Tuesday, May 29, 2012

notes of nonsense #68: nota untuk Jijah The Mak Jemah

Jijah.. sory sebab tak reply luahan hati kau malam tuu. bukan guwa takmo reply, ekceli guwa speechless sebenarnya. im no good at comforting people sebab guwa rasa guwa sendiri punn epic fail dalam meng-comfort-kan diri guwa sendiri.

Jijah The Mak Jemah, guwa taw lu mesti terasa hati dengan guwa kan sebab guwa tak me-reply dengan kuasa tenuk guwa bila lu mesej guwa. hukhuk. guwa nak reply, tapi guwa taktaw nak cakap apa doe. guwa ni memang laa simpan ikan kering dalam hati guwa ni. hati guwa ni memang laa peti ais. kering and beku semacam je. guwa banyak nak cakap, tapi guwa takut apa yang guwa nak cakap tuu tak relevant dengan situasi lu a.k.a guwa mengarut and guwa takut guwa bual meleweh leweh je nanti.

Jijah, ekceli crush crush guwa rasa satu keperluan dan kehendak jugak sebenarnya. KEPERLUAN: untuk jadi 'the interesting factor' untuk buat sesuatu. guwa bagi contoh: guwa sengaja crush dengan Encik Ehem dalam SISPA. by crush-ing wif him, so guwa akan rasa bersemangat untuk attend roll calls, attend aktiviti SISPA semua. lu ingat kalau guwa takde crush, guwa rajin ke nak bangun awal awal Subuh semata mata nak pergi ber-rokol dekat dataran Delima yang bau sampah tuu? da laa pakai baju No. 3 yang guwa punya da jadi kecut sebab over alter? NOPE. if guwa takde crush, guwa takkan rajin nak pergi melepak kat pejabat SISPA petang petang when guwa ada option untuk mengorok kat katil penthouse Teratai yang bercadarkan Ben 10 yang da jadi macam atlas tuu? NOPE. if guwa takde crush, guwa takkan rerajin pergi meeting setaip memalam Rabu kat S&T tuu. penat taw kena sarung korset sebelum pakai baju korporat tuu? guwa ni da laa bootylicious and buncitlicious, no wonder laa kena sarung korset dulu sebelum pakai baju Korporat tuu. taknak pakai kang terkeluaq pulak perut kat celah celah butang nanti. tak memasal guwa 'belanja' bebudak SISPA yang sengal sengal buaya semua tuu. :P dekat fakulti pulak, guwa memang sengaja ber-crush dalam setiap lecture so guwa akan rajin bangun pagi untuk attend class. kat class punn mata besar je sebab dok tertoleh toleh crush kat seat belakang. :P so tiap kali KI, guwa takde nak memonteng je kerja. (*cehh. padahal memang pantang tengok mamat hensem. hensem sikit je terus crush. :P)

KEHENDAK: bila da ada steady (*steady as for me means memang lu yakin lu nak habiskan future lu dengan dia, and dia punn jenis yang baik in terms tak curang, tak bermata basketball, and perangai tak sampah macam Russel Brand). nak ber-crush tuu boleh, tapi just for fun jelaa ye. jangan laa berharap/take your crush more serious than your bf. crush tuu macam tiket loteri. benda yang tak pasti. tiket loteri, walau kita letak banyak taruhan punn atas number tuu, susah nak mengena bhaii. lainlaa kalau lu pergi mengangkung. eh, even pergi ngangkung punn, tak semestinya number yang lu beli tuu, kena. relevantnya disini (*berkata dengan nada Semanis Kurma), sebanyak mana punn kita crush dengan someone tuu, TAK SEMESTINYA dia ada feel yang sama juga. even kita suka dia 45 juta gelen, dia belum pasti lagi suka kita walau untuk -0.0000001 gelen sekalipun. kan rugi tuu? silap silap dia terus benci kita bhaii. nak contoh lagi jelas, tengok guwa. guwa crush dengan Encik Ehem then dia taw, then dia terus benci guwa. kalau dulu pantang guwa post status mesti like. sekarang? NONE. kalau dulu nak jugak laa dia pandang guwa ni, sekarang nak tengok punn tak sudi. kadang kadang tak datang terus kalau aktiviti tuu melibatkan yang kompom guwa ada. see? rugi der. dia takde apa punn tapi kita yang makan hati. tengok guwa ni, banyak sangat makan hati, kan da kurus guwa ni. :P bf ni pulak macam main tikam bola yang seringgit kat depan kedai kedai runcit berdekatan anda tuu. tengok kotak tulis kita dapat jam Ben 10, masukkan duit, pusing punat, keluaq keychain Barney. even tak dapat jam Ben 10, tapi dia gantikan dengan benda lain. if they can't offer something big, they can offer a smaller treat. kaitan? kontotkan cerita, bf ni kiranya macam da secure taw. kita sayang dia, dia akan sayang kita walaupun kadang kadang kita tak nampak. walaupun dia maybe tak sehensem, semanis crush kita, tapi at least dia laa sanggup jadi punchbag time kita tengah geram, yang sanggup bertaik telinga bila kita call memalam buta cakap tak boleh tidoq, sanggup tadah cochlea dengar kita mencarut carut marah kat groupmate sebab tak reti buat kerja group, yang sanggup habiskan duit beli popcorn sebab perut da buat konsert Bunkface time tengok wayang, yang sanggup topupkan kita, sanggup teman kita bila kita makan, bila kita stay up late cz esaimen sampai ke ceiling, teman time naik bus, selalu tanya "haii sayang.. watpe tuu?" walaupun dia taw lu tengah takde mood sebab sembelit seminggu. significantnya, walaupun bf tuu tak boleh nak offer banyak, at least mereka akan cuba offer sikit. compared tuu crush, they're not secured, thus they can offer NOTHING to you. crush ni macam casual friends je. KAWAN.

