Sunday, July 1, 2012

notes of nonsense #75: mission possible: DIET

sekarang guwa ada misi baru: KURUS. lalala. macam mustahil kan? guwa ponn firstly rasa mustahil gak coz guwa rasa guwa da cukup curvy and lawa gilos 40 juta lemon da ni. (*duhh. hakikatnya TT__TT)

berbekalkan senjata set Herbalife yang telah di-promote dengan jayanya oleh Elyn si roomate tegar yang bertapak di tingkat atas katil double decker 3611 (*takyah nak promote dengan berjaya sangat laa kan. ekceli guwa ter-induce membeli sebab kecik hati bila ada orang cakap guwa da tak comel macam dulu. cisdale sungguh insan itu =.= ).

setakat ni guwa rasa oke laa. guwa da 6 hari da start diet Herbalife ni. mula mula start kemain lagi pergi borjogging kat stadium bagai. siap bawak spike Nike lagi semata mata nak jog sesedap kat atas trek. masuk hari ketiga, mampoih semua killer paper. takde maknanya weyh nak jog jog ni. guwa warm up dalam gebor je kat atas kerusi. (*nak jog takut kang malam nanti ada yang terbongkang tak bangun bangun)

hmm sepanjang berdiet ni, rasanya rutin harian guwa banyak da berubah. guwa strict betul consume setakat ni. yola, benda mahal weyh. rasa tak berbaloi lak beli kalau effects tak seberapa sebab salah sendiri yang pemalas donkey. pagi pagi celik je mata, belum sempat taik mata jatuh ke bumi, da dengar da guwa menggoncang shake and togok aloe vera. pahtu dengar laa guwa bukak langkah seladang terjah tandas. guwa taktaw whether metabolism guwa ni tinggi or Herbalife ni memang berkesan ke hape, but seriously memang cepat gila kott effect kat perut guwa. tak sampai 2 minit consume aloe and shake, guwa da buat bisnes pelaburan amanah dekat Amanah Saham Teratai. guwa sekarang bangun awal der. around pukul 7 tuu da bangun consume Herbalife - togok shake, aloe and buat teh bebagai. yola, kalau consume benda tuu awal awal pagi, so nanti guwa dapat lunch awal awal sikit. sebab after consume shake tuu, kena ada interval 4jam before guwa can consume makanan ruji kesayangan guwa - nasi tapi time pokai Megi whether Mee Sedaap kari atauponn Ruski tomyam kaww ehsan sepupu guwa.

berbalik kepada apam balik, ekceli guwa takde laa hingin sangat nak kurus ni. just sebab nak bagi badan ni fit sikit je and main reason guwa pakai Herbalife ponn sebab nak improve skin conditions guwa. macam da teruk sangat guwa rasa. jerawat membiak dengan jayanya, tambah lagi dengan kulit sensitipnya, pahtu merah merah macam kena melad bebagai. naik segan pulak guwa nak keluar bilik. kalau tak disebabkan kewujudan BB Mousse, guwa rasa memang da lama da guwa pakai topeng muka pergi berjimba and jenjalan.

*ini stok makanan guwa before ber-Herbalife
*ni lepas ber-Herbalife. wholegrain bread der. impressed with myself
*oke serious guwa da boleh bukak farmasi kat Teratai.
ahah. wait and see jelaa camne gamoknya conditions guwa lepas seminggu ber-Herbalife. guwa tunggu tunggu jugak perubahan kat diri guwa ni. mana ke taw, seminggu lost 6kgs. tak melompat mak apak guwa tengok guwa balik rumah nanti. so setakat 6 hari ni, gamoknya skin condition guwa macam da improve sikit. opens pores da closed sikit, jerawat da tak hyperactive sangat. badan guwa ponn da cam ringan ringan sikit. just rasa bloat sikit kott sebab since consume Herbalife ni guwa togok almost 5liters water daily kott. tapi jeans nampak aa significant longgar tuu. muka ponn da macam orang sikit da. :)

anyway, guwa happy je consume Herbalife. selain sedap (*compared to other laxatives yang pernah guwa try, ni yang paling boleh blaa in the taste and texture). and effects dia ponn laju semacam. nampak laa muka tuu berseri sikit, jeans longgar and tetiba pulak ada body curve. sebelum ni badan macam pembaris. guwa rasa pembaris ponn tak setegak guwa. =..=

so tunggu jelaa esok. esok cukup seminggu je guwa plan nak lelaju and lelincah gi Giant pergi timbang. kalau ada perubahan, maka guwa akan bersorak riang ria raya. kalau takde, maka officially guwa akan buat ekspresi TT______TT sambil membantai Elyn si taiko Herbalife SISPA yang telah menggoda guwa memborong Herbalife ni. :P

1 comments:

Anonymous

aku boleh nampak bagaimana tenkunnya kau meng hapdet blog malam tadi, dan inilah hasilnya. haha. thumbs up, semoga misi kurus berjaya! :D

Post a Comment