Tuesday, July 16, 2013

notes of nonsense #120: virus bedak sejuk

assalam. tengok title pun da taw an guwa nak membebel apa. opchoii laa pasei bedak sejuk thanakha yang da viral sekarang lepas hot mommy Nora Danish promote an? so guwa ponn tak ketinggalan laa nak rasa tergoda and menjebakkan diri dengan bedak ni.

takde gambar nak tunjuk since guwa pakai fon murah je. siap ada lampu suluh kott kat atas fon tuu. tinggal tak boleh nak transform jadi transformer je. guwa pakai tanaka warna putih, bau jasmine. 1st impression, hmm since it's yang 40g, so me was like, oke, bekas je besaw tapi ekceli, bedak kat dalam tu sikit je. dalam berapa cm je deepness bedak tuu dari lid bekas.

secondly, 1st use. on the day guwa 1st pakai tuu, tengahari. around 2 hours before guwa berangkat pulang ke kampung halaman. so dapat je bedak tuu, guwa terus pakai laa. cara pakai, elok pakai kat singki laa sebab senang ada air mengalir and kalau comot or staining, boleh terus basuh. 1st, lembabkan muka dengan air. guwa pakai lepas mandi and cuci muka semua. basahkan tangan, and colet bedak sapu kat muka. repeat sampai lebam. guwa biasa bawak pakai tidur. oh ye, lupa nak cakap. bau jasmine tuu macam india sikit. guwa tak suggest ah beli bau ni. sakit hidung, menusuk kalbu. eh berbalik kepada apam balik, nak cuci pulak, guwa biasa buat double rinsing sebab bedak ni agak melekat pada kulit and maybe sebab guwa pakai milky cleanser, so kena double rinse kalau nak bagi betul betul bersih dari sisa bedak ni.

err, as result may vary according to individuals, ekceli, guwa tak sesuai kott pakai bedak ni. before bedak ni, guwa memang pakai mask rumpai laut. pakai waktu tidur and kulit guwa, boleh dikatakan agak licin and smooth. but, bila da pakai bedak ni, errrrrr kulit guwa jadi kasar gila and da tak licin. jerawat pun start tumbuh and paling teruk, pores guwa terbuka dengan besar dan banyaknya. before ni guwa memang takde problem pores terbuka ni. and whiteheads tumbuh melata. i've turned to gorgon oredi. siyes, kulit guwa tak sesuai dengan bedak ni. maybe kulit guwa jenis combination dry-oily and sensitif. bedak ni ponn agak drying ekceli. kalau kulit normal or oily sesuai maybe. guwa tengok jugak review before beli, semua orang with different skin types, semua kata bedak ni oke. 1st pakai da lembut tapi maybe guwa yang alah pada bahan bedak ni, so my skin reacts differently. 1st pakai, pores da terbukak and kulit jadi kasar and super kering.

so da jadi gorgon camtu, guwa ponn sedih laa. semalam time keluar beli makanan berbuka, orang bazar tuu siap tanya kenapa muka guwa camni. dari jauh nampak oke cuba bila da datang dekat, tengok in high definition, bapak teruk kott. menggerutu. TT_____TT

so, guwa ponn pergi laa guardian beli cleanser baru yang ada hyloronic acid and toner untuk kecikkan balik pores kat muka guwa ni and start balik pakai mask rumpai laut. wuwuu.. sedih.

readers semua kalau yang memang terlintas nak beli tuu, jangan laa pulak rasa turned off bila guwa cakap camni. results vary according to individuals kann. maybe guwa pakai tak elok, maybe korang pakai pulak elok and gebu je muka. guwa tengok ponn, rata rata yang pakai cakap bedak ni elok, ada tuu kulit memang licin lepas pakai. guwa je special case. and to be safe, better beli yang kecik dulu. kalau tak sesuai pakai, tak rasa menyesal parok sangat. boleh je let go kat sesapa dalam 3, 4 hengget.

huu.. lepas ni memang taknak da laa guwa try macam macam. stick jelaa kat rumpai laut ni. kalau kulit da sensitif tuu, stay jelaa diam diam kat rumah sambil menempek rumpai laut ye cik faraa. sobs sobs. :'(

P/S: baru nak try bedak Kryolan. tapi since muka da teruk macam raksasa gorgon, terpaksalah tunggu kulit muka sembuh dulu and licin balik. :'(