and guwa cukup pantang bila dengar "alaa.. bf boleh di cari.. kawan susah nak cari..". guwa against prinsip ni. ekceli, pada pandangan guwa, bf susah nak cari. even kita ada kawan, sanggup ke kawan lu tuu berkepit dengan lu, care for you, topupkan lu, temankan lu, jadi punchbag lu, jadi driver lu, menangis dengan lu 24/7? guwa tak rasa.  kawan, on the other parts, senang nak cari. bukak FB, approve orang, da jadi kawan. pergi cafe, takde meja, share dengan strangers, da jadi kawan. masuk persatuan, da jadi kawan. bf? belum tentu orang yang kita tegur tuu akan jadi kawan. belum tentu kawan yang kita ada sekarang akan accept kita sebagaimana bf terima diri kita, flaws kita seadanya. belum tentu kawan yang kita ada, akan gelak bila kita menjerit sebab eksaited naik KTM macam bf kita, belum tentu kawan kita masa kita takde topup nak call mak apak, akan sanggup share-a-topup dengan kita macam bf kita. belum tentu kawan kita akan gelak pada lawak bodosss yang kita buat sebagaimana bf kita, belum tentu kawan kita sanggup terima muka berjerawat kita camne bf kita. kan kan? nampak tak significant boyfie pada diri kita? compared to Encik Crush yang relationship juz limited to casual friends only.

so  how lu rasa sekarang? yang guwa taip ni juz pendapat guwa jelaa. bukan nak agungkan boyfie, guwa boyfie punn takde. hampeh manjang. bukan nak utamakan boyfie ke hape tapi guwa rasa, better not take risk. kadang kadang, orang yang paling kita sayang tuu laa yang banyak menyakitkan hati and kita sakitkan hatinya. but still, diorang sayang kita kan? tapi jangan sampai, sebab nak kejar crush, kita sakitkan hati dorang till at one time, dorang da tak boleh terima kita lagi. selagi ada peluang, rebutlaa weii. jangan sia siakan orang yang sayangkan kita. ke lu nak ke jadi macam guwa? guwa sayang orang yang da tak sayangkan guwa. guwa kejar orang tuu lama, bertahun tahun sampaikan guwa da tak boleh nak move on dengan orang lain, tak boleh nak bukak hati kat orang lain. sampai satu saat tuu, orang yang guwa sayang tuu, reject guwa and proceed dengan orang lain. guwa sendiri yang sakit. guwa sendiri yang suffer. tak dapat apa doe. sedangkan dia? dia bahagia dengan orang lain der. guwa je kat sini makan hati sensorang. (*tapi bagus jugak makan hati ni, guwa kenyang sentiasa. takdelah duit guwa habis beli Megi Sedaap kat Speedmart Ss7 tuu. slim punn slim. :P)

Jijah The Mak Jemah.. err guwa da taktaw nak tulis apa da. tak boleh berfikir da guwa rasa. bukan setakat jem je punat otak guwa ni, peanut butter, roti, kaya semua hadoo. err guwa chow dulu laa. ingat pesan guwa, don't drink and drive. kaitan? takde kaitan. choiih. :P


notes of nonsense #67: one nite in jb

orite. sangat cun. guwa balik jb dengan luggage yang penuh dengan buku. esaimen contracts- 4 analisis kes, test torts Monday 8.30am, revision consti, manage dinner. perghhhh parah parah. memang laa guwa kena siapkan secepat tenuk berlari menggunakan kuasa 4 lejang. sekarang ni, selain menghapdet belog sampah guwa, guwa ponn tengah meng-crash-kan chrome guwa dengan tabs current malaysian case, beloggah, FlyFm live streaming, veloggah One Direction etc etc. kontotkan cerita, guwa memang tengah busy mengalahkan Rosmah. sangat amat teramat busy sampaikan guwa pakai earfon tapi tak dengar pape sebab earfon tak disodomikan ponn dengan earfon port kat Compaq Vaio guwa ni. berat nanang da guwa ni.

