuu. men-download lagu lagu bagai. da tak payah da nak 4shared or mediafire lagi. buat menyirap bandung soda je cause kadang kadang link mediafire tuu da expired. kalau pakai 4shared pulak, kadang kadang lagu yang nak tuu, bukan original artist yang nyanyi. just cover songs je. paling menyirap limau bila download penat penat, sekali kualiti hampeh. bertambah taik telinga bila dengar lagu tuu recorded direct dari radio pakai henfon 3310 then update kat 4shared. fffffffffuuuuuuuu. tapi taknak komen banyak laa kan. benda free. syukur jelaa. so sekarang bila aku terjumpa link mp3crank.com kat sebuah blog yang aku stalk ada gambar Mr. L, aku terus laa terlompat lompat girang macam orang baru baik dari buasir tahap 3. da tak payah nak search search RAR files susah susah lagi. download 1 album terus. sebelum ni aku download lagu, song per song. agak siput jugak laa sebab mediafire kan ada download parameter tuu. pakai mp3crank tuu terus je dapat dalam bentuk archive. mudah. download, extract all, terus copy masuk iTunes.

ini bukan Redtube. ini mp3crank site untuk download mp3. harap maklum.

so memandangkan kat rumah pakai wifi, aku pun terus laa menggunakan kelajuan patuk ayam jari aku ni untuk men-download segala post hardcore, punk, indie music yang terlintas kat punat otak aku ni. Punk Goes Pop, A7X, Attack! Attack!, Rancid semua aku sapu. sedap woo. sekarang ni yang paling banyak aku repeat play are Go Radio, Sleeping with Siren, Goo Goo Dolls, Mastodon, Dragonforce, Black Veil Brides, Of Mice and Men, Mayday Parade, ahhhh kalau nak list semua sampai cuti awal muharam tahun ketiga degree pun tak habis lagi aku taip.

all time pebret. i thot the lead singer was a gegirl. rupanya a boboi siot! siyes vocal macam perempuan. lagi lagi dalam lagu acoustic dia. siyes macam oghe puanggg.
rasanya aku sorang je yang tastenye pelik and lain dari orang. baik dari segi remeh temeh sampai laa benda yang big matter. kalau beli beli barang or dressing dressing, aku suka warna mantul mantul. biar boleh nampak dari puncak menara KL nun. beli jam warna purple yang 2km boleh cam, pakai seluar warna hijau katak. aku rasa kalau lintas kat traffic light, mau kena langgar aku ni sebab orang ingat aku ni lampu trafik hijau. :P bab nak kahwin pulak, aku cakap dengan mama nak tema emo and punk. kahwin nanti warna hitam merah. heavy kohl make up ala ala Good Charlotte tu. suami aku transform jadi Joel Madden sekejap. Joel hensem woo. suami aku pun mesti laa yang jenis kepala gila macam aku jugak. arghhh apa aku cakap ni! pakwe pun takde lagi berangan nak kahwin. gatai.

ohh Abe Joel, buat laa ambo bini numbo 2 mung. nikoh pakso pong takpo. ambo pasroh Abe Joel. setahun ambo dop tubik ghumoh kalu nikoh ko Abe Joel.
sekarang ni aku baru lepas makan nasik lauk kupang masak sambal yang digaul dengan kuah kicap yang ditapau dari kenduri kahwin jiran aku. lepas makan aku tertanya tanya, asal benda free semua sedap sedap. air and munchies free yang promote kat hypermarket tuu asal sedap sangat. tapi kalau da beli, bancuh sendiri, tak sedap langsung. padahal aku da bancuh ikut sukatan yang promoter tuu bagi. just tak sukat pakai measuring cylinder makmal sekolah aku je. contoh situasi:

Promoter: amoi aa, lu beli laa ini susu ooo. manyak sedap laa. bancuh pun manyak senang oo. lu taruk jaa itu satu peket. taruk air panas panas. sutah bulih makan terus maa.
Aku: yeke? eh betul laa. sedap siot. menjilat kuku kaki. oke laa. guwa angkat 2 kotak.
kat rumah, bancuh mengikut prescription. sekali minum, perghhhhhhhh tak sedap. ffffffffuuuuuuuuu!

motif post ni? aku pun tak tahu laa. dop pehe. aku sendiri tak tahu jadah apa yang aku bebel ni. HAHA. moral of the story, kalau nak lagu lagu English, sila laa bersila download dekat mp3crank. nak lagu kpop and Justin Bibir pun ada. just lagu nyanyian aku je yang belum release lagi. :P second moral, kalau beli barang promotion yang tak pernah cuba, beli sikit sikit dulu. jangan tamak macam aku angkut sampai 2 kotak. lepas tuu tak sedap terus tak makan. :P

*p/s: sekarang aku da up sikit. da tak main download pakai line wifi da. sebab streamyx da tak laju. broadband lagi laju. mentang sekarang da taw camne nak jadikan broadband tuu limitless. line pun da laju gilaa. paling slow 800++kb. hehe. :)

0 comments:

Post a Comment