Saturday, July 13, 2013

notes of nonsense #119: persediaan sebelum kawad

assalam stalkers. seperti mana yang da guwa kabor sejak turun temurun lagi, ekceli, guwa ni student unit uniform. SiSPA to be exact. or stand for Siswa Siswi Pertahanan Awam under Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). tak perlu laa nak cerita pasal sejarah JPAM laa an. sebab ni belog guwa, so kalau korang nak taw pasei sejarah JPAM, korang boleh laa Google terus belog JPAM ye dak. :P

life as student unit uniform? well, hectic. kadang kadang tension. sebab nak kena fokus faculty, kena fokus tugas sebagai anggota uniform lagi an. but, overall, fun overcomes hecticness. memang busy and tension, but bagi guwa, i worked well under pressure. bila kita pressure, baru kerja jalan. baru laa kita discover yang diri kita ni capable of multitasking. mula mula memang agak gelabah jugak laa, and honestly, on my part, rasa nak mencarut dan give up tuu sangat tinggi. nak nak bila hujung sem, coursework berlambak and at same time, kena kejar rollcall, kena pergi kursus, kena jaga anak buah. tapi bila guwa duduk sensorang, guwa pikir balik, kalau guwa tak masuk SiSPA ni, guwa tak sampai tahap ni.

dalam uniform ni, kita baru kenal ramai orang dari fakulti lain lain. macam guwa, kalau guwa tak join SISPA, rasanya guwa maintain jelaa duduk dalam tempurung budak Law. duhh boring. bila bercakap, mesti isu politik. paling tak, lacunae in law. takpun, law kat negara lain. why tak apply kat Mesia etc etc. dalam uniform gak, kita dapat experience and learn something new. bukan something, many things. guwa dapat berkayak, pergi naik gunung, ascending and repelling, berkawad (*kawad best ooo nak nak bila belajar new moves eg: kawad tongkat, formasi*), survival, macam macam ah. best sebenarnya walaupun kadang kadang tuu cuti sem jadi pendek or tak dapat balik cuti or as always, risau assignments bertimbun.

since guwa ponn nak pergi kursus Isnin ni, kat ALPHA Bangi untuk kursus PTB (*pegawai tak bertauliah) and kursus metodologi kejurulatihan untuk completekan silibus guwa before dapat tauliah jadi Lt. M (PA) Faraa Chan bulan Ogos ni, guwa list down laa essentials before nak pergi kursus. mostly preparations untuk sepam dua aktiviti kawad.


  • calamine lotion - buat preparation kalau kalau melecet, kena gigit nyamuk, allergic reactions, ruam etc. kadang kadang tuu kalau burning kat soles, guwa sapu jugak calamine kat tapak kaki lepas kawad. cooling agent. tapi opchoii laa tak sesuai buat sapu kalau kena cramp. cramp pergi sembur Perskindol laa bang. sapu calamine da kenape. --,--
  • aloe vera gel - guwa bese beli yang botol kecik je. sebab memang buat stok untuk travel for kursus. agak penting. untuk sapu kat muka sebelum tidur for purpose of reduce sunburn and pedih kat muka sebab over sweat. guwa kalau sweating banyak sangat, guwa tend to rasa pedih kat misai guwa. so memang simpan je aloe vera gel dalam beg. and emergency tool to substitute as moisturizer. sweating an, so kulit kering. so apply laa banyak sikit since guwa tak bawak moisturizer or collagen mask during kursus untuk kurangkan luggage. sebelum tidur, lepas cuci muka, tepek banyak banyak. then tidur.
  • talcum - guwa guna bedak cap Drypers je. untuk mekap dalam masa 2 saat. tabur, gosok dan tepuk kat muka. dan siap. terus sarung uniform and siap sedia berkhidmat. untuk sapu kat kaki before sarung boot untuk reduce kebusukan dan keharaman bau kaki. and sapu before sarung uniform untuk tujuan mengurangkan bau pahit maung ketiak and mengurangkan kegatalan dan ruam akibat berpeluh.
  • tumbler - a.k.a botol air. bukan tumblr yang korang dok reblog reblog gambar tu. bukan. penting bawak botol air. since kadang kadang kat kelas nagntuk, nak tunggu break lama lagi, so sambil sambil menyorok kat seat kosong and melentok untuk tidoq, boleh laa togok air dulu.
  • minyak angin - guwa suka bawak balm panas. senang, tak melekit. takde purpose yang penting ponn. lepas kawad seldom sakit sakit urat an. so boleh laa sapu. kalau pandai kipas, boleh laa dapatkan urut free dari teman teman se-uniform. guwa lak, memang before tidur suka sapu balm panas kat kaki. so bangun pagi esok, kaki rasa rejuvenate and tak lenguh sangat.
  • canvas bag - tak payah besar sangat. enuff kalau canvas bag yang korang bawak pergi Tesco hari sabtu tu. buat isi barang eg: buku nota, pen, botol air, telekung, henfon masa pergi kelas.so takdelaa penuh tangan or susah nak kelek barang barang tiap kali break or nak pergi kelas.
guwa rasa tu jelaa kott sidekick yang penting before pergi kursus. besides bawak other essentials eg: baju kecik, baju besar, uniform, boot segala tuu. oh yess, sunblock tak termasuk dalam list barang penting guwa. sebab duhh, trust me, korang hanya akan pakai sunblock paling kuat ponn 2 hari kursus. pastu, takkan ada masa punyalah nak pakai sunblock. sebab bangun pagi da penat, berkejar nak pergi PT, bekpes semua. so korang akan skip gak pakai sunblock. lagiponn, pakai sunblock, pastu bila solat, cuci muka gak an? tanggal jugak. pastu still takde masa nak reapply. and thirdly, on ground of, pakai sunblock ponn, rentung jugak. baik surrender and takyah pakai je. :P

