Sunday, October 28, 2012

notes of nonsense #99: tragedi tak boleh balik

words of the day: TIKET KE SHAH ALAM BUAT MASA TERDEKAT HABIS. HARAP MAKLUM.

fffffffuuuuuuu! guwa rasa nak mencarut jugak kann. every counter bus yang guwa tanya tiket takde. demmit. baik pasir gudang, larkin and sri putri. sampai ke pontian kott carik tiket semata mata nak balik shah alam. but takde gak. mama guwa memang nak hantar tapi cannot. adik guwa yang sekolah menengah tuu exam isnin nanti. so, guwa kena balik hari isnin 9.30 pagi. tuu ponn tiket paling awal laa yang guwa bole jumpa. huu, sisparians semua.. sorry. seriously memang guwa nak sangat balik doe. tapi tiket takde. guwa tak tipu ni. betul tiket takde. guwa sendiri ponn tak expect tiket semua sold out. :(

Sunday, October 14, 2012

notes of nonsense #98: mimpi


Bintang bertaburan di langit malam. Langit hitam pekat menjadi kamar dua insan sedang menyulam kasih dan rindu yang telah menggunung sekian lama. Lebih 2 tahun mereka menanti dan malam ini, mereka telah bersama kembali. Faraa baring menghadap tubuh Lee. Menatap matanya bagaikan mahu meluruhkan segala bebanan rindu dan bebanan emosi yang telah ditanggung selama ini. Figura tubuh Lee yang sedang berbaring di sebelahnya di atas padang itu masih lagi sama seperti dua tahun lepas. Rambutnya masih lagi spike, baunya masih lagi haruman Adidas yang sama, tingginya masih lagi membuatkan Faraa mendongak ketika memandangnya, tubuh itu masih sama ketika terakhir Faraa melihatnya, mata itu masih sama, kuyu dan redup macam mata Garfield, dan perasaan itu masih sama seperti sebelum mereka terpisah.

Lee memandang Fara dengan Garfield eyes-nya. Lama. Pelukan dieratkan. Bibirnya pantas melekap di dahi Faraa. “ I love you, baby..”

Faraa memandang mata Lee. Tapak tangannya mengusap kedua dua belah pipi Lee. Faraa masih lagi terkesima dan akhirnya perlahan lahan, bibirnya mula menguntum senyum. “I love you too, b..”

Dan figura Lee yang tadinya crystal clear, bertukar menjadi bayangan kelam. Semakin hilang dan akhirnya, hanyalah tinggal Faraa keseorangan. Bintang sudah tenggelam, bersama hilangnya Lee dari pelukan. Hanya ayat terakhirnya yang masih kedengaran menjadi simbolik perpisahan.


P/S: guwa taktaw kenapa guwa boleh mimpi camni malam tadi. ekceli, malam tadi before tidur guwa berdoa, "aku serahkan Lee hanya dalam jagaanMu Ya Allah. kiranya ada jodoh kami, maka kami akan kembali semula.". rasanya camtu laa doa guwa malam tadi. tetiba boleh pulak dapat mimpi camni. then after cakap iloveyou too tuu, terus mimpi tuu hilang. hmm. petunjuk ke? kalau ya, apa maknanya?

Saturday, October 6, 2012

notes of nonsense #97: tragedi oktober

may October this year be better than the last. i really hope that. sebab guwa rasa bulan Oktober ni bulan paling berat (a.k.a suwey). bulan Oktober paling banyak ah dugaan guwa rasa. sakit, assignments, tests, debate, presentations, member member guwa bergaduh, guwa bergaduh besar dengan Kurt and Harraz sampai Kurt gunting rambut segala, orang sekeliling guwa sibuk putus cinta even da couple lama, etc etc. yang paling suwey time Oktober is, well Oktober 2 tahun lepas guwa break dengan Lee. huhu. 30 Oktober 2010. uhuhuhuhuhuuuu. :'( salahkan Awie kalau Oktober korang suwey jugak macam guwa. kalau Awie tak nyanyi lagu Tragedi Oktober tuu guwa rasa ada probabilities yang bulan Oktober takkan se-suwey sekarang. :P

lagi satu, laptop guwa baru je lepas masuk air Teh O. nasib baik Teh O tuu tak panas and tak berapa nak manis. kalau tak kompom ah melekit laptop guwa. silap silap semut berumah tangga dalam laptop guwa ni. nampak tak ke-suwey-an Oktober dalam konteks diatas? October last year laptop guwa jatuh. this year laptop guwa ngeteh air Teh O pulak. segelas besar pulak tuu. tuannya tak sempat nak minum laptop da minum dulu. nasib baik guwa sempat willie-kan laptop ni so air tuu tak sempat sangat nak meresap masuk motherboard. gila kau kalau masuk. memang tak ber-laptop laa guwa lepas ni. so far keyboard oke lagi. boleh lagi type post untuk blog sampah ni. walaupun huruf melekat lekat kat underboard time menaip. and bunyi macam yekkk sikit. just touch pad yang guwa rasa prob sikit. tak berapa nak detect da. cursor ponn lari. ni guwa kena pakai mouse. hmm harapnya esok guwa bangun, da oke laa laptop guwa ni. :'( sedih woi kalau rosak. baru bulan Jun aritu Mario (*nama laptop) guwa sambut birthday ke 2 tahun.


*Marioku sewaktu sihat :'(*
please baby. hold on to Mamma. me loves you so bad. huwaaaaaa Mario cepatlaa sihat balik. :'(