ekceli, guwa ada satu hasrat terpendam sebenarnya. guwa rasa, guwa nak pindah aa dari Jb ni. takmo da dok Jb coz guwa rasa banyak sangat benda yang buat guwa rasa agak sentap kat sini. exes guwa semua orang Jb. so bila lalu certain certain places tuu, guwa rasa senak dalam perut. macam tadi, lalu kat Skudai je guwa da seram sejuk sebab takut terjumpa dengan Mr. L. lalu kat Pasir Gudang, guwa da mengigil sebab takut terjumpa Mr. H. bukan guwa takut kat dorang macam guwa takut kena marah dengan bigboss guwa, juz it's a indescribable feeling of 'takut' - guwa takut if guwa nampak dorang, guwa akan menangis lagi cuz they're both men WERE (*mind the present tense) whom i love like crazy and also whom who're did hurts me like HELL. guwa takut guwa tak kuat untuk jumpa diorang. guwa takut guwa tak dapat tahan perasaan. dorang dump guwa before guwa sempat defend diri guwa, before guwa tanya apa sebab sebenar dorang juz tinggalkan guwa macam sampah. tinggal macam tu je. putus pakai YM then terus tak kenal guwa? dump guwa sebab he's fall for another girl then point out yang guwa ni sebenarnya tak perfect dats why dia dump guwa? APA YANG GUWA RASA? guwa rasa betul betul TERHINA bhai. guwa rasa kecik gila. guwa rasa i'm not being treated as human, more like SAMPAH. then bila guwa rasa guwa da stable untuk proceed, untuk move on dengan life guwa, tetiba datang macam sumpahan kum kum cakap "saya rindu awak Faraa.. rindu sangat sangat.." apa yang guwa rasa? guwa rasa really like SAMPAH. time da bosan, boleh buang buang. sepak je masuk lori sampah MBSA. bila rasa takde pompuan lain nak layan, bila rasa sunyi, tetiba datang kutip guwa semula. ingat guwa ni takde perasaan ke? memang guwa ni muka macam hati kering. and selalu ponn hati kering. tapi guwa ni tetap manusia biasa. guwa tahu sakit. guwa tahu patah hati. guwa tahu kecik hati. guwa tahu diri guwa. guwa tahu guwa tak perfect. guwa gemok, tak lawa, buruk, hodoh, belajar ponn tak pandai, guwa tak muslimah, guwa tak se-malaikat ex lu, guwa tak se-baby doll macam your present gf tapi tolonglahhhhhh.. guwa masih manusia biasa. tak payah lu nak menghina hina guwa, kecik kecikkan guwa, pointing sharp crystal clear to my insecurities, pijak pijak guwa semua tuu. guwa tak kisah bhaii lu pernah naik tangan kaki kat guwa semua. semua luka yang lu bagi tuu akan sembuh bila letak minyak gamat Langkawi. akan hilang parut tuu bila letak Bio Oil. tapi hati guwa? never heals doe. ayat yang pernah lu bagi pada guwa, guwa rasa lagi tajam dari kuku Inuyasha, lagi tajam dari pedang Kakashi. kemetetkan cerita, ayat lu tuu betul betul terbenam 800% laa dalam jiwa guwa, hidup guwa sampai guwa cuba tarik pakai bulldozer ponn, bulldozer tuu terbanam sekali dengan 'pedang' yang lu siat kat hati guwa ni. letak laa kain anduh, buat laa ikatan donat ke, ikatan manok walhal ikatan balak bertanjul ponn, tetap tak leh sembuh bhaii luka tuu. 78 kontena kapasiti 5 tan Bio Oil ponn takkan dapat laa nak sembuhkan parut yang lu lu bagi. eh, guwa da melalut. tetiba masuk mood Ombak Rindu. dem sungguh. oke, sebelum guwa tamatkan siaran Ombak Rindu or Bicara Hati guwa ni, guwa nak bagitaw yang guwa rasa nak simbah jeruk kelubi je kat muka lu lu sebab da menyentapkan hati guwa, menyedihkan jiwa raga dan bakul guwa, men-foreveralone-kan life guwa. lu lu memang laa membazirkan air mata guwa. tapi sebelum lu lu kena simbah, tolonglahhhhh doakan guwa dapat move on dan lupakan lu lu semua ni. doakan guwa bahagia camne guwa doakan korang sentiasa bahagia. betul doe. even bukan dalam sujud guwa, guwa selalu mintak Al Khaliq jaga lu lu, sentiasa dalam lindunganNya, bahagia walaupun lu  lu bukan ditakdirkan untuk guwa. guwa mintak jugak untuk satu hari nanti, bila guwa da betul betul bersedia, guwa nak jumpa lu lu semua. ohhh mengapakah background music dalam hati guwa bunyi kaca pecah ni? tetiba pulak mood Autumn In My Heart. ceit. rasa nak simbah jeruk kelubi 56 gayung. why jeruk kelubi? sebab jeruk kelubi tuu busuk and masam. biar padan muka lu lu takde siapa nak kat lu lu da. *gelak shaiton nirrojim

