Sunday, February 26, 2012

notes of nonsense #53: memo

"Jangan hidup dalam memori. Kerana memori itu akan menghidupkan kau serupa celaka."

Thursday, February 23, 2012

notes of nonsense #51: result

takde apa yang nak diceritakan sangat sekarang ni. petang semalam dapat result. well boleh dikatakan agak gempak jugak laa. syukur takde yang kena repeat paper. but still, rasa sedih sebab takde siapa nak share.

Monday, February 20, 2012

notes of nonsense #45: predictions

semalam, sakit sakit pun tetap gak berjalan. tak kisah kena pakai sweater ke, pakai baju lengan panjang ke, turtleneck ke, yang penting keluar kejap dari bilik tuu. dok terperap dalam bilik serious buat aku rasa tak berkembang. yang paling aku avoid is aku taknak nanti aku terpikir orang orang yang aku cuba nak lupakan. elakkan tengok cermin sebab nanti ternampak pulak loket apa yang aku tengah pakai sekarang. huh.

jalan jalan kat bandar, tiba tiba jumpa kawan lama. "wahh Faa. lawa laa kau sekarang. lagi lawa dari dalam gambar. da kurus sikit. tapi awat pucat? angpa sakit ka? pasaipa mata duk bengkak naa? angpa sekarang duk mana hah? shah alam lagi ka? result final da keluaq ka? ang dapat bapa? eh, mai laa duk dulu. penat eh tercegat lagu ni. bang Teh Ais satu" cakap tak berhenti langsung. aku nak ambik nafas pun tak sempat. bual laju mengalahkan monorel dari KL Sentral ke Imbi je. da tuu cakap loghat utara pulak tu. padahal orang JB cukup. mana tak melopong aku dengar. tau laa da nak masuk sem 5 diploma. da lama duk Penang nun. takkan laa cakap dengan sama sama Johorians pun nak kecek utara. pengsan laa aku. pahtu dia bunyi lagi, "oi, yang ang duk menung pasaipa? balak ang mana? ni hat duk bengkak bengkak butir mata ni pasaipa? ang sakit supa dulu lagi ka?". perghh. Ferrari pun tak cakap laju macam dia. aku pun cakap laa, " alaa.. makan hati banyak sangat. orang da single. camni laa. macam tak kenal aku.". dia pun bantai gelak. sampai terteleng teleng Nepal yang kerja kat kopitiam tuu tengok dia gelak. yelaa, dengan pitching yang sikit lagi nak sama macam pontianak, aku rasa siapa pun toleh 10, 20 kali kat dia. "alaa Faa. watlek je. kau nak tau tak, aku da boleh predict laa nanti kau dapat boyfie baikkk punya laa.". aku pun " predict mende setan? kau sejak bila lak jadi bomoh siam? pandai je nak ramal ramal aku." :P aku layankan je dia membebel dalam bahasa utara dia tu walaupun kadang kadang aku tak paham dia menceceh apa.


