Tuesday, January 31, 2012

notes of nonsense #24: changed


rasanya kan, hubungan aku dengan Oska sekarang macam da tak berapa nak macam dulu laa. yelaa, masing masing da jauh kan. aku kat sini, dia kat sana. masej pun da jarang jarang. entah laa. maybe salah aku jugak. sebab buat rules bukan bukan. rules aku, waktu siang je dia boleh layan aku, mesej aku. malam lak aku bagi dia space untuk mesej makwe dia. entah laa. aku macam sedih lak bila da tak mesra mesra macam dulu lagi. dulu kemain, macam belangkas. makan Uncle Bob pun berdua. sekarang? haiyah. aku rasa berapa kerat je aku mesej dia. yang lain aku banyak habiskan masa dengan tidur je. almaklum, aku tak berapa nak in the pink of health sangat sekarang. migrain, demam manjang.

sedih laa jugak. BFF aku kan. dulu dapat share macam macam, always depan mata, date kat library pun berdua. sekarang da takde, mesej pun jarang. dulu asek berkepit, sampai mandi pun bawak fon bagai. sekarang fon aku senyap je. baling anjing pown boleh rasanya. entah laa~~

Sunday, January 29, 2012

notes of nonsense #21: fine

kau malas nak mesej aku? FINE.
kau malas nak jumpa aku? FINE.
kau malas nak layan aku? FINE.
kau malas nak teman aku? FINE.
kau dah malas nak keluar dengan aku? FINE.

FINE. aku bocorkan tayar motor kau sem depan. :)

Saturday, January 28, 2012

notes of nonsense #20: everything's gonna be okay



Mr. L DAH ADA PILIHAN HATINYA SENDIRI. yess. ofkos laa pilihan dia sangat lawa, tersangat laa cantik sampai aku malu pulak rasanya nak pandang diri aku ni. apa lagi nak compare dengan pilihan dia tuu. :) Mr. L, yang aku sayang bagai nak gilaaa, yang aku ingat sampai nak melayang separuh nyawa, yang juga katanya sayang aku macam nak terhenti degupan jantung (*katanya) dah ada pilihan hati sendiri. Mr. L yang katanya sangat rindukan aku, tersangat sangat rindu memori dengan aku, tersangat sangat bangat rindu manja manja aku, dah ada pengganti aku. FINALLY. :)

masa mula mula aku bukak fb td, seriously aku rasa lain macam je. aku check inbox, hampir melompat bahagia jugak aku bila tengok Mr. L dah reactivate balik account dia. ya, aku senyum sampai belakang kepala bila tengok dia da reactivate balik. harapan nak im dia, tapi hati cakap 'jap lagi laa. stalk wall dulu. tengok dia ada post pic baru ke tak. kalau ada, boleh download senyap senyap. kehkeh.' hati yang kata. mulut tak kata. just sengih macam kupang yang ditaruk dalam spegeti marinara je.

bila bukak je wall dia, hati aku tiba tiba berkecai. badan mengigil. rasa nak muntah. air mata lak murah je bercucuran macam musim tengkujuh. asek mengalir je macam shower besar yang kat sunway lagoon tuu. hati bagitahu aku, 'ohh, dia dah seronok bercinta. untung laa awak L. lawa gegirl awak. beza dari saya dulu.'. hati mengadu kat aku lagi, '2 hari lepas dia tanya kau bila nak balik shah alam, tanda dia rindu. tapi 4 jam lepas, dia dah lupakan kau. ber-ayat ayat cinta ala ala lagu Rossa dengan orang lain.'

apa perasaan aku? entah. aku rasa kosong. speechless. kira macam awkward moment jugak laa tadi. rasanya adalah dalam 88 lemon saat aku buat poker face. hati aku pulak, macam kena siat siat je. mata lak dah macam nengok drama 49 days, dah mengalir ngalir air mata. kalah watak Ayachan dalam 1 litre of tears. serious aku speechless. terdiam. kosong. aku taktau macam mana nak react. suka? gembira? sedih? frust?