oh ye. ekceli kalau tak disebabkan bigboss and mem besaw guwa dok kat Jb ni lagi, guwa memang berat hati nak balik Jb. serious sedih dalam jiwa kalau balik sini. sebab banyak kott benda yang buat guwa teringat lu lu semua. guwa lagi rela dok kat ceruk Kubang Pasu nun dari dok Jb. at least kat Kubang Pasu ada sawah padi. boleh guwa buat demo berkubang dalam sawah. untung untung boleh masuk YouTiub and dapat 580 juta viewers dengan 579 dislikes. oke dem 2 juta lemon. guwa da mengarut lagi. cadangnya tadi guwa nak hapdet pasal esaimen guwa, tetiba masuk channel lain pulak. tak pasal pasal guwa da tak hengat nak cerita apa tadi. dem dem. ahh guwa nak chow aa. bosan lak dok tengok beloggah ni. da laa hapdet application tak bagitaw guwa. guwa da laa buta IT sikit. hapdet pulak yang canggih canggih. mau tak terbenam muka guwa kat skrin latop ni sebab nak pahamkan menatang apa yang dia hapdet ni. dem 800 juta lemon das.

Tuesday, May 22, 2012

notes of nonsense #66: kantoi



oke. minggu ni sumpah dem. memang sumpah dem lapan belas ribu juta lemon kuasa tiga puluh empat. guwa malu gilaaaaa doe minggu ni. sumpah sepanjang panjang minggu ni muka guwa rasa macam kena tepek dengan kulit dinosor jurassic park yang telah disamak dengan air dari tujuh masjid.

oke. guwa punn taktaw acane guwa boleh jadi acani. tapi guwa saspek ke-blushing-an guwa ni berpunca dari satu sebab musabab yang sangat pasti: KANTOI. guwa da terkantoi bhaiiiii. guwa saspek Encik Ehem da taw yang guwa sedang ber-jiwa kachaw, ber-angau-an, ber-crush, ber- segala jenis ber lagi laa kat dia. adoh.



sumpah guwa dapat instinct ala ala kumpulan N'Sync yang Encik Ehem da taw yang guwa memang da lama syok kat dia. adoh, adoh, adoh. mana guwa nak sorok muka guwa ni! guwa da try sorok bawah bantal tapi rasa lemas laa pulak. nak sorok dalam loker, badan guwa tak muat loker kecik sangat pulak da. dem!

sumpah weyh malu gila babas anak pak Abbas. guwa da taktaw da nak respon acane setiap kali ternampak muka Encik Ehem depan mata guwa. rasa macam nak tanam and benam muka tujuh kaki dalam, tiga kaki lebar dalam tanah time tuu jugak. da laa sejak 2, 3 hari ni guwa madah asek nak ternampak muka Encik Ehem tuu je. semalam guwa nampak dia depan fakulti guwa around pukul 10 pagi. terkezut tenuk guwa, nasib baik tak masuk dalam longkang kat carpark Law Faculty tuu. lepas je nampak kelibat Encik Ehem dengan motornya tuu, guwa dengan tahap kelajuan kambing dikejar beruang, terus lari balik Teratai. malu yang amat doe. malu tahap moksya!

takde kena mengena. yang penting bukan kucing guwa.


