Sunday, July 29, 2012

notes of nonsense #82: slowpoke

assalammualaikum. orait. jangan nak hipokrit sangat. tetiba je mood muslimah pulak memalam ni. mentang da kenyang terus on mood muslimah. :P

firstly, selamat berpuasa. *slowpoke*. secondly, sorry sebab da lama tak hapdet belog ni. mesti stalker semua rindu kat guwa kan? *garu ketiak*. guwa da kat rumah, cuti sem yang panjang berjela ni mematikan semua pertumbuhan neuron neuron dalam otak guwa. so guwa takde bahan nak di-hapdet untuk para stalker sekalian putaralam.

setakat hari ke-9 puasa ni, perasaan guwa sangat laa sayu di ambang syawal. tetiba je dapat hidayah nak berubah. *ececece*. like seriously, guwa nak berubah laa der. tak nak da freehair freehair segala. guwa nak pakai tudung je selagi badan guwa dikandung daging. mesti laa dikandung daging, kalau dikandung lemak macam not sure pulak. almaklum daun selom, lemak guwa da semakin mengurang sejak makan Herbalife ni. turn 4kilo tuu. jangan memain. naik sem depan badan aku kompom macam Kim Kardashian. :P

*dua hari berturut makan benda ni. mimpi laa nak badan macam Kim :P*
and guwa juga da berazam nak jadi baik. penat aa jadi jahat. boring. buli orang, tapi jiwa kosong jugak. so pe kata kalau jadi baik je kan? dapat pahala lagi. sepanjang ramadhan ni guwa aim nak khatam quran. setakat ni da nak masuk Surah Al-Maidah da. guwa baca mengensot ngensot. nak lelaju memang tak laa kan memandangkan realitinya guwa bukan orang arab walaupun sejarah mengatakan yang moyang guwa memang orang arab. guwa ponn unsure tang mana yang arab nya tuu. cam takde je pada diri guwa ni. guwa saspek ciri ciri arab tuu ada pada buah pinggang guwa. guwa yakin habis laa buah pinggang guwa ni keturunan arab.

berbalik kepada apam balik, selain misi me-muslimah-kan diri, guwa juga on mission untuk putihkan balik kulit guwa yang terlebih garing since guwa sunbathing dekat UMT dulu tuu. big boss and mem besar guwa ponn dengan jayanya telah meng-invest angpaw gaji mereka membelikan guwa full set pencerah muka Nano White. nampak tak elemen menganjing disitu? mungkin guwa terlalu rentung barangkali, tuu yang mereka lincah je beli set putih kulit untuk guwa. sebelum ni, dorang mana nak belikan guwa krim krim segala ni. sebab kedua dorang bagi pulak, guwa saspek dorang berharap guwa dapat mendapat iras iras Diana Danielle lepas pakai Nano White tuu. kompom. yelaa, kalau tengok dari sudut pandangan atas, memang jelas lagi nyata muka guwa ada iras Diana Danielle. so untuk lebih nampak lagi ke-kembar-an guwa dengan Diana Danielle, guwa kena laa tabur selonggok Nano White kat muka, ye dakk? :P

*me during sunbathing at UMT. ignore babat yang terdapat di merata rata tempat*
fuhh banyak jugak guwa da hapdet ni. dalam kegersangan otak guwa di ambang ramadhan ni, ada jugak terkeluar idea nak menge-post *clapclap*. ekceli banyak lagi guwa nak hapdet ni, tapi nanti dulu aa. bila benda tuu da kompom jadi, da tak kelabu kelabu taik cicak kubing lagi, da orait cantekk semua, guwa kasi up kat sini aa. oke laa geng. jari guwa ponn da senak da menaip. chow aa. boboi.


