oke. minggu ni sumpah dem. memang sumpah dem lapan belas ribu juta lemon kuasa tiga puluh empat. guwa malu gilaaaaa doe minggu ni. sumpah sepanjang panjang minggu ni muka guwa rasa macam kena tepek dengan kulit dinosor jurassic park yang telah disamak dengan air dari tujuh masjid.
oke. guwa punn taktaw acane guwa boleh jadi acani. tapi guwa saspek ke-blushing-an guwa ni berpunca dari satu sebab musabab yang sangat pasti: KANTOI. guwa da terkantoi bhaiiiii. guwa saspek Encik Ehem da taw yang guwa sedang ber-jiwa kachaw, ber-angau-an, ber-crush, ber- segala jenis ber lagi laa kat dia. adoh.
sumpah guwa dapat instinct ala ala kumpulan N'Sync yang Encik Ehem da taw yang guwa memang da lama syok kat dia. adoh, adoh, adoh. mana guwa nak sorok muka guwa ni! guwa da try sorok bawah bantal tapi rasa lemas laa pulak. nak sorok dalam loker,
sumpah weyh malu gila babas anak pak Abbas. guwa da taktaw da nak respon acane setiap kali ternampak muka Encik Ehem depan mata guwa. rasa macam nak tanam and benam muka tujuh kaki dalam, tiga kaki lebar dalam tanah time tuu jugak. da laa sejak 2, 3 hari ni guwa madah asek nak ternampak muka Encik Ehem tuu je. semalam guwa nampak dia depan fakulti guwa around pukul 10 pagi. terkezut tenuk guwa, nasib baik tak masuk dalam longkang kat carpark Law Faculty tuu. lepas je nampak kelibat Encik Ehem dengan motornya tuu, guwa dengan tahap kelajuan kambing dikejar beruang, terus lari balik Teratai. malu yang amat doe. malu tahap moksya!
takde kena mengena. yang penting bukan kucing guwa. |
da laa time konvo aritu, err guwa touching sikit dengan Encik Ehem, dia datang kat tempat duty semua orang tapi tak datang punn kat tempat guwa duty. sentap guwa. majok aa. Lyn kabor ke guwa yang Encik Ehem banyak kali lepak kat tempat duty dia, tapi guwa.. TT____TT takde! ceit. sedihhhhhhh. udah laa begitu, dia nampak guwa, dia terus berpusing ke belakang pusing sebanyak 180 darjah. obviously laa nak mengelak guwa kan. sedih lagi. uwuwuwu. :( lepas tuu guwa terus merajuk. taknak da jaga dalam dewan. guwa bantai berbual bagai berada di Old Town Kopitiam dengan pakcik pakcik yang tengah penat menunggu bini bini meng-cash-kan saham kat tandas "Puan jalan terus, belok kiri ye. tandas wanita yang hujung sekali." kat level 2 tuu. then time tengahari, Encik Ehem datang kat tempat guwa duty tuu. guwa nampak dia datang bukak pintu tapi disebabkan guwa dalam mood touching, guwa dengan menggunakan gear automatik I-VTec merajuk dengan dia and terus buat berpusing ke belakang pusing sebanyak 360 darjah ke arah Timor Leste. nanak tawan! majok! :P
then lepas tuu, guwa pusing belakang, tengok Encik Ehem da hilang. dalam hati menyesal sebab tak sempat tengok dia. da laa dia comel bila pakai uniform No. 3 tuu. i loike. :D then time break kejap tengahari tuu, guwa cari cari gak mana pulak mamat comel ni, pahtu Jijah The Mak Jemah bagitaw yang Encik Ehem da balik. again, guwa sentap sensorang. bunyi kaca pecah berdesup desup dalam hati guwa yang baru nak berbunga bunga ni. disebabkan guwa sentap, habeh je duty, guwa terus balun nasi ayam+roti sapu jem+teh o panas secara berselang seli secara solo sebagai tanda sentap.
then malam tuu, (time ni punn tengah merajuk lagi kununnye) guwa online Fb sejenak untuk mengisi masa lapang. petang tuu guwa memang da saspek habes laa yang guwa da kantoi suka dia by the way he ignores me and by means of he's avoiding me. so guwa punn buat laa status sentap+malu tapi mahu guwa.