da laa time konvo aritu, err guwa touching sikit dengan Encik Ehem, dia datang kat tempat duty semua orang tapi tak datang punn kat tempat guwa duty. sentap guwa. majok aa. Lyn kabor ke guwa yang Encik Ehem banyak kali lepak kat tempat duty dia, tapi guwa.. TT____TT takde! ceit. sedihhhhhhh. udah laa begitu, dia nampak guwa, dia terus berpusing ke belakang pusing sebanyak 180 darjah. obviously laa nak mengelak guwa kan. sedih lagi. uwuwuwu. :( lepas tuu guwa terus merajuk. taknak da jaga dalam dewan. guwa bantai berbual bagai berada di Old Town Kopitiam dengan pakcik pakcik yang tengah penat menunggu bini bini meng-cash-kan saham kat tandas "Puan jalan terus, belok kiri ye. tandas wanita yang hujung sekali." kat level 2 tuu. then time tengahari, Encik Ehem datang kat tempat guwa duty tuu. guwa nampak dia datang bukak pintu tapi disebabkan guwa dalam mood touching, guwa dengan menggunakan gear automatik I-VTec merajuk dengan dia and terus buat berpusing ke belakang pusing sebanyak 360 darjah ke arah Timor Leste. nanak tawan! majok! :P

then lepas tuu, guwa pusing belakang, tengok Encik Ehem da hilang. dalam hati menyesal sebab tak sempat tengok dia. da laa dia comel bila pakai uniform No. 3 tuu. i loike. :D then time break kejap tengahari tuu, guwa cari cari gak mana pulak mamat comel ni, pahtu Jijah The Mak Jemah bagitaw yang Encik Ehem da balik. again, guwa sentap sensorang. bunyi kaca pecah berdesup desup dalam hati guwa yang baru nak berbunga bunga ni. disebabkan guwa sentap, habeh je duty, guwa terus balun nasi ayam+roti sapu jem+teh o panas secara berselang seli secara solo sebagai tanda sentap.



then malam tuu, (time ni punn tengah merajuk lagi kununnye) guwa online Fb sejenak untuk mengisi masa lapang. petang tuu guwa memang da saspek habes laa yang guwa da kantoi suka dia by the way he ignores me and by means of he's avoiding me. so guwa punn buat laa status sentap+malu tapi mahu guwa.

"awkward moment when your crush knows that you had a crush on him. terus berpusing guwa tadi. =.="

guwa tulis aa cenggitu. by all means, memang guwa tuju kat dia punn sebab guwa rasa, guwa juz buat berpusing ke belakang pusing 360 darjah menghala ke Timor Leste tuu dengan Encik Ehem je. mana ada guwa buat dengan orang lain. then taw tak apa yang berlaku? bersaksikan Lyn dengan Wani, guwa telah menjerit ala ala Scha Alyahya dalam muvee Histeria bila Encik Ehem, being the very FIRST PERSON telah menge-LIKE status tuu! memang lepas tuu guwa hempas badan atas katil laa kannn! MALUUUUUUUUUUU TAHAP MOKSYA! so betul laa sekarang ni guwa da kantoi!!! memang laa malam tuu guwa jerit nak keluar SISPA sebab da kantoi sambil menutup muka yang da macam kena simbah dengan sos tomato Mekdi bawah tilam. attention. guwa sorok muka bawah tilam ye malam tuu. malu punya pasal sampai sanggup tahan benjol terlanggar katil semata mata nak sorok jugak muka bawah tilam. =o='

serious malu still rasa sampai ke hari ni. even guwa tengah taip ni punn, guwa kejap kejap benam muka 90 darjah kat tilam, siap berselubung dengan selimut sebab mengigil punya pasal walaupun baru je pukul 2.35 petang. seram sejuk bhaii. guwa da speechless da bila da terKANTOI acani.

pahtu semalam time gi meeting ketua biro, da dekat dekat nak maghrib tuu, boleh pulak Encik Ehem tuu datang jenguk muka kat bilik meeting. mula mula guwa tak perasan gak sebab ingatkan Tuan Lan, da lama sikit guwa jeling jeling tetiba mata bertemu mata. dan lagu Hindustan punn berkumandang 5 saat. guwa dalam hati "ALAMAK! MAMPOS! MALU!!!". guwa da tersedak sedak da. nasib baik tak tercekik jeruk betik yang guwa tengah simpan dalam mulut. nak cover nervous, guwa terus tunduk buat buat tekun baca majalah padahal dalam hati tengah MALU+RIANG RIA RAYA+CUAK+SEGAN+SUKA semua hadoo. suka+terkezut+cuak sebenarnya sebab time sebelum Encik Ehem masuk tuu, memang guwa tengah sebut nama dia punn. tengah mengumpat ngumpat pasal dia kat Yaya Chan, sekali dia masuk. mana tak terkezut tapir guwa dibuatnya. nasib baik guwa tak melompat dalam kabin semalam. kalau tak, kesian kabin tuu da bocor menahan lompatan gajah guwa.