aku separa sedar, mesej Oska. "Abanggg..:'(". mengadu nasib pada Oska. yelaa, aku rasa dia satu satunya yang paling rapat, paling dekat dengan hati aku. lagipun sebab dengan Oska jelaa aku jadi muka taktau malu. hehe. dia suruh aku baca tafsir surah Al Insyirah ayat 5. baik kan dia? tapi kalau dah datang pervert dia tu, mak oi. extreme boleh tak. but still, dia baik. baik sangat. :)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 


وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 


الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu? 


وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

 
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan 
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 


وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم

Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar



then tiba tiba aku rasa tenang. tenang sangat. macam ada orang curah air dalam hati aku. terasa macam ada orang lap air mata aku. terasa macam ada orang genggam tangan aku, berikan aku kekuatan. aku rasa hilang semua serabut aku tadi. terima kasih Oska. :)



aku pujuk semula hati aku. cakap, 'bukan jodoh kau. kalau betul dia sayang kau, dia akan tunggu. sejauh mana pun kau dari dia, dia akan menanti. tapi dia tak buat kan? so berhentilah berharap. dah jelas dia tak setia pada kau. lepaskanlah dia. sebagaimana dia lepaskan kau dulu.'. Oska suruh aku mandi. masa bawah shower tu laa aku selidik semula perasaan aku. 'soalan: selama ni siapa dia pada aku? jawapan: orang yang aku sayang. soalan: SIAPA AKU PADA DIA? jawapan: takde. aku bukan gf dia, bukan special dia. bukan siapa siapa pada dia.'. tapi hati aku degil, taknak mengaku. then akal aku counter claim 'kalau betul kau special dia, kenapa dia sengaja lost contact dengan kau?! dia ada number kau, tapi kenapa dia tak pernah hubungi kau?! dia tahu kau ada dekat shah alam, tapi kenapa selalu tolak bila nak jumpa dengan kau?! kalau betul rindu sangat sangat dekat kau, kenapa susah sangat nak terima permintaan kau untuk lihat dia walaupun seminit?! kalau betul dia ingatkan kau, banyak lagi laa cara dia boleh buat untuk rapat semula dengan kau. Faiz tuu, kawan kau, kawan baik dia. kalau betul dia nak dekat kau, mesti dah lama dia tanya Faiz pasal kau. tapi ada dia tanya? TAKDE. kalau betul dia masih sayangkan kau, takkan dengan mudah dia lepaskan kau. takkan dengan mudah dia terima perempuan lain dalam hidup dia. come on laa faraa, jangan jadi bodoh. nampak sangat dia hanya cari kau bila dia rasa bosan. dia hanya ingat kau bila dia sunyi. come on laa. jadi nak dependent sangat pada lelaki. sepanjang kau contact semula dengan dia, berapa kali sebulan dia mesej kau? eh takde kan? kalau mesej pun, kau yang start dulu. nampak tak? dia tak ikhlas. mungkin dia rindu kau, but that's it. normal laa kalau rindu kat ex lama. semua orang pun pernah rasa. berhenti jadi perempuan perasan. please faraa. let him go. kau jadi macam ni sebab hati kau yang