Friday, May 31, 2013

notes of nonsense #110: bahagiakah?

*gamba sekadar hiburan lalala. tiada motif terselit dicelahan megi*
3.27 pagi waktu malaysia. bukak account fb lama setelah nearly setahun deactivate atas kesilapan teknikal dan mental. tengok balik timeline, ramai yang da berubah. whether jadi baik, or perlu penambahbaikan. jumpa fb member member lama masa PLKN dulu. Dervina. self-proclaimed Portuguese tapi rupa indian. errrr. boyfie dia scary. muka macam pervert. then jumpa fb kawan sekolah agama masa darjah 3, Shamim. sekarang da pergi umrah. dp kemain bergambar dengan unta siap berjubah segala. then jumpa fb Jiaa, sekarang da pakai tudung woot woot. pastu jumpa fb Shafinaz. geng kumpulan nasyid dalam kelas Cikgu Kilawati. lawa even tudung labuh. and tabik spring. couple dari zaman sekolah sampai sekarang. and ramai lagi laa. jadi stalker 1 malam gak ah. sampai submission mooting tak bergerak gerak. demm. -,-'

bukak fb lama, teringat cerita lama. banyak benda yang silap pada guwa. banyak laa. sampai bila guwa bukak balik TL account lama, guwa malu sendiri. status entah hape hape. gambar pun entah hape hape. berkawan dengan orang yang entah hape hape jugak. sedih. takut. marah pada diri sendiri. dalam hati berpesan, 'guwa takkan berubah hingga ke tahap ini kalau Allah tak bantu guwa untuk tutup aib guwa, dan tiupkan dalam hati guwa matlamat untuk berubah. berubah bukan untuk kebaikan guwa, bukan untuk sedapkan hati parents guwa, bukan untuk jadi baik depan Encik Prince, bukan sebab nak nampak perfect and innocent depan semua orang, guwa berubah kerana Allah. biarlah kalau orang tak nampak, or hanya nampak perubahan guwa hanya berdasarkan tudung yang guwa baru pakai, tapi dalam hati, guwa je yang tahu bape banyak guwa da korbankan diri guwa untuk berubah. orang tak nampak takpe, sebab guwa tahu, Allah nampak. Dia jelaa yang boleh baca hati guwa kan?'. Allah, betapa besarnya kasihMu hingga Kau telah menjaga aku dari tersasar lebih jauh. menjauhkan aku dari orang yang mungkin akan mensia-siakan aku. menjauhkan aku dari terus lari dari berkat-Mu. dan mendekatkan aku pada orang orang yang menyayangiku seikhlas hati dan mampu memimpin aku ke jalanMu. aku tidak berharap dia akan bersamaku di syurga, kerana aku sendiri rasa malu untuk mencium bau Firdaus-Mu dalam keadaan aku berdosa macam ni. tapi good enuff bila orang yang Kau hadirkan untukku, mampu mengingatkan aku pada-Mu, mengigatkan aku untuk terus berjuang untuk hidup ini, mengingatkan aku untuk mencintai bukan kerana hati, bukan kerana manusia, tapi mencintainya hanya kerana Allah. macehh (*read: terima kasih) Ya Allah... (*nangis)

*always been SO TRUE :')*

tetiba guwa terlintas sesuatu lepas ter-stalk fb seseorang ni. well, sebenarnya, kalau kita bahagiakan Allah dan ibu bapa kita, kompom kompom Allah akan beri kebahagiaan berlipat kali ganda pada kita. in cash lagi. no installment macam kedai seng heng. asalkan kita depositkan hati kita kepada-Nya. memberi rasuah dengan selalu menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya. InsyaAllah. kalau kita cepatkan ibadah kita pada Allah, Allah akan cepatkan urusan kita. contoh: rezeki, jodoh, kesihatan, kebahagiaan, kelapangan, nikmat kawan kawan yang melimpah ruah.

then guwa terpikir lagi, da cukup ke guwa bayar hutang aku kat Dia? :'(





PS: wanting to fall asleep with broken heart tonight. broken sebab grievance atas dosa dosa sendiri. huk. guwa taknak heret orang orang yang guwa sayang dan orang orang yang sayangkan guwa dalam neraka. guwa nak jadi baik je. so dorang takkan berdosa sebab guwa. wuu.. :'(

Tuesday, May 21, 2013

notes of nonsense #109: kaitan Sogo, konvo dan Faraa yang telah membesar

19 Mei 2013
merempit pergi Pasar Seni. jadi tourist guide atas permintaan Elynn. guwa, seperti cikaro wannabe, naik Dash berbau kedai berwarna Harimau Selatan milik Halila. Elyn pulak as always, naik Honda Ombak putih. guwa just mampu naik belakang je. tak mampu nak ambik lesen lagi. mampu ambik lesen basikal je setakat ni. sobs sobs.