sentap sikit jugak time Encik Ehem masuk tuu. dia masuk, intai intai, nampak guwa je terus menggelibut keluaq tutup pintu. guwa ternganga sejenak. pahtu masuk balik lambai lambai kat Ayu. situasi time kat sini guwa jeles dalam jiwa sikit. why? why? why Ayu? uwuwuwu. :'( pahtu sebabkan guwa sentap, guwa terus buat dang je. buat buat dedikasi baca buku padahal tengah TT_____TT. after that, terus balik. sebelum tuu skodeng skodeng gak laa, mana pulak Encik Ehem ni. tak best lak balik tak tengok muka dia. HAHA. :D

malam tuu, rokol cam biasa. guwa tak basuh baju lagi so time rokol tuu guwa pakai seluar tidoq yang agak err buruk+ketat. badan guwa nampak macam timun yang warna kuning tuu. guwa tak expect punn Encik Ehem datang. sekali..... dia datang daa. guwa da memalu da. rasa nak menangis weyh. da laa kantoi guwa suka dia, pahtu dia boleh lak datang dekat dekat. sumpah guwa nak menangis sebab malu. uwuwuwu. :'(

malu doe. sumpah malu. speechless. rasa taktaw nak campak mana muka guwa yang comel ni. uhuk. lepas je da dapat idea mana nak sorok muka ni, guwa rasa nak nangis pulak nanti. :'(


Sunday, May 6, 2012

notes of nonsense #65: teknik menulis report berkesan

My Life As Being A Sisparians :)

korang taw tak guwa ni ekceli berhati kering tahap Dewa 19 dan blurr tahap moksya. berhati kering bak sotong kering dilelong di bazar Mara Lumut. kering bak stoberi kering yang dijual lambak di Cameron Highland. but once upon a time, si hati kering ni da menangis untuk brothers & sisters barunya which are SISPA. (*SISPA - Siswa Siswi Pertahanan Awam)



ceritanya camni, 26 - 29 april ritu guwa ada kursus kepimpinan dan pentadbiran Kor SISPA. kira macam kursus asas aa untuk semua pegawai kadet SISPA & bakal bakal pegawai which are ME & US all ahli kadet SISPA. kekuatan hari tuu seramai 46 orang.

1st day - siang tuu lepas melapor kekuatan semua we had whole day of ceramah je. bout how to mengurus & tadbir a particular Kor. then malam pakai baju number 4 (*i call it as baju power renjes) untuk majlis perasmian by our Ajutan, Mejar (PA) Mustaza Ahmad. then perkara pelik berlaku. jam Adidas purple barney guwa baru menunjukkan pukul 2330 tapi kami da dilepaskan awal untuk balik bilik. memang agak pelik aa sebab setahu aku "takkan laa baik sangat pegawai kitorang tuu nak lepaskan balik awal. ni mesti ada pape ni.". guwa da tak sedap paru paru dan buah pinggang da masa tuu. memang guwa da standby je kalau kena hukuman malam tuu. guwa balik balik je terus serbu bilik air sebab berlengaih pakai full uniform siang tadi. da syok syok guwa landing kat katil sambil menepek bedak sejuk, tetiba "weyh korang! turun cepat! ada rokol. cepat weyh. Tuan Waan tunggu kat court. 0110 semua mesti da turun pakai full u.". reaksi guwa masa tuu "fffffffffffuuuuuuu!" housemet guwa yang lain da mencarut carut da. Syafa yang tengah tekun dok menjahit butang katup terus cabut semua yang dijahit tadi. Angoh da mengarok cam Hulk da malam tuu. yelah, dorang inform ada rokol masa tuu da pukul 0106 kott. tak gila namanya? bukan senang woo nak sarung full u. nak nak tang pakai spike boot tuu. paling minimum time taken untuk sarung complete semua rasa 5min kott. nak tarik tudung lagi, pakai belt lagi. memang kalut gilaa laa kan malam tuu. macam nak terbalik jugak aa Laman D (*blok kediaman kitorang) malam tuu. masing masing berlari dengan tak ikat boot, tak pakai berette, belt entah terbang kemana mana. guwa pun malam tuu hampir keluar rumah without removing bedak sejuk. nasib baik sempat buang, kalau tak? mampoih ada yang terkejut tenuk tengok muka guwa bertepek bedak sejuk ala ala sepupu cik Ponti. time rokol tuu laa kitorang kena cuci cukup cukup dengan Tuan Lan, Tuan Zam & Tuan Waan. pasal uniform, telur, lewat masuk baris dll. lama gilakkkkkkk kott kena berdiri. guwa malam tuu da redha je kalau guwa pengsan kat court tuu. sumpah da exhausted gilaa kott. and da ada bff bff guwa yang menangis time tuu sebab telur kena lambung. T_T tak hengat bila kitorang lepas dari 1st rokol of hell tuu. yang penting balik bilik je guwa terus buka baju no 4, tak salin seluar terus tiarap tutup muka dengan bantal.