  • "ang akan jumpa somebody nanti. dia akan sayang kau lebih dari nyawa dia sendiri. dia takkan duk mengalah laa dengan ang yang perangai tak semenggah kalah beruang kutub ni. ang toksah duk kalut loqlaq laa nak berlaki. dia ada jaa duk tunggu ang tu. masa jaa hat dok tak bagi angpa suma duk jumpa lagi. senang kira, seru angpa 2 ekoq ni belum sampai lagi. sabaq jelaa naa. angpa just be yourself jaa weyy. tapi buang sikit laa hat yang dok molek tuu. emosi tuu jaga. tapi hat lain tuu aku rasa oke da. ang jangan risau laa, ang degil ketegaq lagu mana pun, punk kapak lagu mana pun, huduh lagu mana pun, nanti dia tetap sayang kat kau gilaa gilaa punya laa. ang dok buat lawak bodo pun, dia duk sengih jaa nanti. ang sabaq jaa buat masa ni."
  • "cheq tengok tengok laa kan, ang ni ada can ni dapat laki hensem gilaa. ang ni comei kott aku telek. ang ni aku predict, dapat laki darah campuq. mixed blood. kalau tak mixed Chinese, mesti ada kenan kenan Omputih sikit. hensem dia lengkap cukup laa nak gaya dengan kecomelan ang ni. laki ang tuu kompom, tinggi, kulit ceroh, rambut hat ceklat ceklat sikit, idak duk hitam sangat laa rambutnye tuu. tapi mata dia contra dengan ang. mata dia sepet sepet macam apek sikit. sesuai laa dengan ang yang mata bulat macam donat J & Co ni."
  • "ang ni kan, aku agak laa, nanti dapat anak kembaq ni. ang ce tengok ni, ang tarik pisang pun, ang asek dapat hat pisang kembaq jaa. makan gula gula kat kem dulu pun, asek ang jaa dapat gula hat kembaq melekat dua. kompom laa ang bunting nanti, ang dapat anak kembaq. anak ang memang aku rasa lawa laa. yolaa, mak pak comei, anak comei jugak laa."
  • "haa lagi satu. laki ang tuu nanti, sama perangai dengan ang. apa yang ang suka, dia ikut suka jugak. tapi ada laa lain sikit. boring laa pulak kalau suma benda hat sama jaa. nak jadi apa idak? ang ni aku tau, sempoi jaa, kepala pun gilaa. so aku kompiden laa, laki ang tuu fotostet ang jaa perangai. kepala gilaa jugak. ang nak hardcore, dia duk semak duk layan hardcore. ang layan punk, dia pun duk layan punk. tapi bab bab berfesyen ni, ang tak bulih kalah laa dengan dia tuu. dia tuu laid back jaa. sempoi jaa pakai buruk buruk. ang jaa yang asal keluaq jaa, nak melawa je taw. tapi kalau dia melawa, dia melawa betul. kalah ang. kalau dia duk pakai baju formal, ang laa yang jadi si huduh nya. beauty and the beast. tapi jangan duk kalut. angpa compatible bersama. ang pakai tak lawa pun dia cakap ang lawa."
  • "laki ang nanti, ada laa contra dengan ang. banyak jugak laa. ang belajaq law kan? jadi loyar kan? so aku suspect laki ang nanti memang jauh menyimpang laa dari menda menda berkaitan law law ni. tapi bab LOYAR BURUK, memang laki ang tak ley kalah laa. ang tak bleh lawan laa loyar buruk laki ang tuu. aku rasa laa kan, laki ang nanti, budaknya belajaq benda yang biasa biasa jaa. engineering, computer, (*time ni aku tersedak), doktor, bisnes kaa. gitu laa. takdaknya aku suspect ang duk menikah dengan loyar jugak. laki ang nanti, idaknya hat tak reti duk diam macam ang. dia hat pasif sikit, ang jaa hyperactive. ang duk gilaa berkayak, dia duk relex jaa tengok. ang duk perangai serupa macam monyet, dia perangai more human sikit dari kau. HAHA. tapi takpa, dia sayang ang camna ang sekarang."

"oi, kau da habis bercerita belum? aku da habis minum da ni. yang kau beriye iye cakap Kedah dengan aku awatnya? nak makan pelempang? lahir kat Taman Rinting, buat buat berhenti laa cakap Kedahnya tuu. -,-" dan aku pun menyampuk sambil menggosok mata. dia tersengih sengih je mampu. serious aku cakap sepuluh patah, beribu patah patah macam nak patah tulang rusuk membedil aku. tapi balik rumah aku pikir gak, kalau laa predictions dia betul, best jugak kan? ada can kahwin campur ni. mintak mintak mixed Chinese. nanti dapat anak mata sepet. lawa beb. untung untung dapat anak comel macam anak Marion Caunter. HAHA.

comel kan? nak satuuuuu! :)

Sunday, February 19, 2012

notes of nonsense #43: nahhhh..

situations where i think i just wanna say "you're such a freaking lame-ass, dude" is when you didn't meant what you're saying.