taknak lepaskan dia. zahirnya kau lepaskan dia pergi, tapi hati kau, batin kau, kau biarkan pada dia. kau tutup hati kau untuk insan lain semata mata untuk dia. sebab tuu kau suffer sampai macam ni. kau tak berhenti ingat dia sebab hati kau masih terikat pada Mr. L tuu. lepaskan dia faraa. lepaskan dia. lepaskan dia. ambil semula hati kau yang kau tinggal pada dia. everything happens for a reason. semua akan jadi baik. percayalah. akan datang seorang lelaki yang lebih hebat dari dia, yang mampu terima kau seadanya, yang mampu buat kau ketawa, yang mampu buat kau bahagia lebih dari dia bahagiakan kau dulu. seorang yang akan sayangkan kau, tak kira betapa hodohnya kau, betapa slow pickupnya kau, betapa childishnya perangai kau, betapa gediknya attitude kau, betapa teruknya past kau, dia akan terima. cuma taktau bila insan tuu akan muncul. sayangku faraa, berhentilah berharap. Al Khaliq sentiasa ada dengan kau. Dia takkan tinggalkan kau. biar pun orang lain semua pergi dari kau, tapi Al Khaliq ada. Oska pun ada. dia kan chingu kau tuu. dia cakap dia pun takkan tinggalkan kau kan? kau percaya kan dekat Oska tuu? so live with the thoughts. ramai lagi yang sayangkan kau dekat luar tuu. cuma masa belum tiba untuk diorang hadir dalam hidup kau. lepaskan Mr. L tuu sayang. kesian dekat Encik Future Husband kau taw. habis semua kasih sayang kau kau bagi dekat Mr. L tuu. then nanti Encik Future Husband kau nak dapat apa? sisa je ke? kesian kan? haa..so let it go. faraa chan dah cukup besar untuk stand alone. walaupun sakit sebab Mr. L tuu first love, tapi kau kena tabah. bersyukur atas tiap ujianNya. Al Khaliq dah tunjukkan Mr. L tuu macam mana orangnya kan. dia bukan untuk kau. dan kau juga, tak layak untuk dia. sebab tuu Al Khaliq separatekan kau dari dia. sebab tuu Al Khaliq berikan perempuan lain untuk dia. take it positif. kan Oska cakap, be happy. jangan sedih sedih lagi. faraa chan kena cuba sayangkan diri sendiri. dari dulu lagi faraa chan asek fikir, utamakan orang lain. kali ni, tolonglah ya, fikir untuk diri sendiri. kadang kadang kita terpaksa selfish untuk kebahagiaan sendiri. cukuplah berkorban untuk kebahagiaan orang lain. kau pernah bagi orang yang paling kau sayang untuk kebahagiaan perempuan lain, kau pernah paksa diri kau bertahan dengan orang yang tak pernah ikhlas sayangkan kau tapi sekali ni, tolonglah fikir kebahagiaan kau sendiri ya? sayanglah seseorang itu apa adanya. jangan terlampau sayang, nanti merana. selagi dia belum lafazkan "aku terima nikahnya Nurul Farahhin binti Mahat..", selagi itulah kau kena sayangkan dia berpada pada. boleh ea faraa chan? aku taw kau kuat dan sabar orangnya. jangan lupa, Al Khaliq selalu ada. Dia akan makbulkan doa hamba hambaNya. Tuhan lebih mengerti sayang. hiduplah dengan menyayangi seseorang sesederhanaya. jadikan kelukaan itu kekuatan. jadikan kenangan tu pengajaran. lepaskan Mr. L dari hati kau. disini bukan tempat dia. let him go. everything's gonna be okay. :)'