2nd day - betul betul HELL. guwa da start pikir bila nak balik kampus. sumpah penat. pagi pagi da terpacak depan tiang bendera pukul 0630. lepas nyanyi lagu semua, kena buat PT (*exercise). disebabkan time tuu mid sem break, guwa agak boncet sebab terlebih makan time balik JB so prestasi guwa time buat PT tak berapa nak memberangsangkan tambahan pula (*choii ayat macam budak literature) guwa da tak consume laxative LAX-7 guwa. so guwa agak gemok, bloat, bulat and badan ada iras iras timun. even guwa punya uniform no 4 tuu punn ketat semacam. lepas buat PT, da start da 'seksaan' kitorang. KAWAD! wuuuuuuuu panas toksah cerita aa. kalau guwa ni telur, guwa rasa da lama guwa jadi scrambled eggs pagi tuu jugak. even aku pakai sunblock SPF80 PA+++ punn rentung hangus tinggal abu. masa ni da tak guna da pakai sunblock, krim kecantikan, bedak sejuk jadah semua. kompom kompom jadi nigger jugak. pastiiii! bau semua punn da macam ffffffffuuuuuuu. hidung aku sampai da takleh nak kesan perbezaan bau da coz semua rasanya bau sama je kott: KEKAMBINGAN. :P malam tuu ceramah habis nearly pukul 12. as expected, kena rokol lagi. kali ni kaw-kaw kena cuci. malam tuu barulah kitorang rasa erti sebenar ke-abang-an (*read: BROTHERHOOD), ke-ikat-an (*read: BONDING), ke-kawan-an (*read: FRIENDSHIP). malam tuu baru aa nampak batch kitorang unite. penghulu and penghuluwati aa yang paling buat guwa rasa patah seribu ala ala lagu Shila Amzah. dengan Afy menangis nak keluar SISPA semua. sampai guwa yang tak pernah terlintas nak rasa baby are down down down down down ni punn tetiba rasa mental koyak gilaaaaaaaaaaaaaaa babeng. mental koyak rabak carik barik aa. sumpah malam tuu rasa benci meluap luap dekat pegawai yang telah 'menyiksa' kitorang tanpa belas kesian. malam tuu jelaa. sekarang da tak benci. sekarang ada rasa sayang je. :P guwa malam tuu dalam baris tetiba je nangis doe. seriuosly. guwa yang hati kering ni ada air mata jugak rupanya. tak berenti renti doe air mata guwa turun. kalah kelajuan kepala air kat Air Terjun Sg. Gabai tuu. sedih aa tengok ketua guwa, penghuluwati guwa, kawan guwa, batch guwa kena pijak pijak, humiliated, called as 'rubbish' semua. sumpah yang paling guwa broke down time Abbas and Shahrul kena bumping nearly 500 kali on their own. malam tuu jugak guwa rasa macam nak ber-bumping sekali je dengan dorang. sumpah. taknak cerita detail detail. nanti guwa nangis meraung melalak lagi kang takde siapa nak pujuk. dah lah rumet guwa takde ni haa. dok jaga orang konvo. tinggal guwa je foreveralone kat bilik 3611 ni. yang penting start malam tuu aku sayang lahh semua orang. sayang SISPA, sayang kawan kawan guwa, batch guwa semua. BROTHERHOOD. nangis sama sama, sakit sama sama. habis drama ayaq mata tuu dekat pukul 4 rasanya. balik balik bilik terus standby iron baju, kilat boot semua cz esoknya ada kawad lagi. taktaw pukul berapa tidoq sebab bangun bangun je terus buat apa yang patut, turun lebih awal dari semua orang and sambung tidoq kat gazebo bawah kat kaki lima kolej tuu.