situation 1: he say "i need you Faraa. please stay strong beside me. i've found out that you're the One for me, who can care for me, advice me. and i've already had feelings for you Faraa." takpun "Faa, saya sayangkan awak. sayang sangat sangat. saya takkan tinggalkan awak. awak cukup sempurna segalanya bagi saya." when in reality, you didn't meant it. you didn't have the intention to carry out what you were just said. kau cakap sayang aku tapi kau tinggalkan aku jugak. curang dengan aku jugak. cakap perlukan aku, tapi sampai masa buat tak tahu dengan aku jugak. hell sucks. eventhough aku ni jenis hati kering, susah memberi dan meletak harapan, but i think this attitude is fucking annoying and sakit hati teramat sangat. kalau kau tak maksudkannya, tak payah cakap!

situation 2: masa sedih/sunyi/ada masalah kemain lagi cari aku. mengadu nasib sampai nangis melalak meraung bagai. sampai aku pun naik gilaa cari idea nak calm you down, naik gilaa cari topup satu supermarket sebab nak cheer you up tapi bila condition gets better for example kau da rujuk semula dengan awek kau, masalah kau da selesai, kau terus fucking don't even remember me. buat macam tak pernah kenal je kan? cari aku, cakap kau tak jumpa lagi gf yang best, manja macam aku, tapi bila da jumpa, you're fucking don't remember me! buat dang je kan! memang laa aku tak pernah meletak harapan kau nak berterima kasih kat aku, but at least, treat me as friends, kau inform aku, communicate and express to me yang your problem was solved, for example, you're getting back together with your ex, or you already found a true gf whom attitudes is better than me, so you don't want to keep in touch with me anymore. kan senang? ni takde laa aku risau kau mati katak ke, jadi kassim selamat cocok mata dengan kayu sugi ke, pengsan ke, da arwah ke. haih. buat risau aku jelaa. RUDE TAHU TAK? as i said earlier, i don't easily give and put up hopes. aku tak pernah berharap pun nak jadi gewe kau whatsoever, jadi apa masalah kau sebenarnya? i asked to be treated by you as friends je punn. cakap jelaa masalah kau da settle, kau da declare rujuk semula dengan awek kau, da jumpa awek baru. the end. aku bukannya nak sakit hati ke hape. aku paham laa. adohh. aku dengan Oska, eventhough rapat sampai kadang kadang aku terasa macam laa aku ni kapel dengan dia padahal dia da ada girl, but aku take it easy je. aku paham laa dia ada girl, so da tak boleh nak selalu ada untuk aku. that's it. it's oke with me. no big deal je punn. makin senang cerita adalah.


situation 3: Boy, you're such a cry baby. gembeng and kememe mengalahkan aku. kau jelaa yang paling malang, paling tak bertuah eh? so even i'm a man, only cries can cheer me back. gitu? where's your alter ego dude? haiyahh. chillax sudah. nak nangis tuu boleh, but pandai pandai jot down limit laa. only on some circumstances and some period of time jelaa. jangan laa 24/7 dok teriak. angpa tuu anak jantan. kasi keras sikit hati tuu.

situation 4: ME, ME, ME conversations. balik balik cerita pasal diri sendiri. "saya sedih laa wakkkk. murung je hari ni. saya takleh lupa awek saya. camne laa life dia. saya sayang dia lagi. saya rindu dia wakk. saya sedih laa wakkkk. murung je hari ni. saya takleh lupa awek saya. camne laa life dia. saya sayang dia lagi. saya rindu dia wakk. saya sedih laa wakkkk. murung je hari ni. saya takleh lupa awek saya. camne laa life dia. saya sayang dia lagi. saya rindu dia wakk. saya sedih laa wakkkk. murung je hari ni. saya takleh lupa awek saya. camne laa life dia. saya sayang dia lagi. saya rindu dia wakk." and yang jenis kuat gebang. " aku selalu je buat aktiviti camni. da pro da. eh, kau tahu, aku da lama ada tahu pasal ni. setakat jungle trek, orienteering, da biasa sangat. aku dulu dok kat netherlands. pakwe aku hensem, dak engineering, polymer beb, ramai giloss minat kat dia, aku jeles aa, blablabla." deng. tahu tak deng? cerita sikit sikit sudah laa. ni tiap kali jumpa, mesej, topik ME, ME, ME jugak kau bual. cuba laa tukar pulak. like how's condoms was made? what is fetish? how can enhance your attraction towards different species ke kn. takpun baca periodic table kuat kuat tengah malam ke. baru menarik. :P