cuaca panas panas pilu. merah gak ah muka nak menyampaikan diri kat Central Market tuu. dala banyak kali gak kena kentut bas. ekceli, guwa takde nak beli pape ponn. dalam hati macam nak carik lollies untuk bagi kat Encik Prince since dia konvo esok paginya. tapi Central Market kott, mana nak datang lollies kat situ. ada ponn Famous Amos je. tapi lollies dorang tak sedap. so usha usha apa natang tuu yang ada beras yang tulis tulis nama. tapi mahal gilee. casing yang macam key chain tu je da puluh puluh. baik bagi makanan je an. and btw, guwa da siap buat punn hadiahnye. handmade lagi. just segan sikit laa sebab kecik and tak cantik an. huhu. hentam sajalah labu. asalkan ikhlas ye dak? simple and memorable.

jalan jalan pergi tempah barang dinner untk PKS and pelatih ko terbaik. then gi Jalan TAR pulak. shoping baju dinner. tapi bukan guwa laa yang shoping tu. Elyn dengan Ley ah yang shoping sukun sakan. siap beli kain nak buat baju dinner gittew. pashmina taknak kalah, nak jugak corak tribal tribal. tak tribal taknak jahh. Elyn lak beli tudung ngilap ngilap bagai. ala ala ariani gittew. ada flats segala. tak pernah pernah pakai flats tetibe je dinner nak pakai flats an. nasib tak beli contact lenses je. kalau tak, kompom guwa kena dibacakan Yassin 100 hari 100 malam.

then around pukul 3 tuu, off to Sogo. sebab katenye nak makan. guwa ponn as always, update laa dengan Encik Prince nak gi Sogo. then tetibe je dia kata dia da otw ke Sogo dengan mama dia. guwa da dupdapdupdap gak. kompom kena jumpa punya. adess. guwa bagitaw Elyn, hoh terus bersemangat dia heret guwa naik foodcourt. guwa da macam nak menangis kott bila dia suruh jumpa bakei mertue guwa. Halila kata muka guwa muka kesian. mata merah nak nangis oredi. aihh.

nak jadi cerita, ternampak lak Encik Prince tengah minum kat food court. Ley (*Halila) yang perasan dia. guwa memang da menonong da jalan. kalau boleh nak menyorok dalam jamban. sorok muka bawah jamban cangkung if available. guwa ponn setelah berdiskusi dalam keadaan separa nak menangis, dan setelah di-chaiyok-kan oleh Ley and Lyn, guwa ponn menuju laa kat table bakei mertue and bakei suami (*errr?) guwa tu. sumpah 5 kali guwa u-turn sebelum sampai tuu. cuak+takut+ dinosaur in my stomach.

then jumpa laa. guwa sumpah malu yang amat. kalau orang yang tak kenal guwa, mesti ingat guwa gedik an. yelaa siap tutup tutup muka bagai. sumpah takleh nak show my face. rasa merah satu badan dohh. da hampir nak menyorok bawah meja kott. nasib baik laa Aunty (*bakei mama mertue) sporting. gelak gelak je. elehh Encik Prince ponn dok gelak jahat kat guwa padahal guwa tengok muka dia sama je merah macam muka guwa. saje lettew nak tambah blushing guwa. poyo ngatt! :P

then jenjalan jap dengan Aunty. borak borak. guwa still malu tak habes lagi. pastu balik sebab hari nak hujan. so far, pengalaman 1st time jumpa bakei mertue guwa memang EPIC FAIL laa. gila malu. tak pernah dibuat orang tutup tutup muka macam cipanzee kena cencalok extra pedas gittew. guwa je yang mampu buat gittew. dangg. tapi memang respect laa kat Aunty. cool je. best lak. tetibe rasa sayang lak kat Aunty. Aunty, tak nak ke rasa nak cepat cepat bermenantukan saya ni? saya baik kott. just pemalu jelaa. kehkeh. :P

balik merempit lalu highway. sampai ke PJ. tersesat ekceli. pastu terpisah pulak dengan Elyn. Elyn naik flyover lain, guwa naik flyover lain. pastu tragedi lagi. guwa borak borak peluk Ley sampai terbabas simpang Shah Alam. masuk pulak da TTDI. nasib baik sampai jugak kat Teratai. kalau tak, guwa decide nak mintak Aunty je amek guwa. mintak nikah terus. so boleh ah guwa terus tidoq rumah Aunty. haha. :P