"awkward moment when your crush knows that you had a crush on him. terus berpusing guwa tadi. =.="
guwa tulis aa cenggitu. by all means, memang guwa tuju kat dia punn sebab guwa rasa, guwa juz buat berpusing ke belakang pusing 360 darjah menghala ke Timor Leste tuu dengan Encik Ehem je. mana ada guwa buat dengan orang lain. then taw tak apa yang berlaku? bersaksikan Lyn dengan Wani, guwa telah menjerit ala ala Scha Alyahya dalam muvee Histeria bila Encik Ehem, being the very FIRST PERSON telah menge-LIKE status tuu! memang lepas tuu guwa hempas badan atas katil laa kannn! MALUUUUUUUUUUU TAHAP MOKSYA! so betul laa sekarang ni guwa da kantoi!!! memang laa malam tuu guwa jerit nak keluar SISPA sebab da kantoi sambil menutup muka yang da macam kena simbah dengan sos tomato Mekdi bawah tilam. attention. guwa sorok muka bawah tilam ye malam tuu. malu punya pasal sampai sanggup tahan benjol terlanggar katil semata mata nak sorok jugak muka bawah tilam. =o='
serious malu still rasa sampai ke hari ni. even guwa tengah taip ni punn, guwa kejap kejap benam muka 90 darjah kat tilam, siap berselubung dengan selimut sebab mengigil punya pasal walaupun baru je pukul 2.35 petang. seram sejuk bhaii. guwa da speechless da bila da terKANTOI acani.
pahtu semalam time gi meeting ketua biro, da dekat dekat nak maghrib tuu, boleh pulak Encik Ehem tuu datang jenguk muka kat bilik meeting. mula mula guwa tak perasan gak sebab ingatkan Tuan Lan, da lama sikit guwa jeling jeling tetiba mata bertemu mata. dan lagu Hindustan punn berkumandang 5 saat. guwa dalam hati "ALAMAK! MAMPOS! MALU!!!". guwa da tersedak sedak da. nasib baik tak tercekik jeruk betik yang guwa tengah simpan dalam mulut. nak cover nervous, guwa terus tunduk buat buat tekun baca majalah padahal dalam hati tengah MALU+RIANG RIA RAYA+CUAK+SEGAN+SUKA semua hadoo. suka+terkezut+cuak sebenarnya sebab time sebelum Encik Ehem masuk tuu, memang guwa tengah sebut nama dia punn. tengah mengumpat ngumpat pasal dia kat Yaya Chan, sekali dia masuk. mana tak terkezut tapir guwa dibuatnya. nasib baik guwa tak melompat dalam kabin semalam. kalau tak, kesian kabin tuu da bocor menahan lompatan gajah guwa.
sentap sikit jugak time Encik Ehem masuk tuu. dia masuk, intai intai, nampak guwa je terus menggelibut keluaq tutup pintu. guwa ternganga sejenak. pahtu masuk balik lambai lambai kat Ayu. situasi time kat sini guwa jeles dalam jiwa sikit. why? why? why Ayu? uwuwuwu. :'( pahtu sebabkan guwa sentap, guwa terus buat dang je. buat buat dedikasi baca buku padahal tengah TT_____TT. after that, terus balik. sebelum tuu skodeng skodeng gak laa, mana pulak Encik Ehem ni. tak best lak balik tak tengok muka dia. HAHA. :D
malam tuu, rokol cam biasa. guwa tak basuh baju lagi so time rokol tuu guwa pakai seluar tidoq yang agak err buruk+ketat. badan guwa nampak macam timun yang warna kuning tuu. guwa tak expect punn Encik Ehem datang. sekali..... dia datang daa. guwa da memalu da. rasa nak menangis weyh. da laa kantoi guwa suka dia, pahtu dia boleh lak datang dekat dekat. sumpah guwa nak menangis sebab malu. uwuwuwu. :'(
malu doe. sumpah malu. speechless. rasa taktaw nak campak mana muka guwa yang comel ni. uhuk. lepas je da dapat idea mana nak sorok muka ni, guwa rasa nak nangis pulak nanti. :'(
0 comments:
Post a Comment