oke. aku tak suka semua situasi di atas. aku paling tak suka when people doesn't meant what they're saying. i hate it when they didn't intend to do what they've speak and promised. serious annoyed nak mati. sakit hati taw tak? tapi walaupun sakit hati laa jugak dengan manusia sebegini, but i munch it slowly jelaa. then let it be. karma tuu ada. lagipun buat apa sibuk sibuk pikir hal orang yang tak pernah nak serious and think twice about me, myself and i kan? duhhh. such a oxymoron psychotic loser.



*notakaki: disclaimer-takde kena mengena dengan hidup atau mati. maaf kalau banyak ter-speaking malam ni. serious tengah bengang. aku kalau bengang memang laa lidah aku terus tertukar dengan lidah Naomi Watts. tak pun lidah Victoria Beckhams. :P

Wednesday, February 15, 2012

notes of nonsense #36: valentine day

*ini adalah entry menganjing.
*entry 21SX. mungkin hanya difahami oleh sebahagian umat sahaja.

INTRO - puihh. luruh bulu kaki aku bila tengok orang dok sibuk naa berkasih sayang malam belentine day semalam. kompom laa Tasik Bukit Layang- Layang kat tempat aku semalam jadi port couple dok main kejang kejang otot kaki. kompom laa semalam ada yang dok me'layang layang'kan diri di sana. almaklum, nama pun Bukit LAYANG LAYANG kan? tanpa segan silu aku mendapat firasat yang semalam tasik tuu da jadi saksi pelepasan berudu berudu secara illegal. mungkin juga ada adegan fetish dan gangbang. teknik teknik missionary, doggie and hardcore sudah semestinya kan? iyelah, kan banyak cupid cupid bertanduk merah dok memanah orang malam malam valentine camni.



BODY - aku jenguk luar tingkap. ramai budak budak lelaki yang baru nak mumaiyiz berdating dekat simpang. yang baru berbulu jagung pulak, pinjam moto mak abah untuk bawak awek yang baru 2 jam main poke poke and komen gambar dekat facebook pergi dating dekat tasik. nak beramah gatal sambil makan yong tau foo kat tasik tuu. yelaa, kan romantik tuu dok tepi tasik, bawak DISELAR (*read DSLR), snap pic awek berseluar skinny, berbaju Ed Hardy Pandan, berposing mulut itik. untung untung balik rumah boleh terus buat default picture kan. nak lagi untung, ada can buat home made porn sendiri. nak abadikan bukti cinta katanya. alasan bagi kat mak apak tadi nak pergi study group, tuisyen malam. persediaan SPM tahun depan. KATANYA. tapi untung sungguh, tersadai tepi tasik rupanya. up sikit laa kan dari budak mumaiyiz yang dok tayang basikal fixie dan mengajak awek lepak di simpang sambil makan beger. masing masing berkemeja kotak kotak, jeans Replay berbau Bazaar Karat and element paling penting, jatuh hukum WAJIB pakai Oakley. tak kesah aa cap Uptown sekalipun. aku melihat dari jauh dengan mulut melopong. mak oi. dasat sungguh budak budak sekarang. malam malam pun pakai Oakley? nampak ke bro nak rempit nanti? ohh aku faham. persediaan awal laa tuu. kiranya kalau projek mem-practice bab 3 Sains Tingkatan 3 tuu kantoi and kena cekup polis atau JAIJ, takde laa mak apak malu sangat ye dakk? yelaa da cover muka awal awal dengan Oakley kan? yang perempuan pulak nak cover camne? "eh, kami tak buat apa apa. tadi katak masuk dalam baju saya sebab tuu saya bukak baju saya suruh dia buangkan katak tuu." ohh epic gilaa ayat membela diri kau. memang ada katak, tapi da masuk dalam perut laa pulak. maybe dalam 9 bulan lagi boleh laa ambik MC or mintak cuti khas kat pihak sekolah. tuu kalau kantoi laa. kalau tak kantoi, balik tuu yang jantan boleh laa tepuk dada kerempeng saiz budak baru mumaiyiz cakap kau da test minah tuu. dengan megahnya laa kau cerita dekat member kau, tight ke tidak perempuan yang kau sapu tadi. kalau sedap, hari Sabtu depan lepas aktiviti koko boleh main 'dayung sampan' lagi. dayung sampai bocor sampan tuu kalau boleh. tapi jangan sampai tenggelam. kang masing masing lepas pulak. da laa dua dua tak reti berenang. almaklum, bawah umur lagi. kalau kena tangkap, without question akan considered as rape as stated in Penal Code. 20 sebatan. tuu kata budak Law laa, orang tua tua kata, orang yang sudah matang, yang tahu undang undang, tahu halal haram kata. yang pendayung dan sampan tuu tak kata apa. 20 sebatan tuu takde apa laa. aku kena 100 sebatan sebab kantoi smoking belakang sekolah pun no hal lagi. syok je. masing masing da seronok belayar di lautan merah kan? eh merah ke? bukan pink? ke kelabu? :P alah jantan. da sedap, da dapat, nak peduli apa? merah ke, pink ke, kelabu ke, jadah apa. bukan aku kisah. bukti takde. badan aku tak berubah apa apa pun. mana ada terburai koyak rabak sini sana. makin tough adalah. ke-power-an and teknik aku pun makin improve berkat usaha aku selama ni. makin tahan lama. tak pengsan pengsan sampai sudah. boleh test yang lain pulak lepas ni.