Mr. L, saya Nurul Farahhin, pada 28 januari 2012 ni, saya lepaskan awak. saya bebaskan awak dari hati saya. terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada. terima kasih sebab pernah sayang saya. saya ambik balik hati saya yang saya tinggalkan pada awak. terima kasih. untuk semuanya. :)


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.


Oska, terima kasih sebab ingatkan aku..aku sayang kau..:')



notes of nonsense #19: journey

2 hari lepas aku keluar hangout dengan cik Bieha the famous ahkak. keluar outing je. tak semenggah mana pun. outing pun dekat Jusco Tebrau je mampu. berbekalkan voucher buku 1Meleysia sebanyak 4 keping and duit ringgit Meleysia warna oren 3 keping, aku pun pergi laa beronok ronok bersama the famous ahkak tuu.

so selepas meneman the famous ahkak shoping sandal dekat kedai Bata tuu, kitorang pun laju laju laa melakukan aktiviti wajib setiapkali outing which is WAYANG! nengok muvee je mampu. takdenye macam dengan Oska dulu tuu, ada popcorn dengan mineral water. walaupun Oska makan sorang popcorn tuu and tido time tengok Sherlock Holmes dulu. :P

muvee yang kitorang tengok tuu entitled as....jeng!jeng!jeng! JOURNEY 2: THE MYSTERIOUS ISLAND. tadaaaaaa! sila jeles sebab kitorang tengok 3D yaww. walaupun tiket mahal macam nak pergi cekik orang kat kaunter tuu. RM21 woo. burn duit aku. uwuwuwuwu. :(

kalau aku jadi director muvee ni, aku nak letak title  JOURNEY TO THE AWKWARD ISLAND -,-
seriously banyakkkkkkkk gilaaaa awkward moments dalam muvee ni. walaupun shots and scenes dia agak cantik and cun coz panaroma mountains and waterfalls dia macam dalam muvee Avatar, but still unlogical boleh tak? 140tahun dulu dah ada submarine? mengkarung besar gedabak *part ni geli. mengkarung tu serius macam real. ehem pakai 3D laa katekan. :P tapi ada satu scene tuu comel. gajah kecik macam kucing. the hero, abang The Rock yang bergigi cantik menarik tertarik siap boleh lambung lambung je gajah tuu.

overall aku bagi rating 6/10 stars laa utk muvee ni. sebab scenes waterfall, hutan etc etc dia agak  panoramic which is aku suka, ada abe The Rock hensem, atuk Colonel Sanders yang genius nak mati tapi suka menganjing, Gabby yang agak geli sebab tercirit dalam seluar and second hero, Josh Hutcher yang boleh tahan laa hensem dia. walaupun tak hensem macam Oska. specifically, Yoon Sang Hyeon yew. bukan Oska yang selalu aku buli tuu. tuu tak hensem, tapi comel. HAHA. :P

btw, heroin dia Vanessa Hudgens. serius aku terkejut tengok minah ni appear dalam cerita ni. aku ingat dia just layan muvee ala ala High School Musical je kann. (*jangan kutuk. aku dulu addict gak dengan High School Musical tuu. sebab Zac Efron hensem. tapi sekarang dah taknak sebab dia macam gayboy pulak aku tengok. :P)

Tuesday, January 24, 2012

notes of nonsense #18: awkward moment





Most awkward moment yang pernah aku rasa: FRIENDZONED!


According to Wikipedia,
"The friend zone is a dating term describing a situation in which one partner wants to become intimate romantically while the other prefers to be just friends. It is generally regarded as a negative development. The sense is that once this has happened to a relationship, it's difficult to undo, although there are differing views about whether it's possible to leave the friend zone and how this might be accomplished."


Senang cerita cenggini, aku fall in love dengan bestie aku sendiri, aku nak proceed to declare 'in relationship' dengan dia tapi before aku dapat confess "aku cinta padamu. aku nak jadi kekasih kau. sudi tak kau jadi boyfriend aku?", dia dah cakap dulu, "aku sayangkan kau, SEBAGAI KAWAN AKU."
teeeeeeeeeeeettttttttt! awkward moment. background music bunyi kaca pecah.


HAHA. sumpah awkward gila. aku nearly confess dekat sorang bestie aku ni aku syok kat dia, but then dia dah cakap macam tuu dulu, terus aku tak jadi. then terus aku terasa awkward bila berbual dengan dia. and aku pun dah tak berapa nak melayan dia sangat dah. sebab tuu lahh. sampai sekarang aku terasa awkward moment tuu. malu siot. nasib baik tak sempat confess. kalau tak, aku dah flush muka dalam toilet bowl. :P



notes of nonsense #17: oska baca blog aku.

