Sunday, October 14, 2012

notes of nonsense #98: mimpi


Bintang bertaburan di langit malam. Langit hitam pekat menjadi kamar dua insan sedang menyulam kasih dan rindu yang telah menggunung sekian lama. Lebih 2 tahun mereka menanti dan malam ini, mereka telah bersama kembali. Faraa baring menghadap tubuh Lee. Menatap matanya bagaikan mahu meluruhkan segala bebanan rindu dan bebanan emosi yang telah ditanggung selama ini. Figura tubuh Lee yang sedang berbaring di sebelahnya di atas padang itu masih lagi sama seperti dua tahun lepas. Rambutnya masih lagi spike, baunya masih lagi haruman Adidas yang sama, tingginya masih lagi membuatkan Faraa mendongak ketika memandangnya, tubuh itu masih sama ketika terakhir Faraa melihatnya, mata itu masih sama, kuyu dan redup macam mata Garfield, dan perasaan itu masih sama seperti sebelum mereka terpisah.

Lee memandang Fara dengan Garfield eyes-nya. Lama. Pelukan dieratkan. Bibirnya pantas melekap di dahi Faraa. “ I love you, baby..”

Faraa memandang mata Lee. Tapak tangannya mengusap kedua dua belah pipi Lee. Faraa masih lagi terkesima dan akhirnya perlahan lahan, bibirnya mula menguntum senyum. “I love you too, b..”

Dan figura Lee yang tadinya crystal clear, bertukar menjadi bayangan kelam. Semakin hilang dan akhirnya, hanyalah tinggal Faraa keseorangan. Bintang sudah tenggelam, bersama hilangnya Lee dari pelukan. Hanya ayat terakhirnya yang masih kedengaran menjadi simbolik perpisahan.


P/S: guwa taktaw kenapa guwa boleh mimpi camni malam tadi. ekceli, malam tadi before tidur guwa berdoa, "aku serahkan Lee hanya dalam jagaanMu Ya Allah. kiranya ada jodoh kami, maka kami akan kembali semula.". rasanya camtu laa doa guwa malam tadi. tetiba boleh pulak dapat mimpi camni. then after cakap iloveyou too tuu, terus mimpi tuu hilang. hmm. petunjuk ke? kalau ya, apa maknanya?

0 comments:

Post a Comment