*me during 8th day of fasting. stranded dekat kedai tayar sebab kereta pancit. ffffuuu!*
PS: overall weight loss guwa 7kilo. balik balik JB semua cakap guwa da kurus, athletic bagai. terima kasih kepada Herbalife. psssttt. sekarang guwa rajin mesej Hazim Babyface. dia ponn cam oke je melayan guwa. siap call me maybe dengan guwa satu malam tuu. hihi. suara dia comel gilaa siot. loike loike. :DDDDDD

Friday, July 20, 2012

notes of nonsense #81: nomnomnomnom


ek ehem. eheh. comel kan baju peach tu? hee. xD

Thursday, July 19, 2012

notes of nonsense #80: kecomelan


oke. ini COMEL. guwa jumpa dia kat terengganu time pentauliahan sispa. nama dia Hazim. kontinjen sispa uniKL MIAT. hehe. :D

Wednesday, July 11, 2012

notes of nonsense #79: why? why? why?


kenapa aku tak nampak NASI? why? why? why? kenapaaaaaaaaaaaaaaaa...... TT____TT

Sunday, July 8, 2012

notes of nonsense #78: sleepy sunday

*tuan tanah kedaung*
P/S: guwa masih dalam proses memakai tudung. dan juga me-ladies-kan cara pemakaian guwa. :)

Saturday, July 7, 2012

notes of nonsense #77: speechless saturday

BEFORE/DURING EXAMS:

*makan megi cuz nak cepat- jimat masa belajar katanya*

*dinding penuh dengan notes - belajar sambil baring katanya*

*memalam study. makan mufin segera je mampu - again kunun  malas turun beli makan cz nak study*

*gila study siaaaaa. sampai tidoq kat lantai bebagai*


*timetable exam buat wallpaper kat lappy and fon *
AFTER EXAM WEEK PASSED:

*pangkah semua notes kat dinding. packing things like a boss. timetable first sekali kena pangkah*

*da beraya dulu. orang belum puasa guwa da rasmi biskut raya dulu*

*tak main da mufin segera. pergi PKNS semata mata nak beli homemade freshly baked muffins. tak peduli da jimat masa ke tak*

*yamseng-ing my merdeka-ness from the 2nd sem exam papers with cupcakes. harhar*
by the power conferred upon me, i hereby declare myself, free and independent from the law final exam papers for this term. till we meet again in third sem. Merdeka and all hail Faraa. xD





Friday, July 6, 2012

notes of nonsense #76: between the curtain

I'm far from sensitive, but after spending so much time with him, falling in love, falling apart, making mistakes, and growing apart after a year of not seeing or talking to him... listening to this song brings tears to my eyes as I finally listen to the lyrics and realize it now fits my life..




truth is, i miss you LeeLee. i miss you all this while. after those years, i realize that you're the one who makes my world, makes me tears, laugh, teach me how to stay put on my weak feet. i miss you LeeLee. all those years without you, is hurtful enough. did you know it breaks my heart just to see you go that night? did you know that it takes all my breath to see you walk away? i've been missing, wanting and waiting you all this while, Muhd Fadhli. :'(


*esok final Consti II weyh. mampos lah. baca asek tak masuk je. cemano nak masuk kalau asek layan perasaan je. :P

Sunday, July 1, 2012

notes of nonsense #75: mission possible: DIET

sekarang guwa ada misi baru: KURUS. lalala. macam mustahil kan? guwa ponn firstly rasa mustahil gak coz guwa rasa guwa da cukup curvy and lawa gilos 40 juta lemon da ni. (*duhh. hakikatnya TT__TT)

berbekalkan senjata set Herbalife yang telah di-promote dengan jayanya oleh Elyn si roomate tegar yang bertapak di tingkat atas katil double decker 3611 (*takyah nak promote dengan berjaya sangat laa kan. ekceli guwa ter-induce membeli sebab kecik hati bila ada orang cakap guwa da tak comel macam dulu. cisdale sungguh insan itu =.= ).