HAHA.
Oska baca blog aku.
entry number #15, tang notakaki  tuu.
dia suruh delete. tapi aku taknak. miahaha.
kau belanja aku takoyaki dulu baru aku delete.
HAHAHAHAHA. :P

*repost: aku dah delete dah part notakaki tuu. taknak Oska merajuk dengan aku. nanti aku takde orang yang nak diheret pergi teman aku makan Uncle Bob. HAHA.

notes of nonsense #15: noted

oke.
honestly aku ni lonely.
aku sangat sangat low self esteem.
aku rasa sangat insecure with people.
that's why aku tak berapa nak ramai cliques.
but once aku dah bind dengan orang tu, no matter laa as friends, teman tapi mesra, couple whatsoever, aku susah nak let go.

yeah. aku akan rasa sedih bila chingu (consider as bestfriends) aku spend more time with others, keluar without me, ada besties baru, even ada bf/gf.
seriously aku akan rasa sedih gila gila. rasa kehilangan semacam.
aku tak nangis whatsoever, but aku akan throw-ups sampai biru, then fall asleep with hands on my heart. (*oke ni sangat laa jiwang, and part fall asleep tuu tipu)

besides, aku sangat laa soft-hearted and serious when it comes to matter regarding with heart.
perkataan "sayang" tuu sangat laa mahal bagi aku.
so when i said "aku sayang kau" walaupun dalam social setting, i really meant it.
walaupun aku cakap "aku sayang kau" sambil gelak gelak and buat lawak lucah 21SX, i REALLY meant it.
so please, sesiapa yang aku pernah luahkan perasaan "sayang" tuu, sila angkat jari kaki dan sila laa berasa sangat sangat bersyukur. nak buat sujud syukur pun boleh.
aku sayang chingu aku, Bestfriend Lelaki (BL) aku, sampai ke satu tahap yang agak tinggi which is
i already put all of you in the deepest part of my heart.
seriously
aku lebih sayangkan chingu and BL lebih daripada semua yang aku ada including my boyfriend (*except for certain cases)
so when, especially encik BL confess yang he already had someone, aku akan sedih.
sedih sangat sangat sangat. sedih berjuta lemon.
sebab:

