*ini adalah entry menganjing.
*entry 21SX. mungkin hanya difahami oleh sebahagian umat sahaja.
INTRO - puihh. luruh bulu kaki aku bila tengok orang dok sibuk naa berkasih sayang malam belentine day semalam. kompom laa Tasik Bukit Layang- Layang kat tempat aku semalam jadi port couple dok main kejang kejang otot kaki. kompom laa semalam ada yang dok me'layang layang'kan diri di sana. almaklum, nama pun Bukit LAYANG LAYANG kan? tanpa segan silu aku mendapat firasat yang semalam tasik tuu da jadi saksi pelepasan berudu berudu secara illegal. mungkin juga ada adegan fetish dan gangbang. teknik teknik missionary, doggie and hardcore sudah semestinya kan? iyelah, kan banyak cupid cupid bertanduk merah dok memanah orang malam malam valentine camni.
BODY - aku jenguk luar tingkap. ramai budak budak lelaki yang baru nak mumaiyiz berdating dekat simpang. yang baru berbulu jagung pulak, pinjam moto mak abah untuk bawak awek yang baru 2 jam main poke poke and komen gambar dekat facebook pergi dating dekat tasik. nak beramah gatal sambil makan yong tau foo kat tasik tuu. yelaa, kan romantik tuu dok tepi tasik, bawak DISELAR (*read DSLR), snap pic awek berseluar skinny, berbaju Ed Hardy Pandan, berposing mulut itik. untung untung balik rumah boleh terus buat default picture kan. nak lagi untung, ada can buat home made porn sendiri. nak abadikan bukti cinta katanya. alasan bagi kat mak apak tadi nak pergi study group, tuisyen malam. persediaan SPM tahun depan. KATANYA. tapi untung sungguh, tersadai tepi tasik rupanya. up sikit laa kan dari budak mumaiyiz yang dok tayang basikal fixie dan mengajak awek lepak di simpang sambil makan beger. masing masing berkemeja kotak kotak, jeans Replay berbau Bazaar Karat and element paling penting, jatuh hukum WAJIB pakai Oakley. tak kesah aa cap Uptown sekalipun. aku melihat dari jauh dengan mulut melopong. mak oi. dasat sungguh budak budak sekarang. malam malam pun pakai Oakley? nampak ke bro nak rempit nanti? ohh aku faham. persediaan awal laa tuu. kiranya kalau projek mem-practice bab 3 Sains Tingkatan 3 tuu kantoi and kena cekup polis atau JAIJ, takde laa mak apak malu sangat ye dakk? yelaa da cover muka awal awal dengan Oakley kan? yang perempuan pulak nak cover camne? "eh, kami tak buat apa apa. tadi katak masuk dalam baju saya sebab tuu saya bukak baju saya suruh dia buangkan katak tuu." ohh epic gilaa ayat membela diri kau. memang ada katak, tapi da masuk dalam perut laa pulak. maybe dalam 9 bulan lagi boleh laa ambik MC or mintak cuti khas kat pihak sekolah. tuu kalau kantoi laa. kalau tak kantoi, balik tuu yang jantan boleh laa tepuk dada kerempeng saiz budak baru mumaiyiz cakap kau da test minah tuu. dengan megahnya laa kau cerita dekat member kau, tight ke tidak perempuan yang kau sapu tadi. kalau sedap, hari Sabtu depan lepas aktiviti koko boleh main 'dayung sampan' lagi. dayung sampai bocor sampan tuu kalau boleh. tapi jangan sampai tenggelam. kang masing masing lepas pulak. da laa dua dua tak reti berenang. almaklum, bawah umur lagi. kalau kena tangkap, without question akan considered as rape as stated in Penal Code. 20 sebatan. tuu kata budak Law laa, orang tua tua kata, orang yang sudah matang, yang tahu undang undang, tahu halal haram kata. yang pendayung dan sampan tuu tak kata apa. 20 sebatan tuu takde apa laa. aku kena 100 sebatan sebab kantoi smoking belakang sekolah pun no hal lagi. syok je. masing masing da seronok belayar di lautan merah kan? eh merah ke? bukan pink? ke kelabu? :P alah jantan. da sedap, da dapat, nak peduli apa? merah ke, pink ke, kelabu ke, jadah apa. bukan aku kisah. bukti takde. badan aku tak berubah apa apa pun. mana ada terburai koyak rabak sini sana. makin tough adalah. ke-power-an and teknik aku pun makin improve berkat usaha aku selama ni. makin tahan lama. tak pengsan pengsan sampai sudah. boleh test yang lain pulak lepas ni.
yang perempuan pulak, bila da kantoi, da terburai, da lari alignment, da jatuh sana sini, da boncet, da MC 9 bulan, da hilang kekasih yang tadi nak sehidup semati lautan api sanggup direnangi, baru nak menyesal. baru laa nak kenal mak abah dekat rumah. baru laa nak meraung histeria panggil mak apak mintak tolong. kalau tak memang mak apak tuu tak pernah nak nampak. menonong je kau panjat atas moto, tayang alur pungkoq sambil peluk pakwe kau. sekali terkono, hah hambik menyesal tak sudah. tergedik gedik pergi farmasi beli pregnancy test, lepas sah positif nangis sekejap. menggelupur call call pakwe tapi tak dapat. mula laa togok coke and air nenas banyak banyak. buat buat jatuh terhentak pungkoq. tak jadi jugak. pakwe tadi da tukar number. da taktau pergi mana. nak cari kat rumah, takde pulak pakwe tadi tulis alamat rumah kat info fb. cari kat Twitter pun takde jugak. ahh sang gadis yang tidak lagi gadis mula panik. meroyan. lepas tuu mula laa telan panadol berpapan papan, beli pisau lipat potong kulit kentang kat koperasi sekolah dengan harga 30 sen and toreh urat tangan. THE END. tak pikir langsung pasal mak apak. da tak ingat da yang kat atas tuu ada. huh. semua punca dari belentime day.
aku tersedar dari lamunan bila tiba tiba lagu Trivium berkumandang sayu dari mp3 aku. awkward moment sekejap. aku gosok gosok hidung, gosok gosok mata.
CONCLUSION - malam valentine. bawak kereta lalu tepi tasik. slowkan pemanduan. aku jengah dari dalam. ramai. semuanya kulit macam aku. sawo matang, putih kuning. ber-bin dan ber-binti pada nama yang tertera pada I/C. ada yang bertudung, ada yang tidak. lelaki perempuan bermesra mesra, peluk pinggang. meraba raba konon tanda manja. aku geleng. tengok area semak semak tepi masjid tuu, ohh ada orang. aku tunduk. sedih bila tengok remaja MELAYU sekarang. inikah melayu? atau layu? mana agama? mana Islamnya? Melayu dan Islam hanya pada nama. maruah digadai mengikut telunjuk fahaman penjajah. sia sia penjuang bermandi darah. kalau lah mereka masih ada, tentu sudah berjuta gelen mengalir air mata mereka melihat anak bangsa. darah yang ditumpahkan untuk menghidupkan mereka dalam nafas kebebasan, kini terjajah mindanya, terjajah maruahnya. aku diam. pandangan dialihkan. biar orang kata aku dengar music sampah, membebel sampah dalam blog sampah, asalkan aku tak jadi sampah masyarakat. malam ni terpaksa jadi selemah lemah iman sebab menolak maksiat dengan hati.
*tak tau kenapa dengan aku malam ni. serius mood lari gilaa. btw, i spoke fluent sarcasm rite? :P
0 comments:
Post a Comment