yang perempuan pulak, bila da kantoi, da terburai, da lari alignment, da jatuh sana sini, da boncet, da MC 9 bulan, da hilang kekasih yang tadi nak sehidup semati lautan api sanggup direnangi, baru nak menyesal. baru laa nak kenal mak abah dekat rumah. baru laa nak meraung histeria panggil mak apak mintak tolong. kalau tak memang mak apak tuu tak pernah nak nampak. menonong je kau panjat atas moto, tayang alur pungkoq sambil peluk pakwe kau. sekali terkono, hah hambik menyesal tak sudah. tergedik gedik pergi farmasi beli pregnancy test, lepas sah positif nangis sekejap. menggelupur call call pakwe tapi tak dapat. mula laa togok coke and air nenas banyak banyak. buat buat jatuh terhentak pungkoq. tak jadi jugak. pakwe tadi da tukar number. da taktau pergi mana. nak cari kat rumah, takde pulak pakwe tadi tulis alamat rumah kat info fb. cari kat Twitter pun takde jugak. ahh sang gadis yang tidak lagi gadis mula panik. meroyan. lepas tuu mula laa telan panadol berpapan papan, beli pisau lipat potong kulit kentang kat koperasi sekolah dengan harga 30 sen and toreh urat tangan. THE END. tak pikir langsung pasal mak apak. da tak ingat da yang kat atas tuu ada. huh. semua punca dari belentime day.

aku tersedar dari lamunan bila tiba tiba lagu Trivium berkumandang sayu dari mp3 aku. awkward moment sekejap. aku gosok gosok hidung, gosok gosok mata.

