Tuesday, May 27, 2014

notes of nonsense #125: human

assalammualaikum. *tiup habuk* lama gila kot rasanya tak hapdet belog sampah ni dengan sampah baru ye dak? muehehe. busy meneruskan hidup. busy survive. pehh ayat taknak drama kan.

okaylah. guwa menaip ni ponn sebab arini kat tempat kerja tak busy, tak banyak benda dan order boleh dibuat. guwa siap berjogging dalam opis, makan bekpes, buat nestum entah berapa round sampai naik kembung perut ni. tak jugak ada kerja. eh, btw guwa sekarang wanita berkerjaya anggun bergaya chuols. haha. bergaya laa sangat kan. tapi bolehlah. wardrobe guwa dah ditransform dengan jayanya. takde dah skinny jeans lusuh2, tshirt kartu kartun tu sejak menjebakkan diri dalam arus fesyen semasa ni. kah. cuma kekadang datang lazy days tu, terbabas jugak laa guwa datang kerja dengan jeans super lusuh dengan band tees.

live guwa sekarang? well. alhamdulillah. busy tapi guwa rasa bahagia. even banyak jugak perkara sedih berlaku akhir akhir ni. like, pre mid-life crisis - kena tinggal dengan bestfren, masalah kerja, masalah study. kadang kadang guwa rasa nak give up pun ada, rasa macam nak jalan kaki, stop kat tengah jejantas seksyen 7 tu pastu terjun atas lori kontena, bajet macam Angelina Jolie dalam citer Wanted. haha. kalau tak kuat iman, kalau tak ingat dekat Ma dan Pa, guwa rasa gila jugak guwa sensorang kat sini. dala sekarang tengah cuti Gawai. student semua almost all balik kecuali guwa. sedih tak sedih tak? nasib baik ada Khun dengan Jeb, monyet merah yang guwa angkat drp Encik Nik. guwa tengah berfikir fikir lagi nak bela pet dalam bilik. maybe sugar glider ataupun hamster since semalam masa otw balik kerja, guwa nampak ada kedai jual pet dah bukak kat tepi Giant tu. hehe.

berbalik kepada apam balik, tujuan guwa bukak balik belog ni is to dedicate something to someone. yelah, belog guwa ni kan banyak buat dedikasi kasih sayang sejak zaman letusan Big Bang lagi. kah.

"i hope, our relationship will be better after this. saya bekerja, awak pun bekerja. saya nak juggle between kerja and belajar. so saya minta maaf sekiranya saya dah tak dapat dengan awak selalu, tak dapat nak mesej, nak whatsapp semua. keluar pun dah jarang. not like i'm lacking passion or what not. saya cuma, sibuk dan penat. i trust you. i trust you to take this well. kita sama sama dah besar. biarlah hubungan kita ni lebih matang. saya tahu limit saya, dan saya harap, awak begitu juga. hanya Allah sebaik baik penjaga. ingat Allah, jangan lupa baca Al Quran yang saya hadiahkan dulu tu. saya tahu murah tapi, bukan kena bayar pun kan kalau appreciate hadiah tu. dapat pahala lagi. hehe. may Allah bless us and our family too. may Allah ease our path. if tak ease pun, biarlah Dia jadikan kita cukup kuat untuk menghadapi dugaanNya. Amin. much love, bubu Arissa"

ahh guwa dah start busy balik. so bye. tata. see you next time. :*

0 comments:

Post a Comment