20 Mei 2013
guwa terbangun terkejut. hujan lebat. tempias sampai ke muka guwa. nasib baik terjaga. kalau tak, kompom tempias kena plug. mati da menantu Aunty. tak sempat nak kawin dengan 'Adik Loh'. huahua. iron jubah (*gila muslimah kan guwa?). siap siap terus jalan kaki gi DATC. nasib baik pakai sneakers woo. serious lopak banyak. guwa lencun atas bawah kott. lencun peluh. kaki lak memang tak nampak rupa da, lencun termasuk dalam lopak air. guwa agak macam dak sekolah gak ah. dengan bagpack segala. pastu tangan sebelah pegang jubah sebab taknak bagi kena lopak. motifnya sebab nak maintain sweet and demure depan bakei mertue laa katenye. tapi tak beragak muka peluh macam air terjun. epic fail.

dekat sejam setengah gak ah guwa menunggu Encik Prince keluar dari dewan. sempat borak borak dengan makcik kerusi sebelah. katenya anak dia amek degree statistik. lama gak guwa peluk hadiah konvo Encik Prince. then around 11 lebih tuu baru dia keluar. haha. guwa nampak je dari jauh tapi sengaja taknak datang dekat. segan ah. huahua.

last last kena datang dekat jugak. and Encik Prince bawak guwa jumpa parfents dia. kali ni da tak malu sangat ah macam semalam. sebab da jumpa an dengan Aunty semalam. just malu malu dengan ayah Encik Prince jelaa. guwa panggil Uncle. so far, tengok dorang both, guwa tetiba rindu kat mama and papa guwa. huhu. Uncle sangat cool. Aunty lak sangat sempoi je. gelak gelak. envious. i wanna family like that sometimes in the future. :)

then cousin Encik Prince datang. bagi teddy bear kecik. arghh segan guwa datang lagi. hadiah guwa tak seberapa je ponn. sorok belakang badan. rasa macam taknak bagi ponn ada. guwa da memang terlintas da taknak bagi time tuu. tuu yang guwa sorok sorok je canvas bag yang guwa letak balang hadiah guwa tuu. malu gak ah. tengok orang lain bawak hadiah konvo grand grand. teddy bear, angry bird, bunga bunga sebesar lori. guwa? adehhh. =(oo)='

ambik gambar, snap snap. guwa malu nak enter-frame walaupun macam ada jugak rasa nak amek gambar sama sama tuu. yelaa, takkan nak mandai mandai lak enter-frame dengan family orang kan. malu lah. kang kena reject kang padan muka guwa.

pastu gi lunch. huahua. malu lagi. sebab Uncle yang bayar. adoii. segan doe. guwa dala outsider an. pastu payung makan mahal mahal lak tu. huhu. siap dapat tragedi eksiden lagi kat trafik light ss9 tuu. guwa yang nak terlelap masa tuu terus bulat mata. huahua. nasib baik takde pape. just bumper belakang calar and tergarit sikit.

lepas makan, balik. hantar Amni (*cousin Encik Prince) balik Melati. pastu hantar guwa pulak kat Teratai. oke. such a happy day. parents dia sangat sporting. both tak layan guwa macam outsider. and seems like accepting me. Alhamdulillah laa an. pesan Aunty, "belajar molek molek dulu." baik Aunty, baikkkkkk.

pastu malam tuu Encik Prince mesej. sentap sentap dengan hadiah guwa. ekceli, guwa ponn tak expect dia check satu satu mesej kertas yang guwa gulung letak dalam balang. hehe. terharu. at least, he's sensitive to my gift. impliedly suggest that he appreciated my gift eventhough err gift tak seberapa.

overall, i'm happy! i'm now in sem 4 of my law degree. da jumpa bakal mertua dengan jayanya. and seems to get greenlight. kehkeh. cuma satu lagi hurdle je belum lepas, my own mama. jumaat ni turn my mama test drive Encik Prince lak. omg. guwa da start neves balik. arghhhh malu lagi laa jawabnya! anyway, Faraa Chan da besar. da boleh kawen oredi. (#Eh?) xD

fin.

p/s: guwa jumpa Ajim Babyface kat DATC tadi. dia datang tengok graduation kawan dia. danggg guwa tak expect langsung jumpa dia kott. lama gila lost contact since guwa tukar number. dia yang mula mula perasan guwa. bangga jugak. ingatkan da tak hengat guwa. takpe, nanti kita jumpa kat UTHM pulak. kali ni Faa pulak tauliah, Hazim tengok dari bawah k? kehkeh.

ohh ya, malam tadi ada makan makan untuk atlet Teratai. since guwa ni atlet berjaya dalam sukan tarik tali yarekk, guwa datang laa merempit dengan Ley. makan agak sedap. butter prawn, kentucky calamari, spaghetti olio, wedges, kambing terlentang (*read: kambing golek). food haven ah malam tadi. sampai Encik Prince yang kat Keyyel ponn jelly dengan guwa dapat makan banyak. tapi kambing golek tak sedap. bau and mentah. maybe tekak guwa kott bertukar jadi selera korporat. almaklong, tengahri tadi da bedal nasi arab kambing hasil belanja Uncle a.k.a future potential Ayah-in law. kehkeh. xP