CONCLUSION - malam valentine. bawak kereta lalu tepi tasik. slowkan pemanduan. aku jengah dari dalam. ramai. semuanya kulit macam aku. sawo matang, putih kuning. ber-bin dan ber-binti pada nama yang tertera pada I/C. ada yang bertudung, ada yang tidak. lelaki perempuan bermesra mesra, peluk pinggang. meraba raba konon tanda manja. aku geleng. tengok area semak semak tepi masjid tuu, ohh ada orang. aku tunduk. sedih bila tengok remaja MELAYU sekarang. inikah melayu? atau layu? mana agama? mana Islamnya? Melayu dan Islam hanya pada nama. maruah digadai mengikut telunjuk fahaman penjajah. sia sia penjuang bermandi darah. kalau lah mereka masih ada, tentu sudah berjuta gelen mengalir air mata mereka melihat anak bangsa. darah yang ditumpahkan untuk menghidupkan mereka dalam nafas kebebasan, kini terjajah mindanya, terjajah maruahnya. aku diam. pandangan dialihkan. biar orang kata aku dengar music sampah, membebel sampah dalam blog sampah, asalkan aku tak jadi sampah masyarakat. malam ni terpaksa jadi selemah lemah iman sebab menolak maksiat dengan hati.

*tak tau kenapa dengan aku malam ni. serius mood lari gilaa. btw, i spoke fluent sarcasm rite? :P

Tuesday, February 14, 2012

notes of nonsense #35: batak

pada malam ini, tepat jam 11.19 malam, aku telah mendeclarekan diri aku telah mempunyai account Twitter sendiri. pembikinan account ini adalah sebab didesak oleh Bieha The Famous Ahkak. dimaklumkan aku agak batak ketika ini. sekian terima kasih.



*taknak post panjang panjang. aku tengah busy touch up Twitter aku. maaf laa. aku memang sakai sikit bab gadget gadget and techie techie ni. bagus aku kahwin dengan budak Science Comp je baru masak sikit punat otak aku ni. eh, Science Comp ke? macam kenal je siapa budak Science Comp yang dimaksudkan tu? harapan. puihh. :P

Monday, February 13, 2012

notes of nonsense #34: the ghost of you

semalam post pasal aku ni layan lagu hardcore and punk je kan. so hari ni nak meleweh meleseh dan menggedik sikit. nak post lagu tangkap leleh sat. sebab hari ni hormon tak stabil. hormon sentap terlebih proses pulak. ape pun tak boleh laa. kan da tak memasal masal aku layan lebey debey (*lovey dovey) songs macam lagu MLTR ni. aku terasa lame pulak. ala ala Oska pulak layan vintage pieces ni. eh, tapi Oska tak layan MTLR laa. puihh.


terimalah. the ghost of you by MTLR. puihhh lagi. bapak ahh jiwang jugak aku ni. muka je ganas. hati kecik corak bunga bunga der. tangkap lentok jugak minah hardcore ni rupanya. HAHA. :P

notes of nonsense #33: bebelan sampah

*tenyeh tenyeh mata
*gosok gosok hidung
*garu garu kelemumur

macam da lama pulak tak hapdet blog sampah ni. kenapa aku panggil blog sampah? hee. sebab aku kan poyo. blog ni mana laa ada orang nak baca. yelah, aku buat blog ni pun as medium untuk lepaskan apa yang terbuku kat jiwa raga bakul besen aku ni. sebab tuu tak letak pun butang follow. and tak hias pun blog ni dengan iklan innity, nuffnang sampah bagai. tak harap pun orang nak view blog aku ni. kehkeh. oke, takde kena mengena dengan post. harap maklum. :P

aku suka layan hardcore and punk music. serius suka gila. cuba laa pakai Encik Silver Shuffle a.k.a iPod kesayangan aku tuu. tengok bergegar tak bergegar gegendang telinga dengan cochlea korang. muahaha. setakat ni ramai jugak laa yang tanya asal aku suka sangat layan music music gitu. nak kata aku ni tomboy, tak pulak. elok je rambut panjang guna garpu pun boleh. bangga sat, rambut aku da lepas paras bra. first time aku rambut panjang. kahwin nanti boleh suruh suami aku main tarik tarik rambut. kata hardcore kan? KAHKAH oke stop. aku da terpikir blue. -,- sambung balik. asal aku suke music yang mostly perempuan lain tak suka? nak kata influence dari pakwe, aku ni single laa pulak. nak kata pembawaan brother brother aku, adik adik lelaki aku semua macam kecik lagi. and dorang tak main laa lagu lagu hardcore ni. dengar lagu yang meleleh air mata dengan air liur je. bengkak jugak otak aku 551 saat  bila adik aku dok karok lagu Mahligai Syahdu tak pun lagu Aishiteru. woo sumpah kopak telinga aku sekejap. paling tak tahan kalau berjalan naik kereta. perghh. mama aku pasang Klasik Nasional beb. mendodoi wooo. nak nak time malam. lagu keroncong. pergghhhh! berdengkur aku kat belakang. -,-

