Friday, May 31, 2013

notes of nonsense #110: bahagiakah?

*gamba sekadar hiburan lalala. tiada motif terselit dicelahan megi*
3.27 pagi waktu malaysia. bukak account fb lama setelah nearly setahun deactivate atas kesilapan teknikal dan mental. tengok balik timeline, ramai yang da berubah. whether jadi baik, or perlu penambahbaikan. jumpa fb member member lama masa PLKN dulu. Dervina. self-proclaimed Portuguese tapi rupa indian. errrr. boyfie dia scary. muka macam pervert. then jumpa fb kawan sekolah agama masa darjah 3, Shamim. sekarang da pergi umrah. dp kemain bergambar dengan unta siap berjubah segala. then jumpa fb Jiaa, sekarang da pakai tudung woot woot. pastu jumpa fb Shafinaz. geng kumpulan nasyid dalam kelas Cikgu Kilawati. lawa even tudung labuh. and tabik spring. couple dari zaman sekolah sampai sekarang. and ramai lagi laa. jadi stalker 1 malam gak ah. sampai submission mooting tak bergerak gerak. demm. -,-'

bukak fb lama, teringat cerita lama. banyak benda yang silap pada guwa. banyak laa. sampai bila guwa bukak balik TL account lama, guwa malu sendiri. status entah hape hape. gambar pun entah hape hape. berkawan dengan orang yang entah hape hape jugak. sedih. takut. marah pada diri sendiri. dalam hati berpesan, 'guwa takkan berubah hingga ke tahap ini kalau Allah tak bantu guwa untuk tutup aib guwa, dan tiupkan dalam hati guwa matlamat untuk berubah. berubah bukan untuk kebaikan guwa, bukan untuk sedapkan hati parents guwa, bukan untuk jadi baik depan Encik Prince, bukan sebab nak nampak perfect and innocent depan semua orang, guwa berubah kerana Allah. biarlah kalau orang tak nampak, or hanya nampak perubahan guwa hanya berdasarkan tudung yang guwa baru pakai, tapi dalam hati, guwa je yang tahu bape banyak guwa da korbankan diri guwa untuk berubah. orang tak nampak takpe, sebab guwa tahu, Allah nampak. Dia jelaa yang boleh baca hati guwa kan?'. Allah, betapa besarnya kasihMu hingga Kau telah menjaga aku dari tersasar lebih jauh. menjauhkan aku dari orang yang mungkin akan mensia-siakan aku. menjauhkan aku dari terus lari dari berkat-Mu. dan mendekatkan aku pada orang orang yang menyayangiku seikhlas hati dan mampu memimpin aku ke jalanMu. aku tidak berharap dia akan bersamaku di syurga, kerana aku sendiri rasa malu untuk mencium bau Firdaus-Mu dalam keadaan aku berdosa macam ni. tapi good enuff bila orang yang Kau hadirkan untukku, mampu mengingatkan aku pada-Mu, mengigatkan aku untuk terus berjuang untuk hidup ini, mengingatkan aku untuk mencintai bukan kerana hati, bukan kerana manusia, tapi mencintainya hanya kerana Allah. macehh (*read: terima kasih) Ya Allah... (*nangis)

*always been SO TRUE :')*

tetiba guwa terlintas sesuatu lepas ter-stalk fb seseorang ni. well, sebenarnya, kalau kita bahagiakan Allah dan ibu bapa kita, kompom kompom Allah akan beri kebahagiaan berlipat kali ganda pada kita. in cash lagi. no installment macam kedai seng heng. asalkan kita depositkan hati kita kepada-Nya. memberi rasuah dengan selalu menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya. InsyaAllah. kalau kita cepatkan ibadah kita pada Allah, Allah akan cepatkan urusan kita. contoh: rezeki, jodoh, kesihatan, kebahagiaan, kelapangan, nikmat kawan kawan yang melimpah ruah.

then guwa terpikir lagi, da cukup ke guwa bayar hutang aku kat Dia? :'(





PS: wanting to fall asleep with broken heart tonight. broken sebab grievance atas dosa dosa sendiri. huk. guwa taknak heret orang orang yang guwa sayang dan orang orang yang sayangkan guwa dalam neraka. guwa nak jadi baik je. so dorang takkan berdosa sebab guwa. wuu.. :'(

0 comments:

Post a Comment