  • prinsip aku: TAKNAK KACAU BF/GF ORANG.
    - so bila BL aku dah ada gf, i tend to distance myself from them. sebab aku rasa, not fair laa kan kalau aku kacau hubungan orang. memang laa dia cakap gf dia faham, tapi i imagine myself in that gf position. mesti laa akan rasa tak dihargai. rasa jealous. mesti akan fikir bukan bukan. better aku be the one that got away macam dalam lagu Katy Perry tuu. :)
  • sikap aku: MANJA.
    - yes i admit. aku sangat manja and gedik dengan BL aku. pegang tangan, tepuk tampar, poke poke, suap makan semua. sebab apa? sebab aku sayang dorang. aku takkan manja tak tentu pasal kalau aku tak betul betul get along and sayang seseorang tuu. disebabkan nature aku yang manja ni laa, aku rasa aku akan distance myself from those BL yang dah ada gf. aku taknak laa nanti gf dorang tuu marah aku sebab aku overly manja dengan bf dorang cum BL aku tuu. lagipun tak elok kan bermesra mesra dengan bf orang? if i'm in his gf shoes, mesti laa aku akan jealous. nak nak kalau perangai manja gedik macam aku ni. memang rasa nak tampar menggunakan kaki gajah jelaa kan. :P
  • sejarah silam: MY BITTER PAST.
    - oke. my ex number 2, si Far***, dump aku lepas seronok kikis duit aku. he dumps me for this girl which he introduced to me as his GIRL-FRIEND. noted: FRIEND. kawan katanya. sekali kahwin bro.
    - ex number 3, si P****, curang belakang aku. katanya friend je. sekali kat myspace pic peluk peluk bro. friend gapo kalau dah sampai peluk peluk tuu? -,-
    - ex number 5, si Ha*****, dump aku tanpa sebab. take note: HE DUMPS ME WITHOUT ANY REASON AFTER BEEN TOGETHER FOR A YEAR. spy punya spy, rupanya dia dump aku sebab ikut cakap member dia yang suruh dia tinggalkan aku. best tak? aku menangis gila bahabi bila dapat tau. mudahnya dia tinggalkan aku sebab ikut telunjuk kawan dia. padahal time dia susah, aku laa yang bagi semangat, teman dia walaupun perangai dia pada aku bukannya baik sangat pun. kadang kadang maki maki aku macam laa aku ni bibik dia. huhu. :')
    - so after experiencing all this break-ups, aku terfikir, betapa besarnya influence seorang kawan tuu dalam life seseorang. sampai jadi faktor 1 hubungan tuu putus woo. so, aku taknak laa orang lain rasa apa yang pernah aku rasa. sakit tau. aku taknak, disebabkan aku nanti, hubungan BL aku terputus tengah jalan. korbankan hati sendiri takpe, jangan korbankan hati orang lain. biar sendiri sakit takpe, jangan orang lain yang sakit. it's okay for me being foreveralone, but not my BL. takpe para BLs sekalian, biar aku yang angkat kaki okay? it's for our own good. just sometimes tuu ingat ingat laa kat aku tau. sila berasa bangga sebab pernah jadi BLs kepada Nurul Farahhin. (*even sorang BL aku ni kejam, tak tau nama betul aku. ceit. -,- )
  • hobi aku: HANG OUT
    - or lebih tepat lagi, i call it as a date. even keluar dengan kawan biasa pun, even classmates, aku akan consider it as a date. i dunno why. my attitude kott. memang laa aku ni keluar date dengaan semua orang kan. HAHA. bila ada free time, bila ada duit masyuk sikit, memang hobi aku keluar. keluar makan, keluar tengok wayang, keluar shopping, keluar pergi library, keluar jalan jalan, even keluar pergi makan Uncle Bob kt dc tuu pun, memang BL aku yang jadi first choice untuk aku heret. bila orang tanya aku nak pi mana, aku dengan kelajuan tahap cipan berlari akan sebut "DATE". memang hobi aku. tak date pun cakap pergi date. loser kan? i know it. HAHA. in conclusion, bila BL aku confess dah ada gf, aku akan menggunakan gear automatik untuk men-distance-kan diri daripada para BLs sekalian on the ground that their gf should be given more time to be with them compared to be with me. oke laa, senang cerita cenggini, gf dorang lebih berhak dan layak untuk pergi date dengan dorang berbanding date dengan aku. sebab dorang tuu gf, aku ni TEMAN je. so logically, sepatutnya priority diberi lebih kepada gf, bukan kepada aku. betul tak? baiknye lahai aku ni. nyampah pulak. tampar pipi sendiri. :P
  • dislike: GOSSIP.
    - part ni paling menyampah. bila aku rapat sikit dengan kaum berlainan jenis, mula laa ada orang menganjing. "ohhh, couple lettew." ,"untung laa pakwe satu kelas". HARAMJADAH. aku rasa nak tampar pakai kaki je umat umat macam ni. kecik kecik taknak pergi bernafas dalam air, dah besar menganjing orang je kerja. bapak annoying tau tak? tak semestinya kalau aku rapat dengan lelaki, lelaki tuu couple aku. bebal tak sudah sudah. lepas tuu bergosip satu taman. menganjing je buat apa. lain laa kalau kau doakan aku kahwin dengan BL aku tuu. baru sedap sikit aku dengar kann. HAHA. cakap jelaa kau jeles sebab aku ada bestfriend lelaki. kan senang. ni nak menganjing jugak. NATANG~~~
Dulu aku ramai BL, tapi disebabkan dorang dah ada gf and faktor faktor di atas, aku dah tak ramai sangat BL. kalau ada pun yang memang friends since zaman mumaiyiz lagi. and encik jari feminin yang aku panggil Oska yang tak berapa nak ingat nama aku tuu. padahal 1 sem sekelas dengan aku. 1 SEM BHAIIIII. tapi tak tau nama aku. teruk! -,-