nostalgia bhaii. teringat pulak aku kat Oska. Oska layan Klasik beb. ol' skool gilaa. da bukan kategori vintage da. Oska tuu da considered as ANTIQUE pieces da. hehe. xD
cakap pasal klasik klasik ni, teringat pulak dekat Oska. aku da jarang kan nak post nama dia kat entries aku. yelah kang awek dia baca kang tak ke naya aku ni. rapat sangat dengan bf dia. kang bercorak body glove lak muka aku ni. da laa satu kampus. fac je lain lain. Oska seriously contra habis laa dengan aku. baik dari mind state, physical qualities sampai laa attitude and taste. aku pelik gak, camne laa aku boleh blend dengan mamat muka kerek macam dia tuu. dia layan music antik cukup. Bee Gees, Jefferson Starship tuu memang taste dia laa. aku lak metal hardcore. punk tuu da selalu. indie ada jugak laa kat celah celah bedah. aku ngantuk dengar mp3 dia, dia pulak terbeliak butir mata dengar mp3 aku. tapi takpe, aku sayang gak kat dia. as my best friend laa kan. lebih tuu takde laa. aku selalu cakap dengan Oska, tak kira laa aku banyak bestfren lelaki ke, kawan lelaki ke, tapi dalam hati aku, aku tunggu seorang je. sayang seorang je. Mr. L. walaupun aku taktau apa perasaan dia pada aku. walaupun dia bukan hak aku. cehhh! da macam drama Ombak Rindu. jilake laa salah channel lak. termasuk channel jiwang berkedut lak. teeeeeeet! siaran tamat. -,-

sejak balik JB, rasanya tiap tiap hari laa jugak aku bukak mp3crank.com tuu. men-download lagu lagu bagai. da tak payah da nak 4shared or mediafire lagi. buat menyirap bandung soda je cause kadang kadang link mediafire tuu da expired. kalau pakai 4shared pulak, kadang kadang lagu yang nak tuu, bukan original artist yang nyanyi. just cover songs je. paling menyirap limau bila download penat penat, sekali kualiti hampeh. bertambah taik telinga bila dengar lagu tuu recorded direct dari radio pakai henfon 3310 then update kat 4shared. fffffffffuuuuuuuu. tapi taknak komen banyak laa kan. benda free. syukur jelaa. so sekarang bila aku terjumpa link mp3crank.com kat sebuah blog yang aku stalk ada gambar Mr. L, aku terus laa terlompat lompat girang macam orang baru baik dari buasir tahap 3. da tak payah nak search search RAR files susah susah lagi. download 1 album terus. sebelum ni aku download lagu, song per song. agak siput jugak laa sebab mediafire kan ada download parameter tuu. pakai mp3crank tuu terus je dapat dalam bentuk archive. mudah. download, extract all, terus copy masuk iTunes.

ini bukan Redtube. ini mp3crank site untuk download mp3. harap maklum.

so memandangkan kat rumah pakai wifi, aku pun terus laa menggunakan kelajuan patuk ayam jari aku ni untuk men-download segala post hardcore, punk, indie music yang terlintas kat punat otak aku ni. Punk Goes Pop, A7X, Attack! Attack!, Rancid semua aku sapu. sedap woo. sekarang ni yang paling banyak aku repeat play are Go Radio, Sleeping with Siren, Goo Goo Dolls, Mastodon, Dragonforce, Black Veil Brides, Of Mice and Men, Mayday Parade, ahhhh kalau nak list semua sampai cuti awal muharam tahun ketiga degree pun tak habis lagi aku taip.