setakat ni guwa rasa oke laa. guwa da 6 hari da start diet Herbalife ni. mula mula start kemain lagi pergi borjogging kat stadium bagai. siap bawak spike Nike lagi semata mata nak jog sesedap kat atas trek. masuk hari ketiga, mampoih semua killer paper. takde maknanya weyh nak jog jog ni. guwa warm up dalam gebor je kat atas kerusi. (*nak jog takut kang malam nanti ada yang terbongkang tak bangun bangun)

hmm sepanjang berdiet ni, rasanya rutin harian guwa banyak da berubah. guwa strict betul consume setakat ni. yola, benda mahal weyh. rasa tak berbaloi lak beli kalau effects tak seberapa sebab salah sendiri yang pemalas donkey. pagi pagi celik je mata, belum sempat taik mata jatuh ke bumi, da dengar da guwa menggoncang shake and togok aloe vera. pahtu dengar laa guwa bukak langkah seladang terjah tandas. guwa taktaw whether metabolism guwa ni tinggi or Herbalife ni memang berkesan ke hape, but seriously memang cepat gila kott effect kat perut guwa. tak sampai 2 minit consume aloe and shake, guwa da buat bisnes pelaburan amanah dekat Amanah Saham Teratai. guwa sekarang bangun awal der. around pukul 7 tuu da bangun consume Herbalife - togok shake, aloe and buat teh bebagai. yola, kalau consume benda tuu awal awal pagi, so nanti guwa dapat lunch awal awal sikit. sebab after consume shake tuu, kena ada interval 4jam before guwa can consume makanan ruji kesayangan guwa - nasi tapi time pokai Megi whether Mee Sedaap kari atauponn Ruski tomyam kaww ehsan sepupu guwa.

berbalik kepada apam balik, ekceli guwa takde laa hingin sangat nak kurus ni. just sebab nak bagi badan ni fit sikit je and main reason guwa pakai Herbalife ponn sebab nak improve skin conditions guwa. macam da teruk sangat guwa rasa. jerawat membiak dengan jayanya, tambah lagi dengan kulit sensitipnya, pahtu merah merah macam kena melad bebagai. naik segan pulak guwa nak keluar bilik. kalau tak disebabkan kewujudan BB Mousse, guwa rasa memang da lama da guwa pakai topeng muka pergi berjimba and jenjalan.

*ini stok makanan guwa before ber-Herbalife
*ni lepas ber-Herbalife. wholegrain bread der. impressed with myself
*oke serious guwa da boleh bukak farmasi kat Teratai.
ahah. wait and see jelaa camne gamoknya conditions guwa lepas seminggu ber-Herbalife. guwa tunggu tunggu jugak perubahan kat diri guwa ni. mana ke taw, seminggu lost 6kgs. tak melompat mak apak guwa tengok guwa balik rumah nanti. so setakat 6 hari ni, gamoknya skin condition guwa macam da improve sikit. opens pores da closed sikit, jerawat da tak hyperactive sangat. badan guwa ponn da cam ringan ringan sikit. just rasa bloat sikit kott sebab since consume Herbalife ni guwa togok almost 5liters water daily kott. tapi jeans nampak aa significant longgar tuu. muka ponn da macam orang sikit da. :)

anyway, guwa happy je consume Herbalife. selain sedap (*compared to other laxatives yang pernah guwa try, ni yang paling boleh blaa in the taste and texture). and effects dia ponn laju semacam. nampak laa muka tuu berseri sikit, jeans longgar and tetiba pulak ada body curve. sebelum ni badan macam pembaris. guwa rasa pembaris ponn tak setegak guwa. =..=

so tunggu jelaa esok. esok cukup seminggu je guwa plan nak lelaju and lelincah gi Giant pergi timbang. kalau ada perubahan, maka guwa akan bersorak riang ria raya. kalau takde, maka officially guwa akan buat ekspresi TT______TT sambil membantai Elyn si taiko Herbalife SISPA yang telah menggoda guwa memborong Herbalife ni. :P