3rd day - kawad lagi. this time guwa tak spray sunblock bagai. sakit hati sebab pakai sunblock punn bukannya berkesan. rentung jugak. so alang alang da rentung, baik hangossss terus. guwa punn da redha je tidoq tak pakai bedak sejuk kesayangan yang selalu end up dalam tersumbat bijik mata guwa tuu. pagi tuu kawad macam biasa. kawad sambil memanggang diri sendiri. guwa semangat sikit time ni sebab guwa nampak....jeng!jeng!jeng! Encik crush guwa datang weyhhhhhh! yeay! guwa beronok ronok gila ronok aa time tuu. dari monyok terus jadi hyper. and terus tak ingat apa da. taw taw je Sarjan Azhar kata kitorang kena buat kawalan kehormat. and time praktis kawalan tuu, sambil sambil menengok Syuk bagi command sambil terkelip kelip kat depan, guwa nampak Encik Ehem kat celah celah bangunan watching the flow. again, guwa hyper. happy gilaa kott dapat tengok muka dia! :D then malam tuu ada raptai penuh. Syuk tak jadi bagi command untuk kawalan. but the place goes to Abbas. Syuk juz amek command time dalam dewan je. havoc gak aa raptai malam tuu cz Abbas tak habis habis pose mencocok VVIP je. :D pastu...nampak lagi Encik Ehem! waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... terus tak ingat dunia da. :P malam tuu takde rokol sebab da sibuk dengan raptai kawalan so Tuan Lan lepaskan kitorang awal sikit cz esoknye ada ujian kawad. taklah awal mana punn, pukul 0200 gak baru keluar baris. balik bilik terus iron uniform kasi tajam, boot kasi macam cermin then berkawad cam orang menggelibut dalam rumah.guwa berselang seli tepek bedak sejuk sambil  menghafal command. around 0300 baru memasing tidoq. before tidoq guwa imagine Encik Ehem tengah supersaver dengan marka dia. huhuh. sedih sejenak. T___T

4th day - ujian KAWAD! bapak aa personal drill guwa macam dem. sumpah macam dem dua juta lemon kuasa lapan. siap gelak ketawa lagi time bagi command pada diri sendiri. arghh! then blushing and nervous sejenak bila pusing belakang nampak kelibat Encik Ehem. perghhh! terus berterabur guwa rasa guwa bagi command dekat skuad. demmmmmmmmmmm. =.=' oke lupakan. time Jijah and Boron amek baris, kitorang satu platun Charlie semua masuk baris as moral support laa disebabkan dorang dua orang injured kott. da tertempang tempang da guwa tengok time personal drill. paling guwa kesian kat Boron aa. kaki dia bengkak macam orang kena sakit untut (*bahasa Joho. bahasa saintisnya: elephantitis). time dia personal drill, sumpah guwa gigit gigi bila tengok muka dia merah tahan sakit. then habis ujian kawad, kitorang ada ujian bertulis pulak. nasib baik pagi tuu sempat korek soalan bocor dari Tuan Mus, so dapat aa jugak jawab ujian bertulis walaupun guwa tergaru garu kepala jugak jawab certain Qs. kalau tak disebabkan guwa pakai tudung, rasanya da botak da kepala ni guwa keruk. and mesti da berterabur furball guwa produce dari sesi menggaru kepala tuu. petang tuu tiba laa masa yang dinanti nantikan. KAWALAN! before masuk baris, kitorang dapat gloves, bulu jagung and bib yang macam baby pakai untuk makan tuu. rasa semat pulak bila pakai glove, bulu jagung and bib tuu. walaupun hakikatnya jari guwa nampak kontot macam minnie mouse bila pakai glove tuu. and then, pusing belakng nampak Encik Ehem ada kat kerusi belakang tengah tengok budak budak bersiap pakai bulu jagung untuk kawalan tuu. again guwa hyperrrrrrrrrrrrrr dua juta lemon kuasa sebelas. :D tapi sedih sikit, da pakai bulu jagung semua, semat semat tapi tak dapat nak snap pic buat bahan mencapub sebab guwa tak bawak Samsung Galaxy Tab Champ guwa. after kawalan, semua masuk dewan. guwa dikepit oleh Abbas and Jen kat row depan sekali. mata jangan cakap laa. macam apek da tahan ngantok punya pasal. eyebags jangan cerita laa. bukan takat eyebags je, kontenabags da. memasing da jadi the walking dead. tinggal tak buat perlahan jalan je. kalau buat perlahan jalan kompom memang da sah menggelibut semua jadi zombi the walking dead. :P before bergambar dengan VVIP, Encik Ehem masuk dewan. da siap siap semat semat pakai jeans semua nak balik. wuwuwuwu. guwa sedih. sumpah after Encik Ehem balik, guwa terus takde mood. monyok macam asam kecut kat koop Delima. :( after bergambar and VVIP balik, Tuan Lan and Cik Zaza bagi 8.9 patah kata then bersurai. sambil menunggu bus UiTM, memasing bagi posing mauttttttt kat depan pintu kolej Jasmine Puncak Perdana tuu. dan guwa punn dapat jugak laa barang sedas dua gambar untuk dibuat bahan mencapub selepas ditag kat FB. sekian saja report saya. terima kasih.

US :)

SAYANGGGGGGGGGGGGGGGGGG KORANG :*