Sunday, April 22, 2012

notes of nonsense #64: kegemukan melanda

*muka takboleh blah.

oke foine. da berapa ketul makhluk Tuhan da kabor ke guwa yang badan guwa sekarang sudaa makin montok err makin berisi. not that berisi sebab buatan manusia a.k.a pregnant, berisi sebab gemuk laa weyy. guwa bujang trang tang tang lagi taw. :P


taktaw aa kenapa badan guwa naik mendadak and perut macam da letak tayar Mitsubishi Evo je sekarang ni. hari tuu elok je dapat flat abs. sekarang manjang jalan perut je yang tiba dulu. =.='


nak kata guwa kuat makan, tak jugak. guwa kat Teratai madah makan sehari sekali je beb. lepas tuu guwa siap makan LAX-7 lagi. tak jugak kurus kurus. menipu punya orang kedai jamu. ciss. =.=' then guwa pergi kelas everyday naik bas no 11 a.k.a jalan kaki. tiap tiap 2 hari sekali ada lari lari bagai. tiap tiap minggu kena hadap pt10 tiga kiraan satu sebanyak 20 kali. rajin jugak guwa bersukan sem ni. main basikal, joging, gi seksyen 7 rumah classmate guwa Farrah and Ain yang maha jauh dan menggegar kepala lutut tu by walking. tak jugak kurus kurus! makin berisi dan bertambah tambah bentuk pau kat pipi guwa ni adalah. =='

lagipun sejak 2, 3 menjak ni guwa memang jaga makan sikit. takmo makan lebih lebih sebab takut tak muat uniform no 4 JPAM guwa tuu. membazir guwa alter mahal mahal. alter pulak tu betul betul je melekat dekat badan guwa yang curvacious ni. SEMPIT BOLEH TAK?!! arghhhhhhhh!! nyonya jahit baju tuu sengaja kott menganjing guwa suruh kurus. ceit! =.='

so guwa dengan positive thinking nya meng-consider yang badan guwa naik sebab:

  1. terlampau bahagia sejak kembali menyingle, menyolo molo. agaknya betullah orang cakap, time couple memang banyak makan hati kott. and tak makan time ada couple dulu sebab duit makan madah asek buat beli topap je kann. :P
  2. gemuk sebab regain muscle kott. tuu bukan spare tyre tuu, tuu muscles je semua. (*sedapkan hati dan peparu sendiri. padahal hakikatnya TT________TT )
  3. guwa semakin comel kott bila debab debab camni. tuu sebab metabolisme guwa sengaja slow slow katak je cernakan segala humbanan, campakan makanan dalam tangki 2.5 liter guwa ni.
  4. gemuk air kott. yelah sejak didiagnosis oleh pusat kesihatan UiTM yang guwa ni extreme dehyrated, guwa asek togok air sampai kembung je. mabuk air jelaa kott. (*again sedapkan hati sendiri walaupun hakikatnya TT_______TT berjuta lemon kuasa lapan)
  5. bukan gemuk tapi SIHAT bak kata baba ranchoddas. (*pujuk hati sendiri. walaupun dalam hati background music kaca terhempas)
sekarang ni mid sem break. guwa dengan penuh keazaman tinggi setinggi tingkat 6 kolej teratai bersemangat waja ala ala Proton Waja tengah menahan diri daripada menogok dan menketedarah semua benda yang mama guwa masak dekat rumah ni. and guwa jugak tengah menahan godaan katil nirrojim yang tanpa lelah menggoda guwa suruh tidoq mati melebihi 10 jam sehari semalam. doakan jelaa guwa dengan 2 juta lemon kuasa lapan berjaya mengharungi dugaan makanan dan katil nirrojim tuu.

*walaupun gemuk tapi guwa bahagia (*ayat pasrah)



Tuesday, April 10, 2012

notes of nonsense #63: bosan

oke. esok rabu, cuti umum. means takdak rokol. means guwa boleh bangun lambat sampai pukul 2 petang kalau mampu. then esoknya khamis, guwa ada test contract. masalahnya sekarang ni, guwa punya mood belajaq tak mai lagi. bosan gila laa tengok winfield, lexis nexis guwa tuu. serious da tak boleh nak hadam da buku tebal tebal tuu. mood lawyer guwa tak datang datang setelah sekian lama. serious guwa rasa nak pergi berhibur tapi taktau nak ajaq sapa. macam nak gi mandi manda kat wet world aa tapi takdak gu pulak.