all time pebret. i thot the lead singer was a gegirl. rupanya a boboi siot! siyes vocal macam perempuan. lagi lagi dalam lagu acoustic dia. siyes macam oghe puanggg.
rasanya aku sorang je yang tastenye pelik and lain dari orang. baik dari segi remeh temeh sampai laa benda yang big matter. kalau beli beli barang or dressing dressing, aku suka warna mantul mantul. biar boleh nampak dari puncak menara KL nun. beli jam warna purple yang 2km boleh cam, pakai seluar warna hijau katak. aku rasa kalau lintas kat traffic light, mau kena langgar aku ni sebab orang ingat aku ni lampu trafik hijau. :P bab nak kahwin pulak, aku cakap dengan mama nak tema emo and punk. kahwin nanti warna hitam merah. heavy kohl make up ala ala Good Charlotte tu. suami aku transform jadi Joel Madden sekejap. Joel hensem woo. suami aku pun mesti laa yang jenis kepala gila macam aku jugak. arghhh apa aku cakap ni! pakwe pun takde lagi berangan nak kahwin. gatai.

ohh Abe Joel, buat laa ambo bini numbo 2 mung. nikoh pakso pong takpo. ambo pasroh Abe Joel. setahun ambo dop tubik ghumoh kalu nikoh ko Abe Joel.
sekarang ni aku baru lepas makan nasik lauk kupang masak sambal yang digaul dengan kuah kicap yang ditapau dari kenduri kahwin jiran aku. lepas makan aku tertanya tanya, asal benda free semua sedap sedap. air and munchies free yang promote kat hypermarket tuu asal sedap sangat. tapi kalau da beli, bancuh sendiri, tak sedap langsung. padahal aku da bancuh ikut sukatan yang promoter tuu bagi. just tak sukat pakai measuring cylinder makmal sekolah aku je. contoh situasi:

Promoter: amoi aa, lu beli laa ini susu ooo. manyak sedap laa. bancuh pun manyak senang oo. lu taruk jaa itu satu peket. taruk air panas panas. sutah bulih makan terus maa.
Aku: yeke? eh betul laa. sedap siot. menjilat kuku kaki. oke laa. guwa angkat 2 kotak.
kat rumah, bancuh mengikut prescription. sekali minum, perghhhhhhhh tak sedap. ffffffffuuuuuuuuu!

motif post ni? aku pun tak tahu laa. dop pehe. aku sendiri tak tahu jadah apa yang aku bebel ni. HAHA. moral of the story, kalau nak lagu lagu English, sila laa bersila download dekat mp3crank. nak lagu kpop and Justin Bibir pun ada. just lagu nyanyian aku je yang belum release lagi. :P second moral, kalau beli barang promotion yang tak pernah cuba, beli sikit sikit dulu. jangan tamak macam aku angkut sampai 2 kotak. lepas tuu tak sedap terus tak makan. :P

*p/s: sekarang aku da up sikit. da tak main download pakai line wifi da. sebab streamyx da tak laju. broadband lagi laju. mentang sekarang da taw camne nak jadikan broadband tuu limitless. line pun da laju gilaa. paling slow 800++kb. hehe. :)

Thursday, February 9, 2012

notes of nonsense #31: awkward again


AWKWARD MOMENT bila aku tengah termenung nak perah cerebrum and cerebellum aku nak ingat statute and cases masa jawab paper Law. but suddenly realize yang rupanya aku tengah stare tepat betul dekat muka seorang lelaki ni. and malangnya, lelaki tuu terus ingat aku ada crush dengan dia and tetiba datang mengendeng  and terus blushing blushing bila bertembung dengan aku dekat faculty. pfffffftttttt! FFFFFFUUUUUU!!!!

FACEPALM!!

Thursday, February 2, 2012

notes of nonsense #26: awkward moment again


bila ada orang yang lebih tua (parents, parents punye member, parents kepada member) tanya soalan cepu platinum: "DAH SOLAT BELUM?".

teettttt! AWKWARD. tak pasti sama ada nak menipu or nak cakap betul. POKER FACE.  sebab sah sah laa belum solat lagi. hehe.