Tuesday, September 16, 2014

notes of nonsense #127: the five golden rules

assalam. guwa tak pasti belog guwa ni ada orang nak baca ke tidak tp, err tak kisahlah. guwa nak buat post jugak since ni satu satunya medium yang boleh buat guwa tak serabut otak dan mengganggu sistem kumbahan guwa. haha.

heh. dalam blogpost sebelum ni guwa macam ada tersebut pasal lima golden rules kan. so harini guwa nak bercerita laa pasal golden rules guwa ni.

ekceli, takde siapa pun yang tahu kewujudan golden rules ni. even not my besties incik Oppa, Omma Halila dan semua lah. ni je first time dlm sejarah guwa reveal kewujudan golden rules guwa ni.

sejarahnya, golden rules ni tercipta hasil drp perasaan frust tergolek terhumban guwa terhadap first love guwa, LeeLee. that time i was 18. baru nak masuk part 2 asasi undang undang. sebelum ni zaman sekolah adalah guwa crush situ sana sini, skandal sini sana situ. tp takdelah serious. tp dengan mamat bertuah comel ni jelah yg guwa seriousnya. huii jangan tak tahu, siap plan tu acah acah nak amek master sama sama lepas kahwin. bhahaha dasat gila doh. in short, sayang gila jugak laa and when it ended, guwa meroyan agak lama. dia punya tahap frust tu perghh makan tahun. dalam 3 tahun gak laa guwa tunggu dia ni. degree sem 3 which is after 2 tahun baru kitorang bercakap and tegur semula macam biasa. perasaan tu mmg ada. menyesal, suka, sayang, marah semua ada tp after sem 3 tu guwa dan dia pun da boleh content perasaan tu. and kawan jelah macam biasa walaupun sgt jarang bertegur.

okay, menyimpang. berbalik kepada apam balik, lepas je clash dgn dia tu, guwa sumpah jadi kosong gila. takde perasaan kat sesape walaupun banyak yg test line. so nak dijadikan cerita, guwa develop satu perasaan ni; perasaan nk mainkan semua orang. berperasaan nak membuayakan diri so semua akan rasa sakit frust bercinta camne yg guwa rasa. jahat? memang pun. haha. lepas break tu mmg tak dinafikan guwa agak jahat. rebel sana sini, dan kuat berjoli. bukan pegi clubbing headbang semua tu. joli in terms of guwa suka berjalan sorang sorang. pegi kl sorang sorang semata mata sebab bosan. pegi tengok konsert Mystery Jets sorang sorang, tengok teater kt KLPac sorang sorang. ada laa time tu best guyfriends guwa akan teman contoh pegi konsert paramore ke, pegi tengok Sigur Ross ke. yang macam bahaya sikit crowdnya tu adalah Kurt datang teman.

Ya Allah, menyimpang lagi! okay. golden rules ni fungsinya adalah sebagai defence mechanism guwa supaya guwa dapat membuayakan diri (*read: playboy, mainkan hati lelaki) dengan jayanya dan utk mengelakkan sebarang emotional attachment and frustration.

Rules #1 : never speak of your true feelings.
tak kisah ah korang rasa jijik ke, rasa dia tak hensem ke, rasa dia ni skema sgt ke sampai rambut belah tengah, butang baju sampai ke dagu, or korang mmg totally smitten dgn dia eg: dia hensem gila, baik gila, korang rindu dia ke apa. Don't Say It. just don't. guwa takkan puji walaupun adalah sorang ni dulu hensem mcm henry golding doh. guwa takkan ckp apa yg guwa rasa sbb once kau jujur tentang perasaan kau, unconsciously kau sebenarnya da buat emotional ties dgn dia. so, if plan kau just nak membuaya, buat apa nak confess apa apa. takpayah nak jujur sgt lah! (*gelak jahat). dan lagi, when we play hard to catch and hard to read, lagilah lelaki kejar. well, we need to maintain the market kan? (*sila muntah pelangi sekarang)

Rules#2 : remember important dates
haha. ingat girls je ke mengada nak kena ingat bila birthday, bila fist time date, bila first time jumpa? eh lelaki pun sama kott. always remember important dates. ni selalu guwa save dlm calendar fon. haha. buat reminder bila birthday dia. sbb bila kita ingat, dia akan rasa kita cares. so dia akan sentiasa rasa smitten dgn kita. lalala.

Rules#3 : observe and do what he likes
dia suka lagu The Strokes? well, kau cuba search
 lagu tu kat youtube, then cakap "awak taw tak lagu Last Night by The Strokes tu? sedap. sy suka gila." Dia suka kanak kanak? cuba post gambar pegang baby kat twitter. dia suka makan laksa, cakap kau tengah belajar masak laksa dari mama. kompom dia smitten dgn kau. norma manusia, mereka akan cari persamaan to make compatibility. bila dia rasa macam banyak gila benda sama yg kau suka, dia suka, dia akan fikir korang ada chemistry. sedangkan hakikatnya..hahaha (*guwa mmg jahat gila dulu. i'm a very bad person. faker, pretender, back then)

Rules#4 : never put sentimental values on people
well. sentimental value ye. susah nak terangkan bab ni sebab guwa baru je break rules#4 ni semalam. sentimental values ni mcm, kau samakan dia dengan ex boyfriend kau. kau nak kat dia, sebab dia seiras dgn ex kau. susahlah camtu. bila kau letak sentimental value, kau susah nak move on. to play safe, don't do it.

Rules#5 : lu pikir laa sendiri
yes, guwa tak melawak. kena pikir sendiri mengikut situasi sbb manusia ni lain lain attitudenya. so utk #5 mmg takde concrete rules. kau kena adapt and adopt. okay. nanti aku cerita lagi. busy ni. haha bye.

0 comments:

Post a Comment