*guwa pakai cadar Ben 10 der. lu hadoo? mampu? kahkah.


lapaq tapi malas nak pi bangun masak ayaq. da masak ayaq da tadi tapi malas pulak nak koyak plastik bubur segera ni haa. nak kunyah pun malas dah ni. tapi perut guwa lapaq betoi ni. da keluaq da lagu lagu Avenged Sevenfold. lapaq tapi malas nak makan sebab nanti lepaih makan guwa kena makan laxatives. nak kena telan menatang Lax-7 guwa tuu disebabkan guwa ada masalah indigestion sejak dua menjak ni. yolah, sejak solo molo ni, guwa makin susah nak berak. sebab tuu kena makan fibre yang rasa macam kelkatu hancur plus plus ayaq tapai tuu. seksa doe kena togok menatang tuu 2 kali sehari. taknak togok kang mampuih biru pulak muka dok takbleh nak membuang saham di bank tandas teratai 3 tingkat 6 kesayangan guwa tuu.

ni guwa da start nak consume ayaq banyak banyak. sem ni jaa da berapa kali guwa sangkut kat pusat kesihatan pasal extreme dehydration. tapi balik balik guwa dapat ubat yang sama jugak. lepas tuu kena marah atas sebab yang sama jugak. deng aa. guwa da makan kott semua antibiotik, ubat ubat yang rasa macam kapur barus tuu. da dia takmo baik jugak, guwa nak buat camna. aihh.

serious aa sem ni guwa rasa sem yang paling mencabaq iman dan kesabaqran guwa selepas zaman asasi dulu. mencabaq sebab sem ni paling banyak guwa sakit, paling sibuk, paling banyak ponteng kelas, paling banyak tanggungjawab nak pikul. grrr. sabaq jolaaaaaaa.

berkilo kilo aiskrim dengan coklat pun tak berkesan da nak mengubat kestressan guwa sem ni. oh ya, semalam cousins guwa bawak guwa pegi makan steamboat kat Flaming Kota Kemuning. guwa hadap betoi betoi aa. mampoih habis semua udang ketam fishbol guwa sebat tanpa henti. aiskrim pulak 5 mangkuk besaq guwa balun. marshmallow jangan cakap laa. penuh mulut. and dalam hati guwa da plan, kalau guwa ada marka nanti, guwa nak bawak dia mai makan kat sini. HAHA.

*ni eskem yg guwa bedal smlm. mangkuk blkg tuu mangkuk eskem keempat guwa. yg pinggan tepi tuu pulak menempatkan arwah arwah ketam, udang, ayam dan sebagainya yg telah selamat bersemadi dalam perut guwa dan menunggu masa untuk bersemadi dgn tenang di jamban teratai 3 tingkat 6.


oke, hot chocolate guwa pun da suam suam kuku kaki da. bubur guwa pun da kembang besaq lengan. so apo laie, belasah laa. chow aa, guwa nak makan ni. tata.

notakaki: taktaw apa pasal guwa tetiba cakap utara. berjangkit dengan zati tak? takpun jangkit dengan Tuan NohIsMe? eh, entah laa. tak mampu berfikir time time kebuloq camni. nanti guwa da makan, da kenyang, perut da terik macam anak gajah mati kembung dalam ayaq, baru aku pikir okeh? :P

notes of nonsense #62: camwhoring

*ma pebret of all. comeyy. :D

*riang ria raya bersama sispa :P

*nana memodelkan diri


*muka beronok ronok gila

*muka sebelum rentung


*guwa agak nampak gemuk disini

:*

*spot the difference. :P

*siti dan kuak lentangnya


*ehem. tuan waan comel. tapi yg sblh kiri dia lg comel. HAHA
in short, guwa bahagia gilaa laa 3 hari ber-orienteering dengan sisparians semua ni. sumpah bahagia gila sampai guwa rasa nak menyalak cakap guwa bahagia tengah tengah kolam kat dc tuu sambil menyumbat double ciken cheeseburger secara berselang seli.

Friday, April 6, 2012

notes of nonsense #60: last

oke. ni guwa baru je balik dari joging keliling uitm. pencapaian yang agak membanggakan sepanjang sem ni. penat gila nak mati tapi still boleh proceed lagi. nampaknya tak sesia guwa togok fibre yang rasa macam kelkatu blended tu. balik balik teratai je muka merah padam. one thing that i notice, guwa agak semangat nak pergi orienteering kali ni on 2 main reasons:
1. orienteering held in Pasir Gudang which is my hometown. guwa homesick, NAK BALIK, NAK MAMA, NAK KUCING! da lama guwa tak balik rumah woo. manjang asek berkawad je sekarang. roasted face.
2. well, ada someone yang guwa rasa guwa ter-crush join orienteering tu. taktaw asal, guwa tetiba suka gila tengok muka dia. macam orang yang selalu appears in my dreams laa. seriously. guwa rasa macam lama kenal je dia padahal baru sem lepas aku join sispa ni. the very first person yang aku mintak sign. orangnya tak hensem sangat kot tapi there's something intriguing bout him yang guwa rasa unik. guwa rasa dia comel walaupun jarang senyum. very punctual, protective and cares for anyone. ni yang makin guwa ter-crush ni. HAHA. tah tah dia da ada makwe kan. padan muka kau nanti Faa. manjang je crush dengan orang. :P

oke, badan guwa da start panas panas macam nak demam. ni laa padah kalau keluaq malam. ni yang tak suka ni. banyak benda lagi tak settle. takpe laa, esok jelaa pack barang. penat ah. pancit already. :P