so apa yang noted sangat nye?
camni, kalau kau dah confess kat aku yang kau dah ada special, means i've noted it and bear in mind that you've already belong to someone else. means dah ada barrier antara kita. dah tak boleh poke poke, keluar date dengan aku lagi. and jangan kecik hati kalau aku dah tak berapa nak close dengan kau macam dulu. hek. for our own good kan. just take it like this, kalau gf kau ada close boy-friend yg reallllllllllllllllllllllllly close, mesti kau sendiri akan rasa jealous and inferior kan? same goes to your gf/gfs. lagi pun tak elok kan. nanti gf kau cakap apa lak. dah laa aku ni single. kang tak pasal pasal cakap aku dok gatai flirt dengan kau manjang. bukannya aku break the friendship ties tau. just aku limitkan sikit batas kita. tapi sayaaaaaaaaaaaaaaang aku dekat kau tak berubah pun tau. sikit pun tak. serius ni. :)

in conclusion, aku sedih sebenarnya kalau BL aku dah ada gf. sedih sangat sangat sangat sangat sangat. sebab aku rasa kehilangan. yelaa, dulu kau ada untuk teman aku makan, hantar ramyun bagai, bergelak poke poke pipi, kena tampar kat muka dengan aku. selalu ada untuk teman aku pergi tengok wayang (*sherlock holmes. Oska makan popcorn solo je. makan sampai licin lak tu), bual merapu rapu sampai pukul 1 pagi, mesej berjela jela sampai memory full. always beside me. so bila kau dah ada gf, ofkos laa aku rasa sedih. sebab lepas ni aku dah tak boleh lagi keluar overnite kat KFC dengan kau, dah tak boleh tampar tampar kau lagi, tak boleh nak buli kau, tak boleh nak flirt dengan kau, tak boleh manja manja dengan kau. sebab ada hati lain yang kena jaga. hati aku takpe. hati aku kebal. :)


taktau apa motif letak pic ni. =.=

xoxo,
faraa chan
*for Oska: nama aku Nurul Farahhin yew.harap maklum.

Tuesday, January 17, 2012

notes of nonsense #13: teman tapi mesra

"Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri (atau suami) kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan''

-Hamka, Falsafah Hidup.



*kau pernah bagi kat aku kann? muah sikit. HAHA. :D


notes of nonsense #12: ehem




*guess who? in a way, he resembles you. fuh fuhh. HAHA. :D

Monday, January 16, 2012

notes of nonsense #11: rindu

aku rindu kau.
serius rindu.
padahal aku rasa baru je pukul kau malam tadi.
but still
rindu jugak.

lepas ni dah tak jumpa kau lagi.
6 minggu tuu tak menghadap kau.
:'(
wehh.
kau jangan gatai gatai naa kat sana.
tak boleh tak boleh.
kau kena tunggu aku ada bf dulu baru kau boleh ada gf.
aku taknak kau lupakan aku.
huwaaaaa..
kan best kalau kau bf aku.
boleh aku buli kau hari hari.
:P

rindu kau doe.
tak tahu aa lepas ni kau ingat aku lagi ke tak.
huhu.
RINDUUUUUUUUUUUUUU..
encik yang mempunyai jari yang sangat feminin.
:')

Saturday, January 14, 2012

notes of nonsense #10: kesedihan



hari ni guwa sedih.
semalam pun guwa sedih.
esok pun guwa rasa guwa sedih.
huwaaa..:'(

Friday, January 13, 2012

notes of nonsense #9: terima kasih

"Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen.."

*aku sayang kau. serius. tapi tak tau nak explain camne.

aku taknak kau terluka. dan aku juga taknak terluka lagi.

but still

aku memang sayang kau.

serius ni.

:)

Thursday, January 12, 2012

notes of nonsense #8: aku dan dia dah putus


"aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur.


*ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.
Allah takkan uji seorang hamba itu kalau dia tak mampu menghadapinya kan?
:)