P/S: even dimaklumkan since bulan puasa, kawad akan buat malam. still, tak rela nak balik Shah Alam and pergi kursus. guwa rasa masih lagi nak berpuasa sambil bernaung bawah ketiak mak guwa. wuwuuu.. TT___TT

Thursday, July 11, 2013

notes of nonsense #118: ramadhan

assalammualaikum and salam ramadhan. waktu sekarang da 2333. so, stalkers semua, ampa da puas melantak ke hari ni? guwa diet bhaii. tak berapa nak melantak sangat laa. ecehh. kunun. taktaw guwa jadi hantu kat rumah dok perabih lepat pisang sepiring. huahua.

ramadhan. party of ibadah. so banyakkanlah ibadah ye anak anak. bulan berkat kan. ramadhan senang sikit kott nak jadi starting point nak beramal since syaiton nirrojim semua takde kan. masa nilah nak train nafsu kita. kalau sebulan kita mampu beribadat and kawal nafsu, mesti time bulan lain ponn boleh an. guwa ponn tengah berjinak jinak dok menghafal ayat ayat hafazan. sekarang tengah cuba hafal Al- A'laa. nak buat witir an. so takdelaa just rely on ayat lazim yang pendek pendek or rely on imam je untuk baca. :)

btw, sekarang ni tengah restarin and train nafsu untuk jangan sesuka hati tune in channel AFC and tengok rancangan masak memasak. wuwuii. susah betoi untuk taknak bagi terliur tengok Anna Olson punya dark chocolate mousse. mama guwa kata makruh weii tengok sampai terliur liur. arghh. pasni kena tunggu berbuka kott baru boleh tengok AFC. aigoo. -,-'

*meringue choc cake. terliuh wehh. nak nak banyak pulak berries*
so, kepada yang berpuasa tuu, selamat menjalani ibadah berpuasa laa ye. yang gastrik pulak, jangan jadikan gastrik tuu alasan taknak puasa. except kalau betul betul tak mampu. and try laa minum yakult time sahur. maybe boleh kurangkan sikit gastrik tuu.

eh, jangan lupa minum air banyak banyak oke. so our body maintains in isotonic condition. takdelaa kes darah pekat sangat sampai asek sakit kepala. or extreme dehydration. or in my case, skin breakouts and kesukaran untuk membuang. keh. selagi tak cukup 2 liter, memang muka guwa jadi bulan laa gamoknya. berkawah kawah. jamban ponn sunyi je sebab guwa tak singgah. kahkah. :P

so eberibadi,
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
semoga ramadhan kali ni, lebih bermakna dari yang sebelumnya. <3



bye. :)

Saturday, July 6, 2013

notes of nonsense #117: taken for granted


mengapa perlu membenci sedangkan kasih sayang tu kan lebih indah. we always have options kan. antara nak atau taknak je. take it or lump it.

sepi bukan bermaksud hilang
diam bukan bermaksud lupa
jauh bukan bererti putus

aku punya dua mata yang selalu tidak melihatmu
dua tangan yang tidak akan selalu memimpinmu
dua kaki yang takkan selalu dapat berjalan bersamamu
tapi aku ada satu hati, yang akan selalu mengingati, menyayangi dan mendoakanmu.

#HappySabtuday

Monday, July 1, 2013

notes of nonsense #116: timeline

malam ni mood swings sikit. bila tengok gambar gambar lama sambil dengar lagu Baby I'm Yours - Arctic Monkeys, rasa sedih pulak. cepat betul guwa da membesar.

As an ASASIAN (2010-2011): 


*one of the happiest moment. to know you and athira. sad that we can't be like we used to be, then.*





*O-ians. sekarang taktaw mana menghilang semorang*

Schooldays. around form 2 masa ni. (2005-2009)

*zaman mmumaiyiz. somewhere around form 2. kott. huduh. duhh*


somewhere around 2nd sem degree. 1st sem tak pakai tudung lagi. so err taknak letak. (around end of 2011 to early 2012)

*baru kenal kott dorang ni. 1st sem masing masing dok kolej lain*
*ohh ini time pentauliahan kat UMT*

and maybe in the future:
*tuu bukan guwa. tapi mungkin berlaku pada guwa. hopefully. buat puppy eyes*

footnotes: since zaman sekolah till now, guwa dapat spot similarities: guwa masih lagi have faith on people despite of, being taken for granted. and still having that same look in